Kool 101
Kooliah 101
Sebuah eksplorasi hikmah-hikmah Al-Quran dan Hadis sebagai santapan rohani dalam Kooliah101.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Mukhtasar Juzuk 8 Al-Quran | Kooliah 101 25.05.2024 14:48
Intipati Juzuk 8 kali ini tentang Surah Al-A'raf dan Surah Al-An'am yang masing-masing mempunyai makna tersurat dan tersirat yang diperincikan. Tempat yang tinggi? Syurga dan neraka ada batasan? Jangan salah tafsir, mari dengar Kooliah 101 untuk pencerahan minda dan perluasan ilmu Al-Quran.
Ziarah Masjid | Kooliah 101 24.05.2024 16:00
Masjid Negara, masjid depan rumah, masjid Sendayan, semua masjid itu belum mampu memberi ketenangan setenang Masjid Nabawi di Madinah, dan banyak lagi masjid dan sejarahnya seperti Masjidil Aqsa yang akan diceritakan oleh PU Rahmat pada kali ini.
Kisah Haji | Kooliah 101 24.05.2024 15:00
Bulan Zulhijjah ini penuh dengan sirah dan kejadian yang menjadi tauladan untuk umat Islam, termasuklah ibadah haji. PU Rahmat kali ini berkongsi tentang kisah-kisah haji untuk pengajaran semua.
Mukhtasar Juzuk 7 Al-Quran | Kooliah 101 22.05.2024 14:21
Juzuk 7 Al-Quran mengandungi dua surah yang diturunkan di tempat yang berbeza, iaitu Surah Al-Maidah dan Surah Al-An'am yang membawa mesej yang berbeza juga. Dengarkan Kooliah 101 kali ini untuk pencerahan tentang makanan dari langit, maksiat menarik hati, kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhan dan banyak lagi perkongsian kandungan juzuk 7 Al-Quran.
5 Kisah Tauladan | Kooliah 101 21.05.2024 14:31
Al-Quran ini banyak kisah untuk umat Islam jadikan pedoman, tapi pengalaman hidup juga boleh jadi pengajaran. Kali ini PU Rahmat kongsikan tentang Luqman menyembelih kambing, kisah Ultraman Ribut?, Salman Al-Farisi yang amat kagum dengan Rasulullah SAW, dan kisah-kisah menarik lain.
Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Adlu, Akbar, Muhaimin | Kooliah 101 21.05.2024 15:28
Hanya dengan kalimah "Bismillah" yang selalu kita sebut itu, terselit Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dunia ini sememangnya tidak adil kerana keadilan yang sebenar akan Allah Maha Adil tunjukkan di mahsyar. Dengarkan penuh di Kooliah 101 untuk pencerahan edisi nama-nama Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Adlu, Akbar, Muhaimin kali ini.
Mukhtasar Juzuk 6 Al-Quran | Kooliah 101 07.05.2024 13:48
Ada apa dengan juzuk 6 di dalam Al-Quran ini? Juzuk 6 mengandungi Surah An-Nisa' dan Surah Al-Maidah tentang wudhuk, ada juga tentang munafik, golongan yang tidak disukai Allah dan kisah Habil Qabil. Dengarkan perkongsian penuh oleh PU Rahmat di Kooliah 101.
Menjadi Tetamu Allah | Kooliah 101 07.05.2024 14:33
Bulan Zulhijjah ada satu ibadah yang tidak semua umat Islam diwajibkan dan berkemampuan walaupun ianya salah satu rukun islam. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti, aamiin.
Adab di Media Sosial | Kooliah 101 01.05.2024 12:32
Media sosial ini boleh ternak dosa kering. Bukan mulut sahaja yang perlu diam jika tiada perkara baik yang dapat disampaikan, jari yang menaip juga perlu berjaga-jaga.
Adab Bersahabat | Kooliah 101 30.04.2024 11:33
Manusia sekeliling ini sedikit banyak mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Apabila bersahabat, jangan sampai mereka rasa tersisihkan. PU Rahmat beri nasihat kalau boleh jangan berbisik depan sahabat kita ya!
Asbab Turunnya Surah Al-Ikhlas | Kooliah 101 17.04.2024 16:48
Antara surah yang pendek di dalam Al-Quran tetapi menyembunyikan kekuatan di sebalik makna. Dengarkan Kooliah 101 tentang seribu satu manfaat Surah Al-Ikhlas.
Selamat Hari Raya | Kooliah 101 10.04.2024 12:18
Permulaan bulan Syawal iaitu bulan kemenangan yang dinantikan oleh semua umat Islam. Pastinya bulan dimana ramai pulang ke kampung halaman serta ramai yang ingin memulakan kehidupan yang baharu setelah berakhirnya bulan suci Ramadan. Apakah yang dapat kita belajari dan ingatkan diri dari bulan Ramadan ke bulan Syawal. Dengarkan Kooliah 101 khas sempena Hari Raya Aidilfitri
Husnul Khatimah Ramadan | Kooliah 101 04.04.2024 12:19
Ramadan akan meninggalkan, Syawal disambut kedatangan. Sementara masih bernafas, rebutlah manfaat Ramadan. Dengarkan Kooliah 101 dalam menginsafi setiap helah nafas kita.
Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid | Kooliah 101 04.04.2024 12:41
Ibu Orang Mukmin, Khadijah binti Khuwailid yang menjadi pedoman para wanita untuk sentiasa setia dan teguh pada agama. Kooliah 101 menebarkan kebaikan Khadijah binti Khuwailid, wanita hebat sepanjang zaman.
Memburu Al Qadr | Kooliah 101 04.04.2024 13:44
Kejarlah pahala berganda pada sepuluh malam terakhir Ramadan sebelum bulan mulia ini melambaikan tangan untuk tahun 2024. Bersama PU Rahmat dalam Kooliah 101, bersama-sama meresap kebaikan Lailatul Qadar.
Ibrah Peristiwa Nuzul Quran | Kooliah 101 28.03.2024 16:51
Di bulan Ramadan yang mulia ini, ibadah puasa sememangnya menjadi keutamaan tetapi terselit juga hari di mana turunnya ayat Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama-sama dengar Kooliah101 bersama PU Rahmat tentang istimewa hari Nuzul Quran.
Juzuk 3 Dalam Al-Quran | Kooliah 101 13.03.2024 16:01
Juzuk ke-3 ini terdapat dua surah di dalamnya iaitu 33 ayat terakhir Surah al-Baqarah dan 91 ayat permulaan Surah Ali-Imran. Penceritaan juzuk ini didahului dengan pembahasan keistimewaan dan perbezaan kedudukan Nabi dan Rasul. Dengarkan penjelasan lebih lanjut mengenai juzuk ini disampaikan oleh PU Rahmat di Kooliah 101.
Juzuk 2 Dalam Al-Quran | Kooliah 101 13.03.2024 13:16
Juzuk kedua merupakan juzuk yang unik namun kandungan yang terkandungan dalamnya banyak yang boleh diteladani dan dipelajari. Bersama kita tadabbur juzuk ini bersama PU Rahmat di Kooliah 101.
Juzuk 1 Dalam Al-Quran | Kooliah 101 13.03.2024 16:12
Allah SWT tak jadikan sesuatu itu sia-sia sepertimana Allah turunkan al-Furqan kepada kita, umat akhir zaman sebagai panduan. Ramai yang pandai membacanya namun berapa ramai yang faham keseluruhannya? Mari bersama PU Rahmat untuk kita singkap kelebihan dan kebaikan al-Quran.
5 Amalan Bulan Ramadan | Kooliah 101 11.03.2024 13:00
Bulan Ramadan bulan mulia yang dinantikan oleh umat Islam. Banyak kebaikan ketika melangkah ke bulan ini. Dengarkan penjelasan PU Rahmat mengenai amalan yang boleh diamalkan oleh sentiasa individu muslim.
Geng Masjid | Kooliah 101 11.03.2024 14:03
Golongan muda sepatutnya menjadi golongan yang mengimarahkan masjid atau surau. Di Malaysia, golongan ini sebati dengan panggilan 'Geng Masjid'. Dengan tenaga yang banyak, kena memberi banyak sumbangan.
Siapakah Orang yang Beriman? | Kooliah 101 08.03.2024 12:05
Surah Al-Mukminun mempunyai 118 ayat dan diturunkan di Mekah. Maksud Al-Mukminun ialah orang-orang yang beriman dan di dalam surah ini, Allah menceritakan tentang kebaikan dan balasan yang mereka perolehi.
5 Doa Nabi | Kooliah 101 07.03.2024 14:02
Sebagai umat Islam, doa adalah amalan harian yang kita lakukan sama ada selepas solat, ketika ingin melakukan sesuatu, memohon hajat dan sebagainya. Walaupun Nabi dijanjikan syurga, mereka tetap berdoa memohon daripada Illahi. Mari kita dengar penjelasan PU Rahmat mengenai lima doa yang Nabi lazimi.
5 Nasihat Luqman kepada Anaknya | Kooliah 101 06.03.2024 14:19
Gelaran 'Al-Hakim' yang diberikan kepada Luqman adalah kerana setiap butir kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh dengan hikmah. Setiap darinya mempunyai pengajaran dan teladan yang bermanfaat untuk setiap manusia. Antaranya adalah nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya.
5 Zikir Luar Biasa Berdasarkan Hadith Nabi Muhammad SAW | Kooliah 101 06.03.2024 13:45
Zikir bukan sahaja dapat meraih ketenangan malah dengan mengamalkannya memberi banyak faedah dalam kehidupan. Dengarkan penjelasan PU Rahmat mengenai 5 Hadith yang 'luar biasa'.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.