Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: RUU Antilompat Parti | Jawatankuasa Pilihan Khas 12.04.2022

Dewan Rakyat bersetuju menyerahkan pindaan Perlembagaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan mengemukakan cadangan RUU berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Temu bual bersama Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang yang juga anggota jawatankuasa tersebut 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Sidang Khas Parlimen - Teliti Pindaan Perlembagaan 11.04.2022

Kerajaan dan pembangkang senada untuk merujuk dahulu pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Khas Parlimen akan datang.

Agenda AWANI: Sidang Khas Parlimen - Teliti Pindaan Perlembagaan 11.04.2022

Kerajaan dan pembangkang senada untuk merujuk dahulu pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Khas Parlimen akan datang.

Agenda AWANI: Apa implikasi jika tangguh RUU Antilompat Parti? 08.04.2022

Apa implikasi jika RUU Anti Lompat Parti tidak dibentang dengan segera? Apa jadi dengan MoU antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) apabila RUU berkenaan hanya akan dibentang dalam satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak? Diskusi dalam Agenda Awani malam ini.

Agenda AWANI: Apa implikasi jika tangguh RUU Antilompat Parti? 08.04.2022

Apa implikasi jika RUU Anti Lompat Parti tidak dibentang dengan segera? Apa jadi dengan MoU antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) apabila RUU berkenaan hanya akan dibentang dalam satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak? Diskusi dalam Agenda Awani malam ini.

Agenda AWANI: Fasa peralihan ke endemik dan varian baharu 06.04.2022

Bagaimana memahami fasa peralihan ke endemik dan pada masa yang sama dunia masih terus berdepan ancaman varian baharu?  Diskusi Nazri Kahar bersama Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Alam Sekitar, Dr Dicky Budiman dalam #AgendaAWANI.

Agenda AWANI: Fasa peralihan ke endemik: Masjid jadi tumpuan 06.04.2022

Kita sedang berada di fasa peralihan ke endemik, umat Islam pastinya merebut peluang beribadah di bulan Ramadan dengan memenuhi masjid, bagaimana mengelakkannya dari menjadi tempat penyebaran virus? @nazrikh bersama Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam #AgendaAWANI.

Agenda AWANI: Laporan IPCC | Langkah baharu selamatkan bumi 05.04.2022

Laporan IPCC terkini berkaitan isu perubahan iklim global dilaporkan oleh Setiausaha Agung PBB, menjelaskan bahawa perubahan iklim memberi kesan langsung kepada dunia jauh lebih cepat daripada jangkaan saintis. 

Agenda AWANI: Pantau, kawal dan penguatkuasaan 05.04.2022

Peniaga ambil kesempatan naikkan harga jualan, apa tindakan KPDNHEP? Isu RON95 dan perangi lanun cetak rompak, penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pihak tidak bertanggungjawab memadai? Ikuti temu bual bersama Menteri PDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Agenda AWANI: Kesedaran kesihatan Wanita 04.04.2022

Sejauh mana wanita di pelbagai peringkat cakna mengenai kesihatan mereka? Apa rujukan terbaik untuk dapat maklumat yang betul mengenai kesihatan wanita?  Diskusinya dalam #AgendaAWANI.

Agenda AWANI: Kemelut politik Pakistan 04.04.2022

Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi membubarkan Parlimen yang membuka laluan kepada pilihan raya lebih awal, susulan cubaan menggulingkan Perdana Menteri, Imran Khan.  Diskusi Nazri Kahar bersama Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Rentas Jambatan Endemik 01.04.2022

Perkembangan terkini buka sempadan di Agenda AWANI malam ini yang bersiaran secara langsung dari KLIA. Ikuti juga program dan buletin kami yang turut bersiaran dari beberapa lokasi pintu masuk negara.

Agenda AWANI: Laporan Kewangan Rakyat 30.03.2022

Dalam tempoh dua tahun akan datang, 5G dijangka meliputi 80% di seluruh negara. Sejauh mana teknologi ini boleh beri manfaat kepada belia, khususnya dari aspek ekonomi? Ikuti temu bual bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 9 malam ini.

Agenda AWANI: Kuasai Lebih Satu Bahasa, Bersaing Lebih Hebat 30.03.2022

Penguasaan lebih dari satu bahasa dan kemahiran berkomunikasi penting agar kita mampu bersaing dengan lebih hebat. Diskusi @nazrikh bersama Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd dan Profesor Adjung Taylor’s University dalam #AgendaAWANI jam 830 mln ini di saluran 501 dan astroawani.com .

Agenda AWANI: Endemik | Segera Vaksin Kanak-Kanak 29.03.2022

Kanak-kanak disarankan segera mendapatkan vaksin susulan peningkatan 160% kes COVID-19 melibatkan golongan itu yang dimasukkan ke hospital, sebelum 1 April ketika peralihan negara ke fasa endemik. Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Endemik | Cabaran Baharu Industri Pelancongan 29.03.2022

Pintu sempadan dibuka 1 April, namun apa cabaran baharu yang bakal dihadapi oleh pemain industri untuk bangkit semula dalam fasa endemik ini? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Bersedia hidup bersama COVID-19 28.03.2022

Menuju peralihan fasa endemik, apa perkara yang perlu dilakukan oleh orang ramai untuk sedar perang melawan COVID-19 masih belum berakhir walaupun akan hidup bersama COVID-19? Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Kenapa tidak kerusi Presiden PKR? 28.03.2022

Kembali ke pentas politik, naratif baharu apa yang ingin dibawa oleh Rafizi Ramli menuju PRU15? Menjelang pemilihan PKR, sejauh mana parti dapat diperkukuhkan? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Pameran DSA & NATSEC Asia 2022 25.03.2022

Sejauh mana pameran Defence Services Asia (DSA) & National Security Asia (NATSEC) 2022 ini dapat membantu kesiagaan negara dalam menghadapi cabaran keselamatan? Diskusinya dalam Agenda Awani 9 malam.

Agenda AWANI: Isu kerakyatan anak: Derita ibu warganegara Malaysia 25.03.2022

Isu hak kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing menimbulkan perdebatan dalam khalayak umum. Ikuti temu bual bersama Suriani Kempe, Presiden Family Frontiers dalam Agenda Awani 8.30 malam.

Agenda AWANI: Pemulihan industri penerbangan 23.03.2022

Menjelang pembukaan sempadan negara 1 April, sejauh mana siap siaga dan persiapan operasi lapangan terbang kendalian Malaysia Airports? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Isu perkahwinan bawah umur 23.03.2022

Perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan, malahan melalui pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga serta sokongan sosioekonomi masyarakat. Diskusi @nazrikh bersama Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Bentang segera RUU anti lompat parti 22.03.2022

RUU anti lompat parti perlu dibentang sebelum #PRU15 bagi mengelakkan insiden wakil rakyat lompat parti kembali berleluasa. Diskusi @EssanYahya bersama Thomas Fann, Presiden Bersih dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Elak miskin bila tua 22.03.2022

Kita perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua kerana pada usia emas lebih banyak perbelanjaan diperlukan. Sebagai contoh perbelanjaan untuk keperluan kesihatan tetapi apa solusinya jika kita tiada simpanan? Diskusinya dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Pemulihan krisis tenaga global 21.03.2022

Sejauh mana seriusnya krisis tenaga global ketika ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada sektor tenaga di Malaysia? Ikuti temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Tenaga Abdul Razib Dawood dan Ketua (Perolehan & Rantaian Bekalan) TNB Fuel Abdul Halim Othman.

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.