sinarharian
Sinar Harian
Sinar Harian podcast
Určitě navštivte web podcastu a podpořte jeho tvůrce: sinarharian.podbean.com
Autor
sinarharian
Kategorie
Web podcastu
Nejnovější epizoda
12. lis 2026
Kde poslouchat?
Podcasty v aplikaci Replaio Radio Už brzyPodcasty míří do aplikace už brzy. Nainstaluj si ji teď a jako první uvidíš úplně nový pohled na podcasty
Epizody
'Jangan malu kembalikan GST' - Hamzah 12.10.2026 4:07
Kerajaan tidak sepatutnya terus berdolak-dalik mengenai hala tuju sistem percukaian negara kerana ketidakpastian itu menyukarkan banyak pihak termasuk sektor perniagaan untuk merancang harga, kos pengeluaran, pelaburan dan rantaian bekalan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan dilihat semakin menuju ke arah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menerusi beberap...
Banyak 'manis-manis', mungkin pilihan raya tahun depan - Hamzah 12.10.2026 0:58
Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Belanjawan 2027 memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin diadakan tahun depan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata belanjawan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sarat dengan pengumuman berbentuk ‘gula-gula’ susulan peningkatan perbelanjaan mengurus sebanyak 11.41 peratus kepa...
Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit 12.10.2026 3:10
Hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya mengakui peratusan itu masih belum memenuhi sasaran ditetapkan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800098/berita/nasional/hanya-341-peratus-kes-kritikal-capai-kpi-respons-a...
Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas 12.10.2026 1:31
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, Kuantan pada 6 Oktober lalu. Tertuduh, F Alan Stevekumar,19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah. Artikel: https://www....
Boleh marah tapi jangan dedah muka suspek kes Irene Sofiya 12.10.2026 1:40
Merak Jalanan faham kemarahan orang ramai bila dengar Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan nasib arwah yang kehilangan ibu dan menjadi harapan bapanya. Sukar membayangkan perasaan seorang bapa yang kehilangan anak dalam keadaan begitu tragis. Audio dijana oleh AI Artikel: https://w...
Pemergian 'orang kuat' WUIF amat dirasai 11.10.2026 1:34
Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah. Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta...
Lanjut operasi lampu jalan hingga 9 pagi ketika jerebu - KKR 10.10.2026 0:42
Tempoh operasi lampu jalan di kawasan terjejas jerebu perlu dilanjutkan sehingga jam 9 pagi, berbanding jam 7 pagi ketika ini bagi membantu meningkatkan jarak penglihatan dan mengurangkan risiko kemalangan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu boleh dilaksanakan segera terutama di kawasan yang menggunakan sistem pemasa automatik. Artikel: https://www.sinarharia...
‘Batrisya bersungguh-sungguh mahu baju putih’ – Ibu 10.10.2026 1:56
Permintaan untuk dibelikan baju berwarna putih yang tidak pernah dibuat sebelum ini terus terngiang-ngiang dalam ingatan seorang ibu selepas anak bongsunya, Siti Nur Batrisya Mohd Halid, 22, maut dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat. Lebih menyayat hati, kemalangan sama turut meragut nyawa cucu saudaranya, Siti Nur Maisarah Abd Jalil, 22, yang mempunyai hubungan rapat dengan Batrisya sejak keci...
Belanjawan 2027: Walaupun kenaikan kecil, KKDW akan terus perkukuh pembangunan desa - Ahmad Zahid 09.10.2026 0:44
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Belanjawan 2027 mencatatkan peningkatan kecil. Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghargai peruntukan berkenaan dan memahami kedudukan kewangan negara ketika ini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799788/khas/belanjawan/belanjawan-2027-walaupun-kena...
Belanjawan 2027: Cuti bersalin penjawat awam naik kepada 490 hari 09.10.2026 0:25
Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin bagi penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari, dengan maksimum 98 hari setiap kelahiran #SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Belanjawan 2027: Belia buat kerja sukarela dapat RM100 e-dompet 09.10.2026 1:07
Anak muda yang menyertai aktiviti kesukarelawanan bakal menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2027. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Artikel: https://www.si...
Bantuan tiket penerbangan FLYSiswa MADANI 2027 dinaikkan kepada RM500 09.10.2026 0:45
Bantuan tiket penerbangan FLYSiswa MADANI 2027 dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, memanfaatkan lebih 60,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA). #SinarHarian #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Akta Pengangkutan Jalan dipinda, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan 09.10.2026 0:52
Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah membayar pampasan kepada mangsa nahas, selain mewajibkan pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua langkah lebih tegas itu akan dilaksanakan susulan kes nahas maut yang masih membimbangkan walaupun penguatkuasaan peraturan jal...
Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik 09.10.2026 1:47
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan. #SinarHarian #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Bantuan awal persekolahan naik daripada RM150 ke RM200 setiap murid 09.10.2026 1:16
Bantuan awal persekolahan akan ditingkatkan daripada RM150 ke RM200 setiap murid bagi persiapan bagi sesi persekolahan 2027. Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan 1 bilion ringgit. #SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
Belanjawan 2027: Pakej RM160 juta bantu tingkat pendapatan, kebajikan pekerja gig 09.10.2026 1:47
Kira-kira 600,000 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing bakal menikmati peningkatan pendapatan bersih serta perlindungan kebajikan menerusi pakej bernilai RM160 juta yang akan dilaksanakan mulai 2027. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakej yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab itu merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan,...
Belanjawan 2027: Gaji minimum naik RM2,000 mulai Jun 2027 09.10.2026 1:19
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan dalam pembentangan Belanjawan 2027. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan bakal memberi manfaat secara langsung kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara. #SinarHarian #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
SARA dinaikkan RM150 sebulan 09.10.2026 1:24
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1800 setahun. #SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2027 #SuaraRakyat #Bajet2027 #AnwarIbrahim #EkonomiMADANI #MalaysiaM...
Peniaga e-dagang mula rindu kedai fizikal? 09.10.2026 4:31
Dulu, kalau berniaga tanpa kedai, orang kata peniaga ketinggalan zaman. Sekarang, buka telefon sahaja boleh beli apa-apa. Makanan, pakaian, barangan dapur hinggalah produk yang sebelum ini hanya boleh dibeli di kedai. Mudah, cepat dan murah. Itulah wajah perdagangan yang kita kenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi kebelakangan ini, penulis mula nampak satu trend yang menarik. Audio:...
'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan' 09.10.2026 2:00
"Saya tahu salah, tapi majikan kata bawa saja perlahan-lahan,". Itu rata-rata alasan penunggang motosikal warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Meru, Klang pada Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799644/berita/semasa/saya-tahu-salah-tapi-majikan-suruh-bawa-perlahan-lahan Copyright disclaimer: Segala penyun...
Apabila sekolah terlalu sibuk... 09.10.2026 2:09
Pagi masuk sekolah. Tengah hari masih di sekolah. Petang ada aktiviti. Balik rumah sambung kerja sekolah. Esok ulang lagi. Kadang-kadang Merak Jalanan tengok murid berjalan di koridor sekolah dengan beg lebih besar daripada tubuh. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799602/suara-sinar/pojok/apabila-sekolah-terlalu-sibuk Anda boleh baca berita penuh di portal Si...
Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah' 08.10.2026 2:01
"Bila tiba di lokasi, saya nampak jasad bergelimpangan. Abang mereka pula memang parah." Demikian kata Norimah Khamis,40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam nahas membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj di sini pada Khamis. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799540/berita/semasa/tiga-beradik-maut-saya-nampak-jasad-bergelimpangan-abang-paling-parah Copyrig...
Sultan Selangor terima zakat RM41.72 juta 08.10.2026 1:50
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan bagi haul 2025 berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor). Sesi penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan wakil pengurusan tertinggi syarikat korporat berkenaan dalam satu upacara khas di Istana Bukit Kayangan di sini pada Rabu. Artikel: https://w...
Keunikan Rafflesia di Lata Jarum 08.10.2026 2:51
Rafflesia di Lata Jarum di Raub, Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila kebanyakannya berkembang pada bahagian tumbuhan perumah yang berada di atas permukaan tanah, berbanding keadaan di dua lokasi lain di Pahang. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, Lata Jarum merupakan antara tiga lokasi utama Raffles...
'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - Ibu 08.10.2026 1:49
“Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tapi mereka beria-ia nak pergi juga." Demikian kata Julaiha Munaji, 43, ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di Pontian, pada kira-kira jam 7 pagi, Khamis. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799497/berita/semasa/tiga-beradik-maut-saya-dah-beritahu-tak-payah-pergi-sekolah...
Podobné podcasty
Replaio není vydavatelem podcastů; názvy pořadů, obálky a audio patří jejich autorům a šíří se přes veřejné RSS kanály