Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff
Warna-Warni Kehidupan
Podcast dua beradik; Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff akan membawa anda menelusuri realiti hubungan warna-warni kehidupan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. Pada setiap minggu akan dibawakan kisah-kisah yang dekat di hati anda. Sesuatu yang kita semua pernah melaluinya. Kededuanya akan berkongsi sama tips kehidupan berdasarkan pengalaman masing-masing bagi para pendengar.
Vizitează neapărat site-ul podcastului și susține-i creatorul: yusriyusoff.com
Autor
Ustaz Yusri Yusoff & Marina Yusoff
Categorie
Site-ul podcastului
Cel mai nou episod
30 aug. 2026
Unde asculți?
Podcasturi în aplicație Replaio Radio În curândPodcasturile ajung în curând în aplicație. Instaleaz-o acum și fii primul care descoperă o abordare complet nouă a podcasturilor
Episoade
EP73. Jiran 'Toxic' 14.05.2022 24:21
Kali ini Ustaz Yusri dan Marina berkongsi tentang kisah konflik antara jiran hingga berlaku 'anxiety' pada isteri dan jejaskan rumahtangga. Apakah peranan suami dalam hal ini, serta bagaimana mereka dapat huraikan krisis bersama jiran? Apakah langkah sepatutnya diambil bagi mengatasi konflik tersebut? Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberika...
EP72. Ipar 'Toxic' 05.05.2022 22:22
Selain 'clash' dengan mentua, terdapat juga konfrontasi bersama ipar duai sampai sanggup cari masa untuk tak bertembung ipar. Soalannya sampai bila nak bergaduh, dan bagaimana nak pulihkan hubungan semula? Segalanya akan dikongsi bersama oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbi...
EP71. Ibu 'Toxic' 28.04.2022 28:12
Episod kali ini membicakan tentang ibu toksik. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi tentang cabaran anak-anak yang berdepan dengan ibu sebegini; ibu yang hamun anak-anaknya sendiri. Layakkah ibu sebegini digelar sebagai toksik? Tidak sayangkah mereka pada anak-anak, atau itu tanda sayang mereka yang tersendiri. Bagaimana pula sikap anak-anak, bolehkah mereka memulaukan ibu sendiri? Atau, w...
EP70. Pelaburan dan Insuran Bagus, Tapi... 21.04.2022 32:19
Episod kali ini masih lagi mengulas mengenai keburukan hutang dalam rumahtangga; iaitu tentang amalan untuk melabur dalam pelaburan emas, ekuiti saham atau kripto serta mempunyai insuran bagi perlindungan untuk keluarga. Adakah ia suatu amalan yang baik? Ketika bila pula ia menjadi suatu bebanan dan tanggungan hutang, walaupun asalnya ianya untuk masa depan keluarga? Segalanya bakal dikongsi oleh...
EP69. Tabiat Suka Berhutang. 14.04.2022 25:31
Episod kali ini mengupas tentang tabiat buruk suka berhutang. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff juga akan berkongsi pengalaman dan pengamatan mereka sendiri tentang tren berhutang seperti membeli kereta atau kondo tanpa mengukur kemampuan sendiri. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi subjek Matematik dan Sains dalam peperiksa...
EP68. Suami Ada 'Me Time', Isteri? 07.04.2022 26:09
Pada episod lalu berkongsi tentang 'quality time', episod kali ini akan mengupas pula tentang 'me time'. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengamatan dan pengalaman mereka tentang 'me time', dan pentingnya ia juga dirasai oleh golongan isteri juga, dan bukan suami sahaja. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi su...
EP67. Nak 'Quality Time' Dengan Pasangan, Tapi Mentua/Ipar Ada. 31.03.2022 33:55
Episod kali ini membawakan dilema suami yang suka ajak ibu bapa serta keluarga adik-beradiknya berlibur bersama-sama., tapi isteri pula lebih cenderung untuk meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak-anak tanpa keluarga suami. Jadi siapa yang kena ikut siapa? Siapa yang perlu beralah? Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbing...
EP66. Bila Isteri Tak Pandai Masak. 24.03.2022 23:18
Suami harapkan isteri pandai masak, tapi isteri tak tahu masak! Sebenarnya dalam Islam, tanggungjawab seorang isteri ke untuk buat kerja rumah dan memasak untuk suami? Boleh tak kalau isteri tak masak, atau isteri perlu belajar masak segera? Segalanya akan dikupas oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod podcast kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempuny...
EP65. Macam-Macam Jenis Cemburu. 17.03.2022 23:30
Episod kali ini mengupas tentang hal cemburu pasangan suami isteri dan kadar toleransi kepada keintiman pasangan mereka dengan lelaki atau wanita lain. Bagaimana menangani sikap cemburu pasangan kita, apakah yang patut diubah serta bagaimanakah cara memenangi hati pasangan kita semula? Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi...
EP64. Mana-Mana Pergi, Kena 'Report' Isteri. 10.03.2022 26:25
Podcast kali ini bakal berkongsi tentang isteri yang 'demand' suami untuk 'report' status keberadaan mereka seperti sudah sampai kerja ataupun belum dan lain-lain. Mengapa ada isteri yang sebegitu? Kenapa Isteri cepat melenting bila suami lambat atau tak jawab langsung mesej mereka? Mengapa suami pula tak suka/lambat jawab? Apakah sepatutnya sikap suami apabila berdepan dengan senario seperti ini?...
EP63. Pasangan Tak Mahu Ziarah Mentua. 03.03.2022 27:37
Episod kali ini mengupas tentang isu pasangan yang tidak mahu ziarah mentua mereka. Apakah sebab yang membuatkan pasangan tidak mahu ikut ziarah ibu bapa kita? Mengapa pula penting untuk kita ziarah ibu bapa pasangan (mentua) kita? Bagaimana pula untuk huraikan isu tak mahu ziarah mentua ini? Segalanya akan dikongsi dalam podcast dua beradik, pada episod kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh Y...
EP62. 'Silent Treatment' 28.02.2022 26:37
Pernah tak anda berdepan dengan keadaan di mana suami atau isteri anda berdiam diri dan tidak berbual dengan anda berhari-hari lamanya dan kadangkala sampai berminggu-minggu dan berbulan-bulan kerana kecil hati atau berlaku pertengkaran sebelumnya? Inilah isu yang akan dikupas kali ini, iaitu 'silent treatment'. Apakah sebabnya dan mengapa ia berlaku? Mengapa ia tidak elok dan perlu dihentikan? Ba...
EP61. Suami Jenis Suka Memendam Perasaan. 24.02.2022 33:45
Episod kali ini berkongsi mengenai jenis suami yang suka pendam-pendam. Mengapa suami kita jadi macam tu? Perlukah suami terus pendam atau perlu luahkan perasaan? Apakah yang perlu dilakukan isteri bagi membuatkan suami berbicara? Bagaimana pula sikap isteri bila dapat suami macam ni? Segalanya akan dikongsi dalam podcast dua beradik, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff pada episod kali ini. Bagi mendap...
EP60. Kenapa Kita Mesti Sumbangkan Duit Pada Ibu Bapa? 22.02.2022 31:59
Mengapa perlu sumbangkan duit pada ibu bapa kita? Kalau duit untuk kita dan keluarga sendiri pun tak cukup, macam mana tu? Pasangan pun pertikaikan hak kita bagi pada ibu bapa kita. Jika nak sumbangkan, berapakah kadar yang sepatutnya? Segalanya ini akan dikongsi oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod WWK kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khidmat kauns...
EP59. Suami Tak Bagi Nafkah. 17.02.2022 24:29
Episod kali ini membicarakan mengenai kes-kes di mana para suami tidak membayar nafkah kepada isteri. Mengapa ia terjadi serta ramaikah pasangan yang mengalami pengalaman sebegitu? Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan turut berkongsi mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pasangan sebelum berumahtangga bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Segalanya akan dikupas dalam episod podcast...
EP58. Berapa $$ Nak Bagi 'Nafkah' Pada Isteri? 14.02.2022 36:36
Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi mengenai isu duit poket atau 'nafkah' pada isteri. Berapa sebenarnya yang perlu diberikan? Adakah tepat pemahaman masyarakat hari ini mengenai maksud nafkah isteri? Terdapat perbezaan kah bagi isteri yang bekerja dan yang tidak bekerja? Segalanya akan dikongsi dalam podcast WWK kali ini. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff...
EP57. Sikit-Sikit Cari Anak, Tapi Anak Dah Kahwin! 10.02.2022 25:53
Anak dah berumahtangga, tapi ibu bapa masih bergantung penuh pada anak. Bagaimana tu? Siapakah yang patut diutamakan, ibu atau pasangan kita? Segalanya akan dikupas oleh Ustaz Yusri dan Marina Yusoff dalam episod terkini Podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi subjek Matematik dan Sains dalam p...
EP56. Sikit-Sikit Cerita Mak... 07.02.2022 23:47
Episod kali ini membicarakan mengenai situasi di mana pasangan kita suka berkongsi segala apa yang berlaku dalam rumahtangga kepada ibu atau bapa mereka. Bagaimana respon isteri apabila berdepan dengan situasi seperti ini? Bagaimana pula dengan sikap yang sepatutnya dilakukan oleh suami. Wajarkah semua perkara perlu dikongsi kepada orang tua? Segalanya akan dikongsi oleh Ustaz Yusri dan Marina Yus...
EP55. Apabila Anak Mangsa Buli, Tapi Ibu Bapa Tidak Tahu. 03.02.2022 23:12
Podcast kali ini membincangkan tentang tren buli di kalangan para pelajar. Apakah anak-anak kita mungkin merupakan mangsa buli, tapi ibu bapa tidak tahu? Atau, anak-anak kita merupakan pembuli, tapi kita sukar untuk percaya? Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi kepada para pendengar bagaimana untuk mengenali tanda-tanda anak mungkin dibuli dan apakah langkah-langkah b...
EP54. Jika Pasangan Curang, Boleh Intai Hp Tak? 31.01.2022 22:04
Sebagai kesinambungan pada episod sebelumnya berkenaan tabiat tidak elok suami atau isteri yang suka mengintai hp pasangan mereka. Kali ini Ustaz Yusri dan Marina berkongsi mengenai situasi di mana pasangan yang curang. Adakah terdapat pengecualian dalam senario seperti ini? Segalanya akan dikupas dalam episod podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. B...
EP53. Intai Hp Pasangan. OK Tak? 27.01.2022 17:54
Pada episod kali ini, Ustaz Yusri dan Marina berkongsi tren suami atau isteri yang suka mengintai hp pasangan mereka. Adakah ia suatu perkara yang dapat diterima? Adakah perbuatan ini OK, atau lebih banyak keburukannya? Segalanya akan dikupas dalam episod podcast Warna-Warni Kehidupan. Podcast ini dibawakan khas oleh YMS Edutech Learning Hub. YMS mempunyai kepakaran dalam memberikan bimbingan bagi...
EP52. Siri DIY: Kehilangan Insan Tersayang (Part 2) 24.01.2022 30:39
Kesinambungan dari episod podcast yang lalu yang berkisar mengenai kehilangan insan tersayang. Kali ini, Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pula amalan-amalan dan perkara kebaikan yang boleh dilakukan sebagai tanda kasih kita kepada arwah dan juga perkara ihsan yang boleh diteruskan walaupun mereka sudah tiada lagi di sisi. Podcast ini dibawakan khas oleh YusriYusoff Consulting. Bagi khi...
EP51. Siri DIY: Kehilangan Insan Tersayang (Part 1) 20.01.2022 29:35
Episod podcast kali ini masih lagi tentang DIY; iaitu ketika kehilangan orang yang kita sangat kasihi. Ustaz Yusri dan Marina Yusoff akan berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan insan yang sedang nazak serta apakah amalan yang patut dilakukan. Kededuanya juga akan berkongsi mengenai perkara penting yang perlu dilakukan sebaik sahaja orang yang kita kasih sudah menghembuskan nafas terakh...
EP50. Siri DIY: Sambut Cahayamata (Part 2) 18.01.2022 22:02
Episod podcast kali ini masih lagi tentang amalan menyambut cahayamata. Kali ini kami menyambung perkongsian bagi amalan-amalan yang yang boleh dilakukan para ibu bapa selepas mendapat anak seperti mana yang dianjurkan dalam Islam. Jika episod lepas dibincangkan tentang amalan membaca Quran semasa anak dalam kandungan, dan amalan mengazankan anak, tahnik dan menamakan anak selepas kelahiran. Kali...
EP49. Siri DIY: Sambut Cahayamata (Part 1) 13.01.2022 33:28
Episod podcast kali ini masih lagi berkisar tentang siri DIY. Kali ini kami mengajak bakal ibu bapa menelusuri amalan-amalan yang yang boleh dilakukan para ibu bapa sebelum dan selepas mendapat anak seperti mana yang dianjurkan dalam Islam. Dengarkan perkongsian Ustaz Yusri dan Marina Yusoff mengenai pengalaman mereka ketika menimang cahaya mata dan bagaimana mereka cuba aplikasikan anjuran Nabi s...
Podcasturi asemănătoare
Replaio nu este editorul podcasturilor; numele emisiunilor, coperțile și materialul audio aparțin autorilor lor și sunt distribuite prin fluxuri RSS publice