sinarharian

Sinar Harian

News EN ↓ Epizody: 373

Sinar Harian podcast

Určitě navštivte web podcastu a podpořte jeho tvůrce: sinarharian.podbean.com

Autor

sinarharian

Kategorie

News

Nejnovější epizoda

12. lis 2026

Kde poslouchat?

Podcasty v aplikaci Replaio Radio Už brzy

Podcasty míří do aplikace už brzy. Nainstaluj si ji teď a jako první uvidíš úplně nový pohled na podcasty

Stáhnout z Google Play Nainstaluj zdarma Android téměř 10 mil. stažení · hodnocení 4,7+ iOS už brzy

Epizody

DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok 22.09.2026

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri, Melaka hari ini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797415/edisi/melaka-ns/dun-melaka-bubar-berkuat-kuasa-esok Copyright disclaimer: Segala penyuntingan vide...

Denda seorang, bayar ramai-ramai 22.09.2026

Kita melihat satu lagi keajaiban politik Malaysia. Lapan tahun lalu, ketika Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdepan pertuduhan berkaitan SRC International, para penyokongnya sudah menunjukkan kesetiaan luar biasa.  Maka wujudlah Tabung Solidariti Datuk Seri Najib. Dalam beberapa hari, RM489,166 berjaya dikumpulkan.    Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797342/s...

Curi kabel, ada polis... apa yang berlaku? 22.09.2026

Merak Jalanan tengok satu video curi kabel yang tular. Sampai beberapa kali Merak Jalanan ulang tengok sebab ada satu babak yang benar-benar membuatkan Merak Jalanan tertanya-tanya. Dalam video itu, sekumpulan lelaki sedang memotong kabel pada waktu malam. Bukan sembunyi-sembunyi sangat pun. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797355/suara-sinar/pojok/curi-kabel-ad...

Yasin tarik balik dakwaan dadah 'bolos' di penjara 22.09.2026

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797333/berita/semasa/yasin-tarik-balik-dakwaan-dadah-bolos-di-penjara Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah h...

'Papa, cepatlah...marilah solat’ - Kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya 22.09.2026

“Papa, cepatlah... marilah solat.” Itu antara kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, kepada bapanya, Mustafa Saleh pada malam sebelum kanak-kanak itu ditemukan maut dipercayai lemas di Kampung Padang, Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada Isnin. Neneknya, Mahani Mad Som, 63, berkata, ajakan cucunya untuk menunaikan solat Isyak bersama menjadi antara kenangan terakhir keluarga sebelu...

Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis 21.09.2026

 Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysi...

Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP 21.09.2026

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.  Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebag...

Isteri maut ditikam suami 13 kali: Bekas juruteknik berdepan hukuman gantung sampai mati 21.09.2026

Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Tertuduh, G Vikneswaran, 43, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797249/berita/semasa/isteri-maut-ditikam-suami-13-kali-bekas-...

Terpaksa rentas jalan darat lebih 30 jam sebelum mulakan pendakian ke Everest Base Camp 20.09.2026

Kumpulan Cabaran Everest Base Camp (EBC) 2026 yang diketuai Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar terpaksa menempuh perjalanan darat lebih 30 jam selepas penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu. Selepas tiba di Surke pada lewat malam dan berehat semalaman, kesemua 10 peserta memulakan perjalanan kaki pada jam 7.30 pagi...

Sia-sia belanja sampai RM30,000 akhirnya kereta disita 20.09.2026

Sia-sia belanja sampai RM30,000 akhirnya kereta disita Sanggup berbelanja antara RM5,000 hingga RM30,000 untuk 'makeup' kenderaan demi hobi dan bersaing sesama ahli persatuan kereta sehingga ada yang melakukan pengubahsuaian melampaui spesifikasi ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Itu antara yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah terhadap pemilik kenderaan yang di...

PRN Melaka: PH Plus tanpa BN setakat ini 19.09.2026

Pakatan Harapan (PH) Melaka akan menggunakan formula PH Plus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan kerjasama parti lain yang mempunyai aspirasi sama, namun setakat ini tidak melibatkan Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pembahagian kerusi antara tiga parti komponen PH telah dimuktamadkan, manakala runding...

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula 19.09.2026

Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki. Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada...

Beruntungnya Najib Tun Razak 19.09.2026

Pengampunan yang diperoleh oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.  Namun permohonan yang dibuat oleh beliau selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, malah sudah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  Audio: Dijana oleh AI  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796933/suara-sinar/komentar-editor/b...

Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka 18.09.2026

Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

'Daulat Tuanku, tangkap penderhaka' 18.09.2026

Laungan ‘Daulat Tuanku, tangkap penderhaka’ bergema di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah sebaik keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Tuanku Muhriz sebelum itu berkenan menerima memorandum taat setia yang diserahkan oleh Ketua Sekretariat Taat Setia dan Sokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan k...

Penyokong tidak sabar sambut kepulangan Najib 18.09.2026

Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sabar menantikan kepulangan beliau yang menerima pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah. Antara yang hadir, penyokong tegar beliau, Raidah Rashid, 65, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Roy, yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu. Artikel...

Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi 18.09.2026

Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki. Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

Nahas empat sekeluarga maut: Penuntut universiti mengaku tidak bersalah pandu melulu 18.09.2026

Seorang penuntut universiti di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya, pada Jun lalu. Tertuduh, Goh Yin Zun, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796827/berita/semasa/nahas-empat-seke...

Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahli UMNO diminta jaga adab - Ahmad Zahid 18.09.2026

Ahli UMNO diminta untuk menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati proses atau keputusan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada satu sidang akhbar pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/...

Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan? 18.09.2026

Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan? Merak Jalanan sebenarnya tengah marah, bukan kerana seorang rakyat membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi kerana selepas membuat aduan, orang yang diadu pula tahu siapa pengadunya. Kisah ini Merak Jalanan lihat menerusi satu rakaman video dikongsi seorang lelaki di media sosial. Dia mendakwa membuat aduan kepada sebuah pihak berkuasa tempatan di...

Penganggur tidak mengaku khianat dengan api, rosakkan BMW 18.09.2026

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di Air Itam di George Town pada Ogos lalu. Tertuduh, Ho Kun Quan, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 George Town pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796798/berita/semasa/penganggur-...

Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan 17.09.2026

Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Mat Tok’ dengan penahanan empat suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Sungai Petani sejak April lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tangkapan empat suspek pada 9 September lalu berjaya menyelesaikan sembilan kes khususnya di sekitar Taman Delima dan Arked di Su...

Penyelia pembersihan didakwa rompak, cederakan 4 lelaki Rohingya 17.09.2026

Penyelia pembersihan didakwa rompak, cederakan 4 lelaki Rohingya Seorang penyelia pembersihan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan rompakan dan mencederakan lelaki berketurunan Rohingya pada Ogos dan awal bulan ini. Tertuduh, Muhammad Haziq Mohd Rizar, 26, membuat pengakuan itu kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, pada Khamis. Artikel: https:...

Jenaka paderi dan biarawati: 13 laporan diterima di Sabah - Polis 17.09.2026

Sebanyak 13 laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah setakat tengah hari Khamis, susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, semua laporan berkenaan telah dirujuk kepada laporan polis awal yang dibuat di Kelana Jaya, Selangor. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/artic...

MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan 17.09.2026

MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September l...

Poslouchej podcast Sinar Harian v Replaio

Rádio a podcasty v jedné aplikaci - zdarma a bez registrace. Nainstaluj si ji ještě dnes a nepropásni premiéru

Stáhnout z Google Play

Replaio není vydavatelem podcastů; názvy pořadů, obálky a audio patří jejich autorům a šíří se přes veřejné RSS kanály