TV PERTIWI

PERTIWI PODCAST

Pertiwi Podcast adalah sebuah rancangan sembang santai yang membincangkan isu-isu semasa ummah.

Não deixe de visitar o site do podcast e apoiar quem o produz: podcasters.spotify.com

Autor

TV PERTIWI

Categoria

Education

Site do podcast

podcasters.spotify.com

Último episódio

8 de ago de 2024

Onde ouvir?

Podcasts no app Replaio Radio Em breve

Os podcasts estão chegando ao app. Instale agora e seja o primeiro a descobrir um jeito totalmente novo de curtir podcasts

Baixe no Google Play Instale grátis Android 5 mi+ downloads · nota 4,8 iOS em breve

Episódios

Politik Malaysia Huru-Hara! 08.08.2024

Episod 94 : "Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri terbaik kita. Itu tidak bererti dia tiada kelemahan dan kesilapan. Saya sendiri salah seorang pengkritik Mahathir yang kuat semasa saya dalam UMNO." - Datuk Mohd Zaid Ibrahim #politikmalaysia #UMNO #blackrock #pertiwipodcast #tvpertiwi

Boikot : Geopolitik Amerika & Isr4el 16.07.2024

Episod 90 : "Sepatutnya boikot memberikan kekuatan kepada kita dari sudut ekonomi supaya kita boleh beralih kepada boikot yang seterusnya sebab kita dah sediakan alternatif.." - Asyraf Farique

Palestin : Projek Kolonial Lebih 75 Tahun 04.07.2024

Episod 89 : "Konklusinya ialah tepuk dada, tanya selera. Kalau kita masih tak boleh nak membuat keputusan di mana kita berdiri, maksudnya kita memang pro genosid." - Farrah Adeeba

Bahasa Melayu, BUKAN Pilihan! 28.06.2024

Episod 88 : "Isu dasar bahasa, bukan pilihan. Mengapa perlu diberi pilihan? Dasar bahasa, akta bahasa. Perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini adalah sesuatu yang mesti dipatuhi." - Dr. Anuar Ahmad #BahasaMelayu #Bahasa #Pendidikan #PertiwiPodcast #TvPertiwi

Rakyat Berkorban Atau 'Korbankan' Rakyat? 20.06.2024

Episod 87 : Hos, Kamil Awang bersama panel jemputan, Isham Jalil membincangkan tentang pengorbanan rakyat dalam dunia politik Malaysia pada hari ini. #politikmalaysia #rakyat #pengorbanan #pertiwipodcast #tvpertiwi

Genosid Palestin : Anak Muda Malaysia Pengecut? 07.06.2024

Episod 86 : "Dari sudut media sosial, anak muda Malaysia sangat peka. Kita boleh lihat setiap hari sampai sekarang. Cuma secara FIZIKAL, itu KURANG.. Kita sangat perlukan anak muda punya idea dan tenaga untuk sokongan kepada Palestin." - Khalid Jimat, Mantan Timb. Presiden BDS Malaysia

BUDI Madani, Kontrak Suami Hannah Yeoh 31.05.2024

Episod 85 : "Cara kerajaan untuk selesaikan masalah rakyat, pertamanya, ia bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat, ia lebih kepada untuk menyelesaikan masalah kerajaan dan sebab itu akhirnya rakyat lebih terbeban" - Datuk Tun Faisal #madani #budimadani #padumadani #pertiwipodcast #tvpertiwi

#AllEyesOnRAFAH 24.05.2024

Episod 84 : Dr. Shahridan Fathil, Pakar Anestesiologi yang merupakan sukarelawan Mercy Malaysia, berkongsi pengalamannya menyertai misi bantuan ke Rafah baru-baru ini.

Akaun Fleksibel KWSP 18.05.2024

Episod 83 : Ikuti perbincangan menarik berkaitan Akaun Fleksibel KWSP bersama panel jemputan, Afyan Mat Rawi, Pakar Kewangan. #kwsp #kewangan #PertiwiPodcast #TvPertiwi

DAP 'The New' MCA? 17.05.2024

Episod 82 : Ikuti perbincangan menarik berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu bersama panel jemputan, Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA. #prk #kkb #PertiwiPodcast#TvPertiwi

Pembangkang Tak 'Function' 03.05.2024

Episod 81 : "'Non-action is also an action'. Sebab apa? Perikatan Nasional tidak perlu pun menghuraikan kelemahan, Rafizi sendiri telah 'ditembak'." - Prof. Dr. Kartini Aboo Talib, Penganalisis Politik

Perang Dunia Ketiga 2024? 26.04.2024

Episod 80 : "Seburuk-buruk Korea Utara, pernah satu ketika mereka menjadi ahli NPT. Jadi ini menunjukkan dwi-standard. Betapa hipokritnya dalam hal nuklear ini. Kita tidak tahu apa kemampuan 1sr4el dalam bom nuklear dan kita juga tidak tahu sebenarnya kemampuan Iran dalam membuat peledak nuklear." - Prof. Dr Azmi Hassan, Pakar Geostrategis

Sekolah Kebangsaan, 'Anak Tiri' Kerajaan? 19.04.2024

Episod 79 : "Cukup 2/3 dalam Parlimen sekalipun, dia tidak boleh ubah perkara tersebut. Sampai dia m*ti pun, itulah nasib dia di Tanah Melayu. Saya betulkan balik. Di MALAYsia." - Cikgu Izzat

Isu KALIMAH ALLAH, Kemuncak Kemarahan Orang Islam 05.04.2024

Episod 78 : "Bila ada orang meletakkan kalimah ALLAH itu di kaki, pada kita itu adalah sesuatu yang amat tidak sesuai. Kalau kita fikir logik pun, adakah sesiapa yang sanggup meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong di stoking? Saya rasa tidak begitu." - Muhammad Fauzi Asmuni

ZAKAT, Ejen Allah Untuk Salur Rezeki 29.03.2024

Episod 77 : "Zakat fitrah ini bukan dikira kerana dia ada harta, tapi zakat fitrah ini dikira kerana dia seorang muslim, kerana dia adalah seorang manusia." - Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

'Post' Kebaikan, Ikhlas Ke Riak? 22.03.2024

Episod 76 : "Kalau Subuh itu macam Jumaat, maka umat Islam akan kembali bangkit. Lihatlah Subuh itu macam mana, baru kita lihat macam mana masa depan bangsa." - Ustaz Fadhil Yahya

'Kebahagiaan Buatan' Alam Maya 15.03.2024

Episod 75 : "JAGA SOLAT. Bila jaga solat, itu adalah 'ibu' segala kebaikan maka yang lain akan turut ikut sama.. Kalau kita perbaiki solat maka Allah akan perbaiki hidup kita." - Ustaz Ahmad Bukharie

AMLA, CBT, Seleweng Dengan Niat 08.03.2024

Episod 74 : "Kalau dalam submission kepada SSM membenarkan bahawa dia boleh ambil dana dan juga boleh melabur, boleh membeli aset, dan benda itu boleh mendatangkan keuntungan, keuntungan itu pula boleh digunakan oleh SYARIKAT, apa salahnya?" - Fahmi Abd Moin, Peguam / Pakar Undang-undang

Kes Nik Elin, Ubah Cara Hidup Islam! 23.02.2024

Episod 73 : "Ramai tidak faham. Ini bukan semata-mata isu Perlembagaan. Apabila undang-undang syariah itu runtuh, maka nilai masyarakat Islam yang dicerminkan di dalam undang-undang syariah tidak boleh lagi terpakai." - Lukman Sheriff, Peguam

Kerajaan NATO, Takut Naratif Sendiri! 16.02.2024

Episod 72 : "Kerajaan 'no action talk only', perkara-perkara asas yang telah dijanjikan tidak dibuat. Sudah lah tidak buat, apabila ditekan katanya akan buat tetapi bulan demi bulan masih tidak buat. Perkara baik yang telah dibuat, di 'uturn' pula." - YB Syed Saddiq

Negara Islam BONEKA Israhell 09.02.2024

Episod 71 : "Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israhell tetapi kerajaan berulang kali mengisytiharkan mereka menyokong Two-State Solution. Kalau tiada hubungan diplomatik dengan Israhell, macam mana boleh mengiktiraf lebih 80% tanah itu adalah milik Israhell?" - Fauzi Asmuni, Presiden GSPP #israel #palestine #arab

Azam Tahun Baru, Nak PM Bukan Melayu 31.01.2024

Episod 70 : "Adakah dengan adanya seorang Perdana Menteri bukan Melayu, maka Malaysia ini akan jadi lebih baik? Adakah itu yang cuba disampaikan oleh Lim Kit Siang? Kalau itulah fahaman yang cuba beliau sampaikan, itu adalah satu fahaman yang SALAH!" - YB Afif Bahardin

1.2 Juta Pelancong China 'CURI' SUBSIDI RAKYAT?! 24.01.2024

Episod 69 : "Saya nak tanya YAB PMX, tak rasa malukah dengan Menteri KDN yang satu surat pun tak boleh nak balas dari NGO kecil macam kami ini? Takkanlah tiada maruah langsung?" - Cikgu Izzat #China #Malaysia #Negaraku

PENDEKAR AWANG : Fiksyen Atau Sejarah? 18.01.2024

Episod 68 : "Kita tidak pernah 'dihidangkan' ataupun tidak pernah tahu sebelum ini.. Cuba tengok dari babak awal sehingga babak hujung itu sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh ambil." Shahrudin Mat Dali, Pengarah Pendekar Awang "Pentas ini kita gunakan untuk berkongsi perkara-perkara yang perlu diketahui oleh warga yang perlu tahu sejarahnya." Abdul Rahman Mt D...

ISU PANAS Pilihan Raya PBT, Persempadanan Semula 12.01.2024

Episod 67 : "Apakah sebenarnya jaminan parti-parti politik tidak akan memasuki pilihan raya PBT?" - Muhammad Rafique Rashid Ali

Ouça o podcast PERTIWI PODCAST no Replaio

Rádio e podcasts em um só app - grátis e sem cadastro. Instale hoje e não perca o lançamento

Baixe no Google Play

O Replaio não é o publicador dos podcasts; os nomes dos programas, as capas e o áudio pertencem aos seus autores e são distribuídos por feeds RSS públicos