Agenda AWANI
Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Agenda AWANI Asia: Pelancongan rentas sempadan, pentingnya kolaborasi serantau 30.10.2021 25:39
Satu persatu negara di serata dunia kini membuka pintu sempadannya untuk pelancongan antarabangsa. Apa jaminan SOP dan langkah pembendungan yang lebih ketat dalam memastikan lonjakan kes penularan COVID-19 dapat dikawal sebaiknya? Diskusi Agenda Awani Asia.
Agenda AWANI: Ancaman varian baharu, pentingnya dos penggalak vaksin COVID-19 27.10.2021 25:06
Apa yang kita perlu tahu tentang kepentingan dan keperluan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19? Vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak, adakah kita sudah bersedia? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: SOP PRN | Parti politik pening? 27.10.2021 26:50
Parti-parti politik mula berdebat itu ini mengenai SOP PRN Melaka. Apa saranan dan penyelesaiannya? Diskusi @nazri.kahar bersama Dr. G. Manimaran, Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia dan Mantan Ahli Tetap ERC jam 830 mlm ini dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .
Agenda AWANI: PRN Melaka | Apa formula PH? 26.10.2021 24:05
Apa formula PH di PRN Melaka? Diskusi @essanyahya dan Kerk Chee Yee, Bekas ADUN Ayer Keroh dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: PRN Melaka | Bergerak solo untuk menang atau kalah? 26.10.2021 26:17
UMNO bergerak solo untuk PRN Melaka kali ini? Diskusi @nazri.kahar bersama Datuk Rais Yasin, Ahli MKT UMNO Malaysia, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Ke arah kesejahteraan keluarga Wilayah Persekutuan 25.10.2021 26:49
Meningkatkan kesejahteraan sosial, menstruktur semula ekonomi dan memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia; itu tiga aspirasi utama Kementerian Wilayah Persekutuan dalam membuktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari pentadbiran. Ikuti temu bual khas bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dalam Agenda Awani 9 malam.
Agenda AWANI: COP26 | Komitmen baharu tangani perubahan iklim 25.10.2021 27:25
Pakar berpandangan Malaysia perlu memperkukuhkan langkah-langkah adapatasi iklim dan tidak hanya menumpukan kepada langkah mitigasi iaitu menurunkan kadar pelepasan gas rumah hijau semata-mata bagi meningkatkan kefahaman kepada impak perubahan iklim. Ini kerana, sekiranya negara maju tidak ada komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, Malaysia juga turut sama terkesan biarpun hanya me...
Agenda AWANI: Budaya Keluarga Malaysia 23.10.2021 29:40
Aspirasi Keluarga Malaysia, berganding bahu untuk memulihkan negara, selain menjadi Keluarga Malaysia yang kalis cabaran pada masa depan. Ikuti diskusi pra-pelancaran bersama Nazri Kahar dan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Agenda AWANI Asia: Perkukuh kerjasama perdagangan, memulihkan ekonomi serantau 23.10.2021 26:37
Pelaksanaan dasar perdagangan dan pelaburan terbuka serta mesra perniagaan adalah antara fokus kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa, apa peluang kerjasama yang boleh diperkukuhkan dengan ambil kira manfaat yang bakal diperoleh dengan meratifikasi perjanjian perdagangan bebas seperti RCEP dan CPTPP. Diskusi Sabtu 10 malam
Agenda AWANI: Peralihan fasa dan kelonggaran SOP 22.10.2021 24:49
Menuju fasa endemik, lagi kelonggaran SOP dan peralihan fasa diumumkan oleh kerajaan. Namun, persoalannya sejauh mana ketersediaan sistem kesihatan sedia ada dalam menghadapi sebarang keberangkalian lonjakan kes COVID-19 selepas banyak SOP dipermudahkan termasuk rentas negeri?
Agenda AWANI: Melaka Memilih I Pertembungan tiga penjuru, siapa yang untung? 22.10.2021 26:28
Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka, siapa dan parti politik mana yang untung? Diskusi Nazri Kahar bersama Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Umrah | Sebelum ke Mekah, ini perkara yang anda perlu tahu 19.10.2021 25:44
Umrah? Harga lantai naik? Apa SOP terkini, persediaan minda dan perkara yang perlu anda tahu sebelum ke Mekah? Ikuti penjelasan Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd bersama @EssanYahya dalam #AgendaAWANI 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Pelaksanaan sistem pengurusan e-waste lestari 19.10.2021 27:30
Pengurusan kuantiti e-waste yang dikumpulkan dan unjuran penjanaan e-waste, menggambarkan bahawa tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai pengurusan e-waste secara mesra alam masih rendah. Diskusinya dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Melaka Memilih | Persaingan bermula 18.10.2021 24:02
Buka gelanggang, persaingan kini bermula. Penamaan calon PRN Melaka 8 Nov dan hari mengundi 20 Nov ini. Diskusi @essanyahya bersama Dr Muhammad Taufik Yaakub, Pensyarah Kanan UM dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: RMK-12 | Cabaran tambah baik sistem pendidikan 15.10.2021 26:01
Pandemik COVID-19 telah melebarkan jurang pendidikan sekali gus memberi cabaran yang besar buat para akademia di seluruh negara untuk memastikan sistem pendidikan dapat ditambah baik. RMK-12 menggariskan sistem pendidikan perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal insan berkualiti, serta berkemahiran tinggi, bagi memenuhi kehendak industri. Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Siap siaga fasa endemik | Pengurusan risiko secara mandiri 15.10.2021 27:08
Ke arah siap siaga menuju fasa endemik atau hidup bersama COVID-19, apa tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kembali lonjakan peningkatan kes dalam lokaliti tertentu? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Krisis politik Melaka, PH celaru? 13.10.2021 27:05
Sokongan politik beralih di Melaka, adakah ia bersifat individu atau parti? Sejauh mana pentingnya mandat rakyat perlu dipertahankan? Apa persediaan Pakatan Harapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bagi meraih kepercayaan rakyat? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Lagi-lagi gangguan bekalan air di Lembah Klang 13.10.2021 26:44
Gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang, aktiviti harian malah emosi penduduk yang yang terlibat sudah pasti terganggu. Jadi, bagaimana boleh kita fahami isu sebenar berkenaan pengurusan bekalan air, penyelenggaraan aset dan tambah baik fasiliti bukan hanya di Lembah Klang tetapi di seluruh negara? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: BMS 2021 | Rancang kewangan dan simpanan pendidikan 12.10.2021 23:51
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 membawakan tema baharu iaitu Galaksi dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero anak anda. Jom Jadi Superhero ini mengajak ibu bapa agar menjadi hero untuk anak-anak dalam konteks penabungan agar anak-anak berjaya melanjutkan pengajian tanpa masalah kewangan. Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: MoU kerajaan-PH | Apa perkembangan syor ERC? 12.10.2021 27:52
Apa perkembangan baharu dan komitmen kerajaan dalam merealisasikan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan sistem dan institusi pilihan raya, seperti mana syor-syor yang pernah dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC)? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Eksklusif bersama Menteri Kesihatan 10.10.2021 53:01
Rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, namun apa strategi yang perlu dilakukan untuk pastikan tiada lonjakan kes COVID-19 kembali sekali gus atasi kebimbangan orang ramai? Malaysia menuju endemik, sejauh persediaan kita?
Agenda AWANI: Begitu begini, macam mana, YB? 08.10.2021 26:23
Bagaimana boleh kita fahami mengenai perkembangan semasa geopolitik dunia Islam pada ketika ini? Isu Palestin dan hubungan negara-negara Arab yang bernormalisasi dengan Israel, Afghanistan dan Taliban dan hubungan Turki dan Syria, di mana sebenarnya pendirian Malaysia? Diskusinya dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Manifestasi semangat Keluarga Malaysia 08.10.2021 27:32
Pentingnya konsep Keluarga Malaysia dilihat sebagai kiasan terhadap kesatuan dalam kepelbagaian. Keluarga Malaysia juga dilihat sebagai satu slogan yang mencerminkan realiti dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Ikuti pandangan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) & Pengarah KITA-UKM, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam #AgendaAwani
Agenda AWANI: Begitu begini, macam mana, YB? 08.10.2021 26:23
Bagaimana boleh kita fahami mengenai perkembangan semasa geopolitik dunia Islam pada ketika ini? Isu Palestin dan hubungan negara-negara Arab yang bernormalisasi dengan Israel, Afghanistan dan Taliban dan hubungan Turki dan Syria, di mana sebenarnya pendirian Malaysia?
Agenda AWANI: Strategi pemulihan Selangor 06.10.2021 26:46
Malaysia adalah salah satu kuasa ekonomi utama di ASEAN, dengan Selangor menjadi salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Apa strategi pemulihan Selangor untuk mengekalkan dan menarik pelabur baharu ke negeri ini?
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.