sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Husk å besøke podkastens nettsted og støtte skaperen: sinarharian.podbean.com
Forfatter
sinarharian
Kategori
Podkastens nettsted
Siste episode
14. nov 2026
Hvor kan du lytte?
Podkaster i appen Replaio Radio Kommer snartPodkaster kommer snart til appen. Installer nå, og bli den første som ser en helt ny tilnærming til podkaster
Episoder
PRN Melaka: Polis terima 19 laporan, buka 18 kertas siasatan 10.11.2026 1:23
Sebanyak 19 laporan polis diterima membabitkan beberapa kesalahan antaranya khianat, khianat menggunakan api dan pergaduhan dalam tempoh 11 hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bermula 31 Oktober lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 18 kertas siasatan dibuka, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. Artikel: https://www.sinarhar...
Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas 10.11.2026 1:55
Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Lui...
Apa beza rumah dengan tempat tinggal? 09.11.2026 3:10
Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan ISTAC-IUM, Dr Syarifah Fatimah Al-Zahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, perbezaan tempat tinggal dan rumah terletak pada aspek fizikal, fungsi, serta nilai emosi yang dikaitkan dengannya. Saksikan video penuh di: https://www.youtube.com/live/e3CAXwj9qO4?si=hYIw_sLwRfopIub9 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara mi...
'Kami hanya ziarah saja' - ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin 06.11.2026 1:07
"Kami ziarah saja, kita nak menyelesaikan... tiada isu apa-apa pun". Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, Jempol pada Khamis. Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin. Artikel: https://www.sinarh...
'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke 06.11.2026 1:27
Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya. Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat. Artikel: https://ww...
Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib 06.11.2026 1:00
Pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke Penjara Kajang pada Jumaat bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perkembangan itu menyusul selepas denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu selesai dibayar oleh UMNO. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803522/berita/semasa/peguam-ke-penjara-k...
NKVE terendam, Selangor tenggelam 06.11.2026 4:33
Mimpi ngeri untuk 800,000 rakyat yang tinggal dan bekerja di Shah Alam. Minggu ini sahaja dua kali Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup kedua-duanya ketika waktu puncak kerana banjir kilat. Pada 2 November, PLUS menutup kedua-dua arah NKVE antara Kilometer (KM) KM9.1 dan KM9.4 sekitar jam 6.20 petang, ketika ribuan warga kota baru keluar dari pejabat. Awal pagi Rabu, air kembali menenggelamk...
'Dia sign halal, kita sign dikata dajal' - Anwar sedia dedah perjanjian CSA 05.11.2026 2:13
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu. Beliau berkata, perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan...
Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak 05.11.2026 2:24
Air mata seorang ibu mengalir ketika membaca lafaz pengisytiharan taubat selepas mengakui kelemahan diri dalam mendidik dan membimbing anak kandungnya, Aliff Daniel Adli, 21, sehingga terjebak dengan amalan bercanggah dengan akidah Islam. Rohizayanti Ramli, 52, berkata, pengisytiharan taubat secara rasmi dan terbuka itu dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan, dorongan ata...
Aliff Daniel isytihar taubat 05.11.2026 4:07
Berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam antara perbuatan yang diakui Aliff Daniel Adli dalam pengisytiharan taubatnya pada Khamis. Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berar...
Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin 05.11.2026 4:52
Kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan pihak kerajaan pada 31 Oktober lalu perlu didedahkan kepada umum. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kepada pembangkang. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803367/berita/nasional/kandungan...
PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like' 05.11.2026 2:49
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu le...
Caltex, Petron bayar pampasan ihsan kepada pemilik kenderaan terjejas RON95 - Armizan 05.11.2026 3:49
Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan k...
Hilang jerebu, timbul banjir 05.11.2026 1:46
Pagi yang sepatutnya bermula dengan rutin biasa bertukar kecoh apabila beberapa kawasan sekitar Lembah Klang berdepan situasi banjir susulan hujan lebat awal pagi Rabu. Belum sempat matahari menunjukkan wajah, ada yang terpaksa mengubah laluan perjalanan, berpatah balik, mencari jalan alternatif untuk ke tempat kerja dan sekolah. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article...
Petronas memang ‘beda level’ 04.11.2026 2:08
Sindiran pelakon Indonesia, Boy Hamzah baru-baru ini terhadap Petronas kononnya tidak mendapat sambutan di negaranya mungkin mengundang gelak ketawa dalam kalangan sesetengah pihak, namun kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan betapa ceteknya penilaian terhadap keupayaan sebuah syarikat yang beroperasi di pentas global. Mengukur kekuatan Petronas berdasarkan kehadirannya dalam pasaran runcit baha...
Covid-19 pengajaran besar negara - Calon Bersatu DUN Paantai Kundor 04.11.2026 3:26
Pengalaman sebagai 'frontliner' dalam tempoh Covid-19 masih kuat berbekas di hati Dr Asmah Samat yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh sukar itu, lapor wartawan Snar Harian, Haizir Othman. Mantan Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM yang juga calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor itu...
'Jangan main harga' Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga 04.11.2026 1:18
Seramai 268 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak digerakkan bagi memastikan peniaga mematuhi harga maksimum 11 barangan kawalan sempena Deepavali, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah...
Malaysia bukan boneka kuasa besar, belanja pertahanan ikut kemampuan - Khaled 04.11.2026 2:44
Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanannya berdasarkan kemampuan dan kepentingan negara, tanpa tunduk kepada desakan atau syor kuasa besar supaya peruntukan pertahanan negara dinaikkan sehingga lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar dan akan terus berpegang...
PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima 04.11.2026 3:56
Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu. Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun...
Ban Hong mahu bangunkan Klebang Walk Fasa 2, beri perhatian isu internet 'slow' 03.11.2026 2:18
Pembangunan Klebang Walk Fasa 2 antara perkara yang akan diberikan perhatian oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong bagi merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan setempat sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat bagi penggal ketiga. Pengerusi MCA Melaka itu berkata, cadangan berkenaan merupakan antara 15 manifesto yang ditawarkan kepada pengund...
Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat 03.11.2026 0:59
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam...
Anak siapa termakan ayam bangkai? 03.11.2026 3:56
Pernakah kita terfikir ayam yang kita makan mungkin sudah mati sebelum disembelih? Saya tidak pernah. Di pasar, mata kita cuma nampak saiz dan harga. Kita cari ayam yang besar, segar dan murah. Itu sahaja. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803017/suara-sinar/komentar-editor/anak-siapa-termakan-ayam-bangkai #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #AyamBangkai
Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM 03.11.2026 3:54
"Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya." Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Ba...
‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM 03.11.2026 1:36
Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum. Artikel: https://www.sinar...
Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar 03.11.2026 4:42
Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah mer...
Lignende podkaster
Replaio er ikke podkastutgiver; programnavn, omslag og lyd tilhører opphavspersonene og distribueres via offentlige RSS-feeder.