sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
N'hésitez pas à visiter le site du podcast et à soutenir son créateur : sinarharian.podbean.com
Auteur
sinarharian
Catégorie
Site du podcast
Dernier épisode
3 nov. 2026
Où écouter ?
Les podcasts dans l'appli Replaio Radio Bientôt disponibleLes podcasts arrivent très bientôt dans l'appli. Installe-la dès maintenant et découvre en avant-première une toute nouvelle façon de vivre les podcasts
Épisodes
'Berkira-kira juga Datuk Seri, nanti balik-balik 40-0 pula' - Ahmad Razif 12.09.2026 2:05
UMNO Terengganu menggesa kepimpinan tertinggi parti itu supaya lebih berhati-hati dan mengambil kira kepentingan UMNO negeri jika membentuk persefahaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan datang. Ketua UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, UMNO negeri itu sedang menyusun barisan dan melipat gandakan khidmat kepada rakyat bagi memastikan parti itu bangkit semula...
Kami bersedia hadapi PRU-16 11.09.2026 2:55
Kami bersedia hadapi PRU-16 Bersemangat selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, pimpinan sayap pemuda parti itu melahirkan kesediaan menghadapi PRU-16. Masih segar dengan kemenangan dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor dan Negeri Sembilan, mereka bersedia membawa Gelombang Biru ke Melaka pula. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #...
UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNO 11.09.2026 3:00
UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNO UMNO memberi bayangan jelas mengenai hala tuju kerjasama politiknya apabila menyatakan tiada jalan berpatah balik kepada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya persefahaman dengan Pas dilihat semakin mendapat perhatian. Konsep tafaahum siyasi atau persefahaman politik ditekankan sebagai asas kerjasama tanpa menghapuskan identiti setiap parti. Menjelang...
PRN Melaka: 'Insya-ALLAH tak lama lagi - Ab Rauf 11.09.2026 1:35
PRN Melaka: 'Insya-ALLAH tak lama lagi - Ab Rauf Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persiapan menghadapi pilihan raya ke-16 itu sudah dilakukan dan kini hanya menunggu masa sesuai untuk proses pembubaran di...
Tambang ECRL biarlah ikut kemampuan rakyat 11.09.2026 2:17
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membuka lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam negara. Dengan perjalanan Kota Bharu ke Gombak dijangka hanya mengambil masa sekitar empat jam, projek ini bukan sekadar menawarkan kemudahan rel moden, malah berpotensi mengubah cara rakyat Pantai Timur bergerak, bekerja dan belajar. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/...
KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting' 11.09.2026 0:29
KJ anggap ucapan Ahmad Zahid ibarat amanat 'prime minister in waiting' Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Baris...
'Saya dimalukan, tunggu saman fitnah isu sebar video lucah' - Farid Abu Auliya 11.09.2026 3:05
Seorang bekas penceramah bebas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menabur fitnah mengenai dirinya berkaitan siasatan kes sebaran video lucah, tahun lalu. Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya berkata, tahun lalu dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (perbuatan mengaibkan kehormatan seseoran...
Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah 11.09.2026 1:10
Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbitnya, tahun lalu. Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan...
TikToker cederakan lelaki didenda RM1,800 11.09.2026 1:35
TikToker cederakan lelaki didenda RM1,800 Seorang ibu tunggal yang mempunyai hampir 100,000 pengikut di TikTok didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki, Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Tertuduh, Nurul Amalina Mohamad Kamal, 32, didakwa dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seks...
Bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah aniaya budak perempuan 4 tahun 11.09.2026 1:17
Bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah aniaya budak perempuan 4 tahun Seorang bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka pada Jumaat atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu. Tertuduh, Nur Dalila Salleh, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hada...
Perlembagaan dipinda untuk tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Anwar 11.09.2026 2:05
Perlembagaan dipinda untuk tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Anwar Perlembagaan Persekutuan akan dipinda bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan itu perlu memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak menjadi lebih tinggi berbanding ketika ini. Artikel: http...
Hajiji mahu tuntutan 40 peratus disegerakan 11.09.2026 1:16
Kerajaan Sabah mahu penyelesaian berhubung tuntutan 40 peratus hasil bersih negeri itu disegerakan selepas perkara berkenaan turut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri berharap tuntutan berkenaan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan bagi membol...
Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska 11.09.2026 1:24
Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska Dua pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Cenderawasih Indah pada Mei dan Ogos lalu. Tertuduh, Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara...
Selepas ini kita kembali bersama 11.07.2026 1:51
Selepas ini kita kembali bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap masyarakat dapat kembali bersatu-padu selepas pilihan raya, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman dan jurukamera, Zamir Yusoff. Bekas Presiden MUDA itu menyeru rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan politik masing-masing sebaik sahaja keputusan PRN Johor diketahui malam nanti. Copyright disclaime...
Calon PH dakwa PACA parti lawan catat nombor siri kertas undi 11.07.2026 1:50
Calon PH dakwa PACA parti lawan catat nombor siri kertas undi Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Tee Boon Tsong, mendakwa terdapat ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) parti lawan yang mencatat nombor siri kertas undi pengundi di dua pusat mengundi. Menurutnya, kejadian itu dikesan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera dan Sekolah Agama Ta...
Peletakan jawatan beberapa Ahli MPT Bersatu akan diselesaikan secara dalaman - Muhyiddin 11.07.2026 0:26
Isu peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan diteliti dan diselesaikan secara dalaman. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan atau tindakan diambil. Artikel: https://www.sinarharian...
'Ingatkan kena beratur panjang' 11.07.2026 0:56
Sepasang adik-beradik dari Taman Perling, Johor Bahru merasa teruja apabila berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, pada Sabtu. Wildan Haris, 30, dan adiknya, Rania Humaira, 21, menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787309/edisi/johor/dua-b...
PRN Johor: Onn Hafiz serah kepada rakyat tentukan pilihan 11.07.2026 0:35
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Beliau berkata, suasana pengundian di pusat mengundi setakat ini berlangsung dalam keadaan baik dengan cuaca yang mengizinkan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787298/edisi/johor/prn-johor-onn-hafiz-serah-kepada-rakyat-tentuka...
PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi 11.07.2026 1:07
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berharap lebih ramai pengundi, khususnya golongan muda, keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, proses pengundian di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tuan Poon Simpang Renggam berjalan lancar. Artikel: https://www...
Ini komen Zahid tentang ADUN lantikan 10.07.2026 1:15
Ini komen Zahid tentang ADUN lantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung isu ADUN lantikan tidak seharusnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak pada saat-saat akhir kempen PRN Johor. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #ZahidHamidi #OnnHafiz
Chegubard hilang kelayakan bertanding PRN Negeri Sembilan 10.07.2026 2:45
Chegubard hilang kelayakan bertanding PRN Negeri Sembilan Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan mahkamah itu menyebabkan Chegubar...
Op DAK: Dakwaan rasuah RM53 juta bekas menteri tidak berasas 09.07.2026 1:03
Op DAK: Dakwaan rasuah RM53 juta bekas menteri tidak berasas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mendapati dakwaan kononnya seorang bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menerima rasuah RM53 juta dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah, Amoi, Dara dan kelat (DAK) ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun tidak mempunyai asas selepas siasatan tidak menemukan s...
PH Simpang Renggam buat laporan polis dakwa MB Johor langgar peraturan kempen 09.07.2026 1:01
PH Simpang Renggam buat laporan polis dakwa MB Johor langgar peraturan kempen Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membuat satu laporan polis terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung dakwaan salah laku membabitkan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ketika tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin...
Bekas tapak longgokan sampah kini jana hasil cili fertigasi 09.07.2026 1:53
Bekas tapak longgokan sampah kini jana hasil cili fertigasi Sebidang tanah terbiar yang dahulunya menjadi tempat longgokan sampah di Kampung Sungai Abong, Muar berjaya ditransformasikan menjadi projek tanaman cili fertigasi yang menjana pendapatan dan menyokong aktiviti kemasyarakatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) K...
Projek ternakan arnab bantu tingkat taraf hidup asnaf 09.07.2026 2:30
Projek ternakan arnab bantu tingkat taraf hidup asnaf Program ternakan arnab di bawah inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun lalu, kini berkembang kepada 600 ekor, sekali gus membuka peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JP...
Podcasts similaires
Replaio n'est pas éditeur de podcasts ; les noms des émissions, les visuels et l'audio appartiennent à leurs auteurs et sont diffusés via des flux RSS publics