Hadri Shah
Tengkorak Hang Podcast
Tengkorak Hang Podcast (THP) ialah sebuah panggung podcast lo-fi mingguan yang terunggul dalam sejarah tamadun manusia. Kalau hang jenis dengar IKIM FM atau sukakan lawak-lawak sekupang radio tempatan, maka THP bukan lah selera kalian. Ini Tengkorak Hang Podcast kot! Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits!
Δημιουργός
Hadri Shah
Κατηγορία
Ιστοσελίδα του podcast
Τελευταίο επεισόδιο
2 Ιουν 2025
Πού να ακούσεις;
Podcast στην εφαρμογή Replaio Radio Έρχεται σύντομαΤα podcast έρχονται σύντομα στην εφαρμογή. Εγκατάστησέ την τώρα και δες πρώτος μια εντελώς νέα προσέγγιση στα podcast
Επεισόδια
Ep. 77 Belanjawan Negara. Dari Rakyat Untuk Rakyat 14.10.2022 28:29
Episod kali ini membincangkan sebuah artikel yang Hadri tulis pada Nov 2018 di zaman Malaysia Baharu (kononnya). Ia berkenaan belanjawan negara dan impaknya kepada rakyat kebanyakkan serta perbezaan antara belanjawan Menteri tak guna dengan belanjawan komuniti Porto Alegre (participatory budgeting)
Ep. 76 Mukbang 10.10.2022 21:15
Apa kejadahnya makan sampai penuh satu meja? Apakah manusia Mukbang benar-benar seorang penggemar makanan? Atau dia makan sebanyak itu disebabkan seminggu berpuasa? Atau kerana pulangan wang yang menawan sehinggakan sanggup dia berkorban menyaksikan perut sendiri semakin memboroi? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits
Ep. 75 Hari Jadi. Kolestrol & Keamanan 03.10.2022 23:46
Sempena sebulan tanpa episod, THP kembali dengan sembang kosong berkenaan kehidupan di pertengahan 30an. Dengarlah sampai habis sebab benda-benda yang dibualkan semuanya kena kat batang hidung hang sendiri jugak. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 74 Denggi. Kovid. Imigran 15.08.2022 28:15
Hari ke-6 Hadri diduga kovid, dia mengimbas kembali pengalaman di denggi kan nyamuk tak guna, persamaan keadaan antara denggi dan kovid, drama Pam &Tommy dan video Vice mengenai imigran di US. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 73 Patutkah Wanita Bekerja? 11.08.2022 24:12
Shout Out Tu Nasrulah yang bagi idea tajuk untuk episod kalini. Enjoi! Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits
Ep. 72 Bagaimana Esah Isteri Mat Kilau Ditangkap British 02.08.2022 25:05
Kita baca sebuah artikel menarik untuk difikir-fikirkan. Bukan pasal filem Mat Kilau 90 juta. Tetapi pasal isteri Mat Kilau bernama Esah. Real punya. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 71 Tiada Penghayatan Agama 24.06.2022 20:00
Apa kaitan main skateboard, hisap rokok dan baju sekolah tak tuck in dengan penghayatan agama? Benda boleh bincang. Teruskan mendengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Demgarkan The Real Shits. Untuk membeli buku ke-4 Hadri Bukan Jurnal Anarki ketik link ini http://www.wasap.my/60194299298/sayanak
Ep. 70 Pesta Buku Melayu Islam Antarabangsa 20.06.2022 26:20
Mari kita berbual mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini. Mengapakah ada mulut-mulut sumbang yang mengkritik kesaktian acara paling terulung di Malaysia? Apakah mereka butthurt, dengki dan tersakiti? Atau buku depa tak laku? Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits. *Untuk dapatkan buku keempat Hadri - Bukan Jurnal Anarki atau pre or...
Ep. 69 Tentang Jem, Matematik Tambahan, Tanggungjawab dan Struktur Sosial 15.06.2022 30:35
Episod kali ini Hadri dedikasikan khas kepada Memeng dan Chot serta Amir dan Aira yang secara tak langsung memberi idea bersembang di episod 69 tentang pelbagai perkara; dari hal jem yang macam setan, lauh mahfuz, matematik tambahan dan struktur sosial yang sedang pasrah kita semua jalani. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits! Link pesanan Buku Bukan Jurnal Anarki ka...
Ep. 68 Debat Perdana Banna Teran Suara 17.05.2022 23:16
Selepas perut kita senak terkandung ketupat,lemang,rendamg dan kuih semprit, kita dihiburkan dengan debat perdana antara Najib dan Anwar Ibrahim. Marilah mendengar bullshits bullshits yang dihujahkan kedua dua sosok politik ini. Tinggalkan bullshit. Dengarkan The Real Shits
Ep. 67 Selamat Hari Raya Tengkorak Hang 02.05.2022 25:20
Selamat hari raya dari Tengkorak Hang Podcast. Ayuh kita bersembang perbezaan persiapan raya di rumah keluarga mertua dan keluarga sendiri. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 66 5 Tips Beguna Menjadikan Video Anda Terhadap Situasi Semasa Viral 25.04.2022 28:26
Sekiranya anda seorang pemerhati ulung, anda akan menyedari ada 5 perkara (tips) bagaimana individu-individu di Malaysia yang 'terpanggil' membuat video sebagai respons terhadap situasi semasa viral. Ketahui 5 perkara (tips) tersebut di Tengkorak Hang Podcast. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits
Ep. 65 Rohana & Cinta Yang Tak Kesampaian Serta Ayman 'Saya Tak Kenal Siapa Itu Tim Leissner 07.03.2022 30:30
Mari kita dengarkan sebuah kisah cinta orang kaya yang tak kesampaian, kisah manusia kaya yang namanya dipetik merasuah, kisah 10 orang terkaya di dunia dan juga 10 orang terkaya di Malaysia yang bertambah kaya di zaman pandemik. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 64 Negara Tanpa Ulama Satu Artikel Terpaling Punk Rock 28.02.2022 29:50
Hadri membacakan sebuah artikel baru mengenai kajian oleh Ahmet T.Kuru dalam buku Perikatan Ulama Negara Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim. Astaghfirullahhhhh. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
Ep. 63 Sekolah, Matematik, Cikgu Rosita dan Kemanakah Perginya Budak-Budak Skema Sekolah Pergi? 23.02.2022 30:09
Mengimbau semula zaman sekolah lalu, Hadri bergebang sakan pasal Matematik, markah exam, cikgu matematik yang bitter dan nasib budak-budak skema sekolah setelah berjaya menyelesaikan soalan ungkapan Algebra. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits!
Ep. 62 After Life & Sebab Wajib Menjauhkan Diri Dari Ceramah Motivasi 14.02.2022 23:38
Drama siri wajib tengok After Life kini dilabunkan di Tengkorak Hang Podcast. Ada 3 sebab mengapa ia wajib tengok. Dengarkan sebab-sebabnya satu persatu sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
Ep. 61 Rebel With A Cause| Anarki Sendu | Apa Kena Buat Lepas Azam Baki Rembat Duit & Lain-Lain 07.02.2022 34:00
Minggu ini Hadri berkongsi pengalaman talk beliau bersama Nasir Jani di Pesta Buku Komik Seremban lalu. Dari hal memberontak ,Azam Baki, Michael Moore, kenapa rumah Sultan tidak dinaiki air dan juga Azizan Osman. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
Ep. 60 Rambut Panjang | Main Band | Budak Sabah | Dan Cerita Cerita Mengarut Lain 24.01.2022 31:51
Ada dua perkara yang Hadri hajatkan saat menghabiskan alam persekolahan; 1. Berambut Panjang. Dan kedua-Main Band sampai jadi Rockstar. Tapi semua itu hanyalah mimpi budak belasan tahun. Yang kekal ialah kenangan sepanjang zaman kolej. Dengar sampai habis. Mana tahu, kita berkongsi pengalaman yang nyaris sama. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
Ep. 59 2021 Azam Tahun Baru (lagi) | Work From Home | Banjir & segalanya yang ceria dan Cegampang 17.01.2022 33:57
Episod minggu ini didekasikan sepenuhnya akan luahan perasaan tentang pengalaman hidup sepanjang tahun 2021; dari karier, kehidupan peribadi serta komedi komedi yang melengkapkan fragmen 2021. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
Ep. 58 Mat Som Melayu Hipster Unggul 24.12.2021 20:56
Mat Som merupakan novel grafik ikonik yang ditulis Dato Lat pada penghujung 80an kot. Kemudian ia difilemkan, dibintangi Imuda, Mat Deris, Tiara Jacquelina,arwah Zami Ismail & Pyanhabib. Dengarkan episod ini sampai habis sebab hang kena tahu apa bezanya filem melayu 90an dengan filem-filem keluaran Netflix. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits!
Ep. 57 Tips Membawak Kucing Pergi Travelling 17.12.2021 14:59
Baru-baru ni sejak sudah boleh merentas semesta alam, Hadri bersama keluarga kecil pulang ke kampung halaman yang dirindui. Tetapi kali ini ada keistimewaannya - bawa pulang Kaido kucing, ahli keluarga berlainan spesis pulang bersama-sama buat pertama kali. Dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam, Hadri mahu kongsikan pengalaman membawa ahli keluarga berlainan spesis dari keperluan meny...
Ep. 56 1 Minggu 1 Album Cigarrettes After Sex 11.12.2021 10:56
'Segmen 1minggu 1 album minggu ini kita berbicara tentang album kugiran cinta luar biasa bunuh diri di angkasa, Cigarettes After Sex. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits'
Ep. 55 Syahadah Kedua 03.12.2021 21:03
Syahadah Kedua ialah buku terbaru tulisan saudara Syazreen. Disenaraikan antara 16 buku kontroversi di Malaysia oleh sebuah portal media baru-baru ini, buku ini cukup menarik kerana idea melawan pemikiran statuq quo yang telah didoktrin ke dalam kebanyakkan sanubari umat yang kononnya warga tetap syurga milik Tuhan. Dengar sampai habis dan buatlah apa yang patut selepas itu. Tinggalkan Bullshits D...
Ep. 54 1 Minggu 1 Album : Nirvana Nevermind 19.09.2021 17:58
Untuk segmen 1 Minggu 1 Album kali ini, mari berbual mengenai album rock terunggul yang akan sentiasa membuatkan kita semua Teenage Angst sampai mati. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
Ep. 53 Jihad Selfie & Cerita Bagi Makan Tayang Kat Socmed Kejar Like 12.09.2021 19:49
Membuat kerja kebajikan atau kerja kemanusiaan memang patut di war warkan lebih dari cerita semua orang mesti buat bisnis jadi kaya naik kereta Porsche. Tapi buat kerja ini mestilah ada adab dan kepedulian terhadap orang yang ditolong. Dengarlah sampai habis. Lepas tu termenung fikir betul tak betul apa Hadri cakap. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
Παρόμοια podcast
Το Replaio δεν είναι εκδότης podcast - τα ονόματα των εκπομπών, τα εξώφυλλα και ο ήχος ανήκουν στους δημιουργούς τους και διανέμονται μέσω δημόσιων ροών RSS