Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: Waspada HFMD 'mengganas' 13.05.2022

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak kembali membimbangkan kebelakangan ini. Apa yang perlu dilakukan untuk elak penularan HFMD?

Agenda AWANI: Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA 13.05.2022

"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru Kebangsaan 2022. Apa makna tema ini dan sejauh mana pentingnya dalam sistem Pendidikan negara?

Agenda AWANI: COVID-19 Endemik: Beralih Beransur-Ansur 09.05.2022

KKM menjangkakan lonjakan kes jangkitan COVID-19 bagi kategori 1 dan 2 dalam tempoh terdekat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan susulan kelonggaran SOP sejak 1 Mei lalu. Jika situasi kembali ‘membimbangkan’, adakah perlu sekatan SOP yang dilonggarkan disemak semula? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: Eksklusif bersama Pengerusi Kebangsaan BSMM 08.05.2022

Sambutan Tahunan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia bertemakan #BehumankindMalaysia untuk memupuk sifat kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti temu bual khas bersama Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam Agenda Awani, 8.30 malam ini.

Agenda AWANI: Cari penyelesaian lindungi migran 06.05.2022

Apa penyelesaian komprehensif bagi perlindungan yang lebih baik terhadap pelarian Rohingya di negara ini? Hantar semula ke negara asal, adakah semudah itu? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Seronok beraya, beringat urus kewangan 04.05.2022

Belanja sakan ketika menyambut Aidilfitri, namun sejauh mana kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang baik supaya tidak terjerumus dalam kancah hutang dan muflis? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Gaji minimum I Penghargaan kepada golongan pekerja 04.05.2022

Gaji minimum I Penghargaan kepada golongan pekerja

Agenda AWANI: Khabar dari Mekah menjelang Syawal 29.04.2022

#AgendaAWANI bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengenai penghayatan Aidilfitri dan juga penjelasan mengenai peruntukan kuota Haji untuk musim haji 1443 H/2022M yang ditetapkan pada jumlah 14,306 jemaah Malaysia. 830 mlm ini saluran 501 dan astroawani.com .

Agenda AWANI: Globalisasi Pengajian Malaysia 26.04.2022

Kerjasama universiti tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan pengajian Malaysia di peringkat antarabangsa. Temu bual bersama Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, Felo Pasca-Doktoral GMSN@KITA UKM dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Pandu Selamat | Beraya dan beringat 26.04.2022

Lima kesalahan lalu lintas utama sering dilakukan menjelang musim perayaan iaitu memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan memotong barisan. Diskusi #AgendaAWANI 830 mlm di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Selesaikan segera masalah tahanan Rohingya di depoh 25.04.2022

Susulan insiden tahanan Rohingya lari dari depoh. Terdapat gesaan agar masalah ini segera diselesaikan sama ada menghantar pulang ataupun sebaliknya.  Apa langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi mengelak insiden sama berulang kembali?  #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Dah sedia nak balik kampung? 25.04.2022

Minggu ini ramai warga kota sudah mula membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri.  Apa yang perlu kita tahu dan lakukan sebelum memulakan perjalanan?  Diskusinya dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Solusi alternatif pengurusan tahanan Imigresen 22.04.2022

Sejauh mana perlunya siasatan bebas dan terperinci dilaksanakan susulan insiden 528 etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Rabu lalu? Apa strategi yang perlu diambil ke arah kerangka polisi pengurusan tahanan imigresen yang lebih baik?

Agenda AWANI: Pakai 'mask’ sampai bila? 22.04.2022

Beberapa negara di dunia telah mengumumkan orang ramai tidak diwajibkan lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan kerana risiko jangkitan adalah jauh lebih rendah. Malaysia pula bagaimana? Apa faktor yang perlu diteliti?

Agenda AWANI: Bijak urus wang, perlindungan masa depan 20.04.2022

Negara kini memasuki fasa peralihan endemik dengan menyaksikan kelonggaran SOP dan kebanyakan rutin kembali seperti sediakala. Namun, dengan ambil kira iktibar pandemik lebih 2 tahun lalu, sejauh mana kesedaran orang ramai berhubung pentingnya pengurusan kewangan yang baik apatah lagi dengan kebenaran pengeluaran khas KWSP RM10,000? 

Agenda AWANI: KWSP: Jerat belanja raya 20.04.2022

Pengeluaran wang KWSP dilihat antara faktor rakyat berbelanja bagi mendapatkan keperluan raya. Bagaimana untuk elakkan diri daripada memenuhi kehendak nafsu dan melakukan 'pemetaan' kewangan peribadi sebelum melakukan perbelanjaan? 

Agenda AWANI: Masjid Al-Aqsa diceroboh lagi 19.04.2022

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak tentera Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa lalu mencetuskan pertempuran. Pendatang Yahudi juga menceroboh masuk ke kompleks itu untuk meraikan perayaan Passover. #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Isu Tarekat | Punca kuasa siapa? 19.04.2022

Lebih 100 badan bukan kerajaan NGO menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan daripada kenyataan yang didakwa mengelirukan, dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Ubat antivaral Paxlovid perisal baharu COVID-19? 18.04.2022

Apa yang perlu kita fahami mengenai fungsi dan keberkesanan ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer yang dianggap sebagai ‘senjata tambahan’ untuk merawat jangkitan COVID-19 terutama kepada pesakit berisiko tinggi dan komorbid? Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Beringat demi keselesaan hari tua 18.04.2022

KWSP adalah teras dalam jaminan kewangan ahli pada usia tua dengan lebih 14 juta rakyat negara ini bergantung kepada dana persaraan itu sebagai jaminan jaringan persaraan masing-masing. Bagaimana mengimbanginya dengan keperluan sekarang yang mendesak? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Lindungi golongan rentan 15.04.2022

Pemberian suntikan dos penggalak kedua kepada golongan berisiko (warga emas dan pengembara ke luar negara) secara sukarela telah bermula. Sejauh mana pentingnya syor pengambilan dos keempat bagi golongan berkenaan? Diskusi 9 malam.

Agenda AWANI: Kaji kebaikan ganja untuk perubatan 15.04.2022

Banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan. Dapatan kajian yang konsisten perlu bagi menentukan dasar yang sesuai dalam konteks negara dan berasaskan bukti. Diskusi @nazrikh dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .

Agenda AWANI: Bantu umat Islam UK harungi Ramadan 13.04.2022

50 peratus populasi Islam di UK hidup di bawah kadar kemiskinan. Apa realiti sebenar di sana dan initiatif yang diusahakan untuk membantu umat Islam yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati juadah berbuka? #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: Kajian kanabis untuk perubatan 13.04.2022

Polemik mengenai penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan mengundang kembali perdebatan mengenai pertimbangan antara manfaat atau mudarat. Ke arah legalisasi kanabis perubatan di Malaysia, sejauh mana penerimaan masyarakat, perubahan regulasi penguatkuasaan dan kawal selia prosedur kesihatan? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Pemilihan PKR | Calon tawar diri bertanding 12.04.2022

Pemilihan PKR: Datuk Seri Anwar Ibrahim calon tunggal Presiden, jawatan Naib Presiden pula saksi pertandingan 17 calon. Apa yang boleh jangka dalam ‘pesta’ demokrasi parti itu kali ini? Diskusi @EssanYahya dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.