Widz Studio by NK
Jom, Sembang Buku!
Dalam podcast ini, kita sembang-sembang santai bersama Khairiah Amin iaitu penulis, pendidik dan pengasas Widz Studio mengenai pelbagai topik yang menyentuh dunia buku, penulisan dan penerbitan. Ada personaliti jemputan, reviu buku dan banyak lagi. Jom! Let's chat with Khairiah Amin, a published author, illustrator, educator and founder of Widz Studio on topics related to the world of books, writing and publishing. We have invited guests, book reviews and many more!
Visita il sito del podcast e sostieni chi lo crea: podcasters.spotify.com
Autore
Widz Studio by NK
Categoria
Sito del podcast
Ultimo episodio
26 mag 2024
Dove ascoltare?
I podcast nell'app Replaio Radio In arrivoI podcast stanno per arrivare nell'app. Installala ora e scopri per primo un modo tutto nuovo di vivere i podcast
Episodi
Ep 08 - Ada Apa dengan Haziq Ridzuan? 26.05.2024 20:57
Pada tahun 2024, Jom, Sembang Buku! membuka tirai audio siar ini dengan membawa Haziq Ridzuan, penulis BLINK yang proaktif dari Malaysia. Ayuh, kenali diri beliau dengan lebih dekat lagi dan dengarkan perkongsian tentang karya terbaharu yang diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Ep 07 - Sembang Komik dan Novel: Mana satu idaman kalbu? 06.02.2022 47:48
Bagi musim kedua ini, saya bawakan personaliti jemputan dari Malaysia iaitu Khairil Kamarudin, seorang penulis nomik dan novelis remaja yang kini aktif sebagai penulis kartun. Apakah perbezaan dan persamaan menulis genre yang berbeza? Apa pula tip-tip untuk mereka yang ingin menceburi penulisan komik atau kartun? Ikuti sembang santai berisi kami yang sarat dengan pengalaman beliau. Jom, sembang bu...
Ep 06 - Literasi Awal Kanak-Kanak Pra-sekolah melalui Aktiviti Membaca & Bercerita 13.11.2020 20:37
Bagaimanakah The Bambini SG bermula? Apakah cabaran yang dihadapi untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika Covid-19 melanda? Apakah hikmahnya? Ada juga perkongsian tip-tip bagi ibu bapa muda yang ingin memupuk minat membaca kepada anak-anak mereka sejak dari kecil. Ikuti audio siar saya bersama Nurain Syakirah, pengasas The Bambini SG.
Ep 05 - Di Sebalik Tabir Novel 'Miss Spa lawan Gadis Kampung' 06.11.2020 18:27
Perkongsian 5 perkara dari novel sulung saya. Diterbitkan pada tahun 2015 dan menjadikan saya seorang novelis remaja.
Ep 04 - 5 Tip Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak 30.10.2020 14:59
5 tip bagi mereka yang berhasrat untuk menulis buku bergambar bagi kanak-kanak khususnya 4 hingga 8 tahun. Saya kongsikan juga pengalaman saya menulis cerita bertajuk 'Bambam's Pretend Play' dalam Antologi 'PLACES', satu projek kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NLB dan NAC.
Ep 03 - Ada Apa dengan Booktube? 21.08.2020 44:43
Kita ketandusan komuniti booktube di daerah Nusantara ini? Ingin jadi booktuber tetapi bagaimana? Ikuti sembang santai bersama penulis, pekomik dan youtuber Malaysia iaitu Aman Wan.
Ep 02 - Ada Apa dengan Zine? 14.08.2020 55:14
Apa itu zine ? Buat pemula yang mahu memasuki dunia perbukuan dan penerbitan, jom dengarkan sembang zine bersama Hafiz Latiff, pengasas syarikat penerbitan Legasi Oakheart, Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman penglibatan dengan industri buku dan persaudaraan Malaysia termasuk acara kebangsaan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur World Book Capital 2020.
Ep 01 - Di Sebalik Tabir Buku 'Growing Kitchen Scraps' (in Malay) 06.08.2020 26:58
Tahun 2020 ini, industri perbukuan di Singapura diserikan lagi dengan satu lagi penerbitan buku kanak-kanak bergambar. Apakah yang berlaku di sebalik buku bergambar kanak-kanak ini? Bagaimanakah penulis mendapatkan idea dan apakah cabaran yang dihadapi untuk menghasilkan buku tersebut? Ikuti sembang santai podcast ini bersama Khairiah Amin dan personaliti undangan iaitu penulis Nur'Afifah Hussain.
Podcast simili
Replaio non è un editore di podcast; i nomi dei programmi, le copertine e l'audio appartengono ai rispettivi autori e vengono distribuiti tramite feed RSS pubblici