uk

Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff

Warna-Warni Kehidupan

Society MS ↓ Епізодів: 273

Podcast dua beradik; Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff akan membawa anda menelusuri realiti hubungan warna-warni kehidupan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. Pada setiap minggu akan dibawakan kisah-kisah yang dekat di hati anda. Sesuatu yang kita semua pernah melaluinya. Kededuanya akan berkongsi sama tips kehidupan berdasarkan pengalaman masing-masing bagi para pendengar.

Обов'язково відвідайте сайт подкасту та підтримайте його автора: yusriyusoff.com

Автор

Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff

Категорія

Society

Сайт подкасту

yusriyusoff.com

Останній епізод

30 сер 2026

Де слухати?

Подкасти в застосунку Replaio Radio Уже незабаром

Подкасти незабаром з'являться в застосунку. Встановіть уже зараз і першими побачте зовсім новий погляд на подкасти

Завантажити з Google Play Встановіть безкоштовно Android майже 10 млн завантажень · рейтинг 4,8 iOS незабаром

Епізоди

EP23. Kesihatan Mental: Nyanyuk atau Dementia 23.09.2021

Episod kali ini akan membicarakan salah faham mengenai dementia. Sering kali pesakit dementia ini dianggap sebagai kejam dengan memperlakukan pasangan mereka seperti orang asing atau seolah tidak menghargai mereka yang berada di sekelilingnya. Tidak kurang juga, anak-anak atau pasangan akan menyalahkan orang tua mereka sebagai bermasalah atau 'attitude' sedangkan mereka sebenarnya sakit. Pada epis...

EP22. Kesihatan Mental: Bipolar Disorder (Kecelaruan Emosi) 21.09.2021

Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai bipolar disorder. Penyakit mental yang dikaitkan dengan 'mood swing' yang berubah-ubah. Kadangkala kemurungan yang melampau, adakalanya aktif yang melampau pula sehingga tidak tidur semalaman. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pandangan mereka dan panduan bagi para pesakit bipolar terutamanya ahli kel...

EP21. Kesihatan Mental: Was-Was (OCD) 16.09.2021

Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai masalah was-was. Was-was ini biasanya pula datang bila masa hendak melakukan ibadah sahaja. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman peribadi merekapa apabila berdepan dengan mereka mengalami gangguan was-was ini, dan apakah tips yang boleh diamalkan dalam menanganinya. Podcast ini dibawakan khas...

EP20. Kesihatan Mental: Schizophrenia (Khayalan atau Kenyataan) 13.09.2021

Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai Schizophrenia, di mana pesakit yang mengalaminya tidak dapat membezakan antara khayalan dan kenyataan, lantas dari semasa mereka mengalami delusi dan halusinasi. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi terutamanya mengenai pengalaman peribadi berdepan pesakit Schizophrenia ini dari sudut simtomnya mahupun p...

EP19. Kesihatan Mental: Malas atau 'Anxiety'? 09.09.2021

Episod kali ini berkenaan kesihatan mental akan membicarakan mengenai masalah anxiety (kegelisahan) dan juga depression (kemurungan) yang semakin ramai dihadapi oleh individu sekeliling kita. Pada episod ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi terutamanya mengenai anxiety, dari sudut ciri-cirinya serta panduan buat mereka yang mengalami anxiety. Episod ini juga akan mengupas tentang meng...

EP18. Kenapa Makin Ramai Alami Masalah Kesihatan Mental (Mental Health)? 06.09.2021

Bermula pada minggu ini, podcast 2 beradik akan membicarakan mengenai isu kesihatan mental yang semakin meningkat dalam suasana pandemik Covid-19 ini. Dalam episod pembukaan isu ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengapa kes-kes kesihatan mental semakin bertambah. Mengapa anggota masyarakat perlu bukan sekadar tahu tapi juga perlu faham apakah sebenarnya itu 'Kesihatan Mental.'Podca...

EP17. Pesanan Buat Pasangan Baru & Lama 19.08.2021

Sebagai kesinambungan dari episod lalu, tentang mengapa jodoh tak panjang. Juga mengapa kadangkala lepas belasan tahun rumahtangga pun, kadangkala kita masih lagi tak faham sikap pasangan, sehinggakan sering bergaduh besar dan kadangkala berpisah juga akhirnya. Dalam episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai sikap dan juga ubah suai yang perlu dilakukan agar isu komuni...

EP16. Jodoh Tak Panjang, Salah Siapa? 12.08.2021

Baru kahwin beberapa bulan atau 1-2 tahun, tapi dah sibuk nak bercerai! Si suami kata, "kalau saya tahu awak gini. Saya tak kahwin awak." Si isteri pun cakap perkara yang sama. Jadi salah siapa? Apakah perkara penting yang perlu diketahui pasangan yang baru berumahtangga? Bagi mengetahui apakah sikap dan paradigma yang perlu ada dalam minda pasangan apabila melalui badai rumahtangga begini. Jangan...

EP15. Jodoh Dah Tertulis, Kita Sahaja Yang Tak Tahu 05.08.2021

Kadang kita rasa sedih, mengapa jodoh kita tak kunjung tiba? Tapi tahu tak kita, kadangkala sebenarnya jodoh kita dah tertulis pun. Kita sahaja yang tak tahu. Macam mana tu? Segalanya akan dikupas dalam episod terbaru Warna-Warni Kehidupan yang akan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff melalui pengalaman peribadi mereka dan panduan untuk mereka yang sedang mencari-cari pasangan. Pod...

EP14. Nak Kahwin, Tapi Wali Tak Restu? 02.08.2021

Lanjutan dari perkongsian episod lalu tentang restu ibu bapa. Kali ini, Podcast Warna-Warni Kehidupan membawakan tetamu khas, Nur, bagi berkongsi dilemma beliau dan pasangannya dalam mendapatkan restu wali. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nur dan pasangannya. Adakah ada jalan keluar bagi atasi dilemma mereka? Bolehkan mereka teruskan bernikah tanpa restu wali? Jika wali tak setuju, perlukah Nur m...

EP13. Kahwin Tanpa Restu Ibu Bapa, Jodoh Tak Panjang? 29.07.2021

Masih lagi tentang jodoh. Episod kali ini akan membincangkan persoalan tentang kesan restu ibu bapa dalam pernikahan. Benarkah, tanpa restu mereka, jodoh tak panjang? Jika begitu, perlukah pasangan batalkan pelan mereka untuk berkahwin? Adakah cara lain untuk teruskan bernikah, jika ibu bapa menentang pasangan pilihan kita? Apakah pula yang dimaksudkan rumahtangga perlu restu ibu bapa, jika nak be...

EP12. Bagaimana Nak Cari Jodoh Yang Baik? 26.07.2021

Bagaimana nak cari jodoh yang baik, apakah ciri-ciri suami dan isteri yang perlu ada dalam mencari pasangan rumahtangga? Apakah yang boleh dilakukan untuk dapat jodoh yang baik? Segalanya akan dikupas dalam episod terbaru Warna-Warni Kehidupan yang akan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff melalui pengalaman peribadi mereka dan juga panduan agama dalam hal mencari jodoh. Podcast ini...

EP11. "Miracle" Haji 22.07.2021

Tahun ini merupakan tahun kedua umat Islam Singapura tidak dapat menunaikan haji berikutan pandemik Covid-19. Namun tidak salah untuk setiap dari kita mengimpikan ke tanah suci kan? Maka sempena musim bulan haji ini, dengarkan episod sangat istimewa kali ini yang akan menyingkap pengalaman peribadi Ustaz Yusri dan Marina Yusoff semasa menunaikan haji bersama. Bermula dari peristiwa visa haji yang...

EP10. Belum Bersedia Pergi Haji di Usia Muda, Kenapa? 19.07.2021

Kenapa belum pergi haji lagi? "Oh, belum ada seruan." "Oh, belum mampu lagi." Ada pula yang mampu melancong tiap tahun ke luar negara. Tapi masih tiada perancangan ke haji, sebab mungkin rasa mahal. Atau ada juga komen-komen seperti, "bolehlah awak gaji besar, mampu pergi haji." Betul ke macam tu? Sempena Eid Adha kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi tips dan hakikat yang sebenar...

EP9. Anak yang Ber'masalah', Kenapa Ibu Bapa Diuji? 15.07.2021

Ibu bapa solat dan warak, tapi anak tak solat. Ibu pakai tudung serta ajar adab dan pekerti, tapi anak seksi. Ibu bapa dari kecil semaikan budaya agama, tapi anak-anak bila besar berbudaya bebas. Mengapa anak-anak jadi begitu? Mengapa ibu bapa diuji? Dengarkan episod kali ini yang akan mengupas pengalaman peribadi Ustaz Yusri dan Marina Yusoff beserta pengajaran dari sirah dan sejarah hidup para N...

EP8. Anak Tak Dapat Masuk Madrasah, Apakah Sikap Ibu Bapa? 13.07.2021

Keputusan ujian 'entrance' madrasah sepenuh masa yang lalu, ramai ibu bapa yang kecewa. Adakah anak-anak kita tidak cukup bijak untuk ke madrasah? Adakah mereka pelajar yang lemah? Apakah sikap ibu bapa dalam menangani kekecewaan ini? Episod kali ini, kami adik-beradik akan berkongsi isu ini berdasarkan pengalaman peribadi kami sendiri. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff. Bagi khidmat kau...

EP7. "Nanti Tunggu Lepas Dapat Gaji..." 08.07.2021

"Nanti dapat gaji saya bayar!" Bila ke mesin ATM, cucuk kad nak keluar duit, tapi baki tinggal berapa dollar. Tapi gaji lagi 5 hari baru masuk! Beginilah keadaannya bagi sebahagian dari kita. Bagaimana nak atasi perkara ini? Segalanya ini akan dikupas dalam episod ringkas podcast kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/isl...

EP6. Apakah 'Bahasa Cinta' Pasangan Anda? (Part 2) 05.07.2021

Episod kali ini sekali lagi mengajak para pendengar memahami bahasa cinta pasangan masing-masing. Pernahkah pasangan kita tiba-tiba sensitif kerana kita terlupa atau terlewat memberikannya hadiah? Atau, apabila kita berikan mereka 'surprise', pasangan kita akan kenang memori tersebut sampai bila-bila? Pernahkah kita mengalami pertengkaran hanya kerana kita tidak bersama-sama pasangan melakukan ker...

EP5. Apakah 'Bahasa Cinta' Pasangan Anda? (Part 1) 01.07.2021

Episod kali ini akan membawa para pendengar memahami bahasa cinta pasangan masing-masing. Adakah pasangan kita seorang yang rasa dikasihi apabila hanya beliau dihargai dan dipuji? Bagaimana pula jika pasangan kita seorang yang mengharapkan agar kita membelai dan mendakapnya, dan kita pula tidak sebegitu? Atau, mereka terasa sangat bahagia hanya kita berada di sampingnya dan meluangkan masa kita ha...

EP4. Kasih Ayah Juga Ke Syurga! 28.06.2021

Episod kali ini merupakan edisi khas yang disiarkan live melalui FB sempena hari bapa yang lalu. Bersama kami kali ini, tetamu istimewa yang juga merupakan seorang bapa kepada tiga orang puteri, Sujimy Mohamad. Sesuai dengan tajuknya, episod kali ini akan membawa pendengar mengapa fungsi seorang bapa sangat penting, baik dari sudut agama mahupun dari sudut pembangunan keluarga. Hos anda, Ustaz Yus...

EP3. Menjadi Mentua Yang Hebat! 24.06.2021

Bahagian kedua episod mengenai menantu dan mentua akan membicarakan pula mengenai bagaimana mentua dapat membantu rumahtangga anak-anak lebih aman serta harmoni danbukan sebaliknya? Bagaimana pula mentua dapat menyesuaikan diri agar dikasihi serta disayang menantu, dan bukan sebaliknya? Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/islami...

EP2. Menantu 'Hantu'? 17.06.2021

Episod kali ini akan membicarakan topik mengenai isu menantu 'hantu' dan begaimana menjadi menantu mithali serta panduan dalam menangani isu dan konflik bersama mentua. Apakah pula tips serta rahsia bagi memenangi hati mentua. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusriyusoff.com/islamic-counselling atau hubungi langsung melalui no 8362 0211 (wha...

EP1. Isteri atau Ibu? 06.06.2021

Episod pembukaan podcast Warna-Warni Kehidupan (WWK) akan membicarakan topik yang sangat dekat di hati para pendengar; iaitu siapakah yang patut diutamakan apabila seseorang itu sudah berumahtangga, ibu bapa atau suami/isteri. Tinggal rumah sendiri atau rumah ibu bapa? Ingin dengar kata ibu atau isteri? Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff. Bagi khidmat kaunseling agama, sila lungsuri yusri...

Слухайте подкаст Warna-Warni Kehidupan у Replaio

Радіо та подкасти в одному застосунку - безкоштовно й без реєстрації. Встановіть уже сьогодні та не пропустіть запуск

Завантажити з Google Play

Replaio не є видавцем подкастів; назви шоу, обкладинки та аудіо належать їхнім авторам і поширюються через публічні RSS-канали