Astro Awani
Niaga AWANI
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Niaga AWANI: OPR kekal, apa erti kepada ekonomi negara? 03.11.2023 5:40
Bagaimana keputusan OPR ini akan kembali merangsang pertumbuhan ekonomi, mengukuh perbelanjaan domestik terutamanya? Adakah inflasi mampu kekal sekitar 2 peratus apabila subsidi ayam telah ditamatkan? Kupasan bersama Pakar Ekonomi MIDF Research, Zafri Zulkeffeli.
Niaga AWANI: Jawatankuasa dasar monetari kekal OPR 3.00 peratus 03.11.2023 1:13
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
KMF 2023: AI and regulatory challenges 02.11.2023 21:44
Full discussion with Matt Fitzpatrick, Senior Partner Global Leader Of QuantumBlack Labs.
Program Serap-Industri: Lahirkan modal insan berkemahiran tinggi 02.11.2023 9:13
Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih dan dilantik sebagai ketua penyelaras bagi Konsortium Elektrik dan Elektronik (E&E) bagi pelaksanaan Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri (MRI3), Kementerian Pendidikan (KPT). Bersama Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, membawakan perinciannya di Niaga AWANI.
Jiwa SME: Unifi Business perkasa PMKS adaptasi perniagaan digital 01.11.2023 13:02
97.4 peratus perniagaan domestik adalah sumbangan PMKS yang menyediakan pekerjaan kepada 47.8 peratus rakyat Malaysia. Namun, sejauh mana mereka bersedia mengadaptasi tekonologi dalam perniagaan? Ikuti diskusi penyelesaian teknologi perniagaan serta impaknya kepada PMKS bersama Unifi Business dan pelanggannya.
Belanjawan 2024: Tinjauan holistik terhadap pelancongan mampan 01.11.2023 7:54
Malaysia menyasarkan 16.1 juta kedatangan pelancong tahun ini yang dianggar menjana lebih RM49 bilion pendapatan pelancongan pada tahun 2023. Bagaimana pendapatan ini dapat dicapai?
Subsidi ayam tamat hari ini, harga melonjak? 01.11.2023 6:47
Siapa yang paling terkesan terhadap langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 November?
Pembiayaan masa hadapan bandar mampan untuk semua 31.10.2023 16:59
Bersama Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusof terbang ke Istanbul, Turkiye membawa perkembangan terkini "World Cities Day" dengan bertemakan "Financing sustainable urban future for all" untuk meneroka pembangunan yang mampan untuk masa hadapan.
MDX 2023: Meraikan ekonomi digital Malaysia 31.10.2023 7:42
Malaysia Digital Expo (MDX), anjuran MDEC membuktikan kesediaan Malaysia dalam meneroka dan berkembang bagi membawa ekosistem digital serta membuka peluang pelaburan di rantau ASEAN dan peringkat seterusnya.
5G in Malaysia - What’s Next? 27.10.2023 31:43
Explore the future of 5G in Malaysia, including coverage progress and the challenges ahead as well as the impact on various industries and connectivity issues in remote areas with Julian Gorman Head of APAC, GSMA and Mohd Fairuz Ismail, Executive Director, Risk Advisory TMT Sector Leader, Deloitte Malaysia.
Tingkat pelaburan promosi produk halal Malaysia - TPM 27.10.2023 7:39
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata, kerajaan merasakan usaha bersama antara kementerian dan agensi berkaitan mesti dilakukan bagi meningkatkan lagi usaha mempromosi produk halal Malaysia.
Belanjawan 2024: Bersediakah majikan laksana gaji progresif? 27.10.2023 13:33
Ia berikutan dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan. Namun bersediakah mereka? Kupasan bersama Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsudin Bardan.
Unjuran pertumbuhan ekonomi, kadar OPR & prestasi ringgit 27.10.2023 11:39
Bersama Pakar Ekonomi MIDF, Abdul Mui'zz Morhalim.
Japan Mobility Show 2023: Era baharu logistik dengan kenderaan elektrik 27.10.2023 7:44
Di Japan Mobility Show 2023, negara matahari terbit itu menyatakan pada dunia bahawa kenderaan logistik mereka sudah bersedia untuk beralih sepenuhnya kepada teknologi elektrik. Bagaimana kenderaan elektrik bakal mengubah ekosistem dan produktivit dalam sektor logistik. Editor Niaga Awani yang masih lagi berada di Tokyo ada perinciannya.
AITF2023: Cabaran memacu sektor PMKS ke pasaran antarabangsa 26.10.2023 12:40
Wartawan Astro AWANI, Fahmi Izzuddin yang berada di AITF 2023 membawakan diskusi memahami cabaran sektor PMKS negara untuk menembusi pasaran global, kupasannya bersama Saudah Mat Isa, Pengarah MATRADE, Wilayah Utara.
Kenderaan Elektrik: Japan Mobility Show 2023 hambar? 26.10.2023 10:19
Ketika seluruh dunia teruja dengan teknologi kenderaan elektrik, bagaimana Jepun tampil dengan kehebatan teknologi menerusi industri pemotoran mereka. Adakah benar pameran kali ini hambar dan mengapa Jepun berhati-hati dengan pembuatan kereta elektrik mereka?
Belanjawan 2024: Mengatasi cabaran bakat, pengambilan pekerja PKS 26.10.2023 12:02
Laporan ‘The State of Recruitment Growing Costs and Concerns’ diterbitkan oleh Employment Hero, mendapati bahawa 97% daripada pengurus sumber manusia perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhadapan cabaran pengambilan pekerja ekoran ketidakupayaan memadankan gaji di organisasi besar dan 96% daripada mereka menyatakan bahawa tidak dapat memberikan faedah yang serupa.
Niaga AWANI: Automotif: Mewujudkan ekosistem holistik EV 24.10.2023 19:34
Belanjawan 2024 menyaksikan pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam merancakkan industri kenderaan elektrik (EV). Ikuti temu bual bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin seiring usaha mewujudkan ekosistem holistik EV.
Niaga AWANI: Insentif pesawah, nelayan dan keterjaminan makanan Malaysia 24.10.2023 12:01
Kerajaan memperuntukkan RM2.6 bilion dalam bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan. Bagaimana jumlah ini mampu mengangkat kehidupan pesawah dan nelayan seiring dengan usaha Malaysia untuk memastikan keterjaminan makanan negara kekal mampan?
Niaga AWANI: Belanjawan 2024: Rasionalisasi subsidi demi kemampanan fiskal 23.10.2023 13:44
Bagaimana pelaksanaan pendekatan penyasaran semula subsidi secara bersasar mampu menyokong kemampanan fiskal negara?
Penyelesaian pembiayaan untuk PMKS 20.10.2023 13:31
Aspek pembiayaan dikalangan PMKS memerlukan fokus yang lebih luas dalam aspek penyelesaian pembiayaan. Affin Bank antara yang aktif dalam mengerakan usaha ini.
Pembangunan mampan Selangor 20.10.2023 12:59
Promosi Selangor selaku pintu masuk ASEAN di bawah Invest Selangor turut melihat kepada aspek pembangunan mampan. NCT Group antara yang mepelopori usaha tersebut. Niaga AWANI bertemu Pengarah Eksekutif NCT Group.
Cabaran ekonomi ASEAN 20.10.2023 8:55
ASEAN menjadi blok ekonomi terpenting dunia dengan jumlah penduduk lebih 600 juta sekaligus menjadikan ia pusat pertumbuhan dunia. Namun ia tidak lari dari cabaran segenap aspek yang memerlukan peranan besar setiap negara anggota. Apakah peluang yang wujud disebalik cabaran berkenaan?
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.