Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

News MS ↓ 78 episodes

Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.

Be sure to visit the podcast's website and support the creator: podcasters.spotify.com

Author

Khabarnya Podcast

Category

News

Podcast website

podcasters.spotify.com

Latest episode

Nov 22, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 10M+ downloads · 4.7+ rating iOS soon

Episodes

Khabarnya EP28: Why Now Waytha Moorthy?! 23.08.2025

Dengarkan episod ke-28 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka membincangkan mengenai Perkara 42 Lembaga Persekutuan, kos sara hidup meningkat, dan betapa pentingnya mempertahankan peruntukan perlembagan. #Khabarnya #WaythaMoorthy #Perkara42 #Perlembagaan #isusemasa #PolitikMalaysia

Khabarnya EP27: Bongkar! Pengakuan Dr. Afif di sebalik pemecatan dari Parti Derita 16.08.2025

Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.

Khabarnya EP26: 16 Sebatan untuk 16 Tuduhan – penahanan Chegubard dijelaskan 02.08.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-26 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu jemputan seorang aktivis politik, Encik Badrul Hisham Shaharin (Chegubard). Mereka menyelami mengapa beliau ditahan selepas mengikuti himpunan Turun Anwar, semangat generasi baru reformasi dan konsep Mahkamah Rakyat di seluruh dunia.

Khabarnya EP25: Suara lantang Isham Jalil! 25.07.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-25 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu kontroversial, Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama Isham Jalil. Mereka menyelami mengenai latar belakang beliau dalam politik, akar umbi UMNO, keadaan ekonomi dan hutang negara. Adakah suara beliau didengari? Tonton sampai habis untuk ketahui lebih lanjut...

Khabarnya EP24: YB Mas Ermieyati, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang hebat! 19.07.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-24 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, menemubual YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin. Mereka menyelami peralihan parti dari UMNO ke Bersatu, kontroversi BlackRock dalam projek MHB, dan keberkesanan PAC sebagai tubuh pendesak politik rakyat. #Khabarnya #MasErmieyati #Bersatu #isusemasa #PolitikMalaysia #PeralihanParti #BlackRock...

Khabarnya EP23: Rahsia Kerja Tun M di Usia 100 bersama Sufi Yusoff 11.07.2025

Dengarkan perbincangan khas sempena hari jadi ke 100 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam episode ke-23 ini. Dibawa oleh pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif menemubual Sufi Yusoff, pegawai khas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kami membincangkan disiplin kerja seorang lagenda, kepimpinan semasa krisis kewangan 1998, wawasan antarabangsa (dari Langkawi ke Antartika) dan banyak l...

Khabarnya EP22: Adakah Hari Cukai Negara lambang reformasi PMX? 05.07.2025

Dengarkan perbincangan episod ke-22 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu aktivis politik, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan. Mereka menyelami penahanan SOSMA akibat penentangan awal 1MDB, pengalaman akar umbi Parlimen Jasin, dan kritikan tajam terhadap kerajaan ‘syok sendiri’. Seruan himpunan demonstrasi pada 26 Julai turut dibuka kepada semua rakyat Malaysi...

Khabarnya EP21: Pengasas HINDRAF - Waytha Moorthy 28.06.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-21 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka menyelami penubuhan Parti Kemajuan Malaysia untuk membela nasib masyarakat India miskin, krisis perlantikan dalam badan kehakiman, dan kebocoran laporan polis yang menggugat integriti sistem keadilan. #KhabarnyaEP21 #WaythaMoorthy #HINDRAF #PartiKemajuanMalaysia...

Khabarnya EP20: Jebat Masih Derhaka! 21.06.2025

Dengarkan episod ke-20 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta dengan kehadiran semula, Affendy bin Zainan a.k.a Jebat Derhaka sebagai tetamu undangan. Mereka menyelami wabak ketidaksatuan Melayu, kekecewaan terhadap kepimpinan PMX, dan desakan wajah baharu dalam dunia kepimpinan politik. *Episod ini dirakam pada 18 Jun 2025 #Khabarnya#JebatDerhaka #JebatTJDM#Ketidaks...

Khabarnya EP19: Bebas Mengejut!!! Apa next move Yusoff Rawther? 13.06.2025

Dalam episod 19 ini, kami bawakan perbincangan panas dan penuh emosi berkenaan kebebasan Yusoff Rawther bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Peguam, Rafique Rashid. Mereka menyelami kegagalan pendakwaan jenayah akibat tiada bukti forensik, detik emosional sujud syukur di mahkamah, dan strategi undang-undang seterusnya termasuk rayuan jenayah serta saman sivil....

Khabarnya EP18: Kenapa Jebat Derhaka??? 31.05.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-18 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Affendy bin Zainan atau lebih dikenali sebagai Jebat Derhaka—apa cerita disebalik namanya? YouTuber sensasi yang dikenali kerana content penuh berani dan 'straight to the point' ini berkongsi pandangannya. #Khabarnya #JebatDerhaka #JebatTJDM #PolitikMalaysia

Khabarnya EP17: Wasilah Politik Islam bersama Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin 23.05.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-17 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin (Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang)—mereka menyelami realiti sokongan Melayu kepada PKR dan cabaran kaum Melayu di Pulau Pinang, penyatuan UMNO ke dalam PH, dan jaminan kerusi Perdana Menteri untuk Melayu Islam. #Khabarnya #MohammadFairusKhairuddin...

Khabarnya EP16: GEN Z tak kisah tentang politik??? 16.05.2025

Dengarkan perbincangan episode ke-16 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Gen Z Ahmed Thaqif Iman — mereka menyelami harapan politik Gen Z untuk negara, kemerosotan minat Gen Z dalam politik dan pandangan terhadap wakil belia kini. Di penghujung episod, hos mengupas persaingan antara Nurul Izzah dan Rafizi Ramli menjelang pemilihan Timbalan Presiden PKR. #K...

Khabarnya EP15: Masa Depan Perjuangan Melayu bersama Datuk Marzuki Yahya 09.05.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Datuk Marzuki Yahya, bekas Timbalan Menteri Luar dan Ketua Setiausaha Gerakan Proklamasi Orang Melayu tentang cabaran dan pengalaman dalam perjuangan politik, terutama dalam konteks penyatuan Melayu dan masa depan politik Melayu di Malaysia. #Khabarnya #MarzukiYahya #politikmalaysia #Penyat...

Khabarnya EP14: Aktivis politik bebas - Sir Azri 02.05.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual ekslusif bersama Sir Azri tentang kelebihan tidak berparti, isu perut dan poket serta penyatuan kaum melayu. #Khabarnya #SirAzri #politikmalaysia #TeamWalabot #Papagomo #integritipolitik #politikbebas #RasuahatauMaruah

Khabarnya EP13: Isu Jalur Gemilang, Penjenamaan KTMB & Tarif Trump 25.04.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, membincangkan kontroversi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, isu penjenamaan semula KTMB, serta gambaran keseluruhan tarif baru oleh Presiden Donald Trump.

Khabarnya EP12: Pengarah Filem - Areel Abu Bakar 19.04.2025

Dengarkan perbincangan episode 12 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Areel Abu Bakar, di mana beliau berkongsi permulaan kerjayanya dalam bidang sinematografi – bermula sebagai pembantu produksi, realiti dunia filem melayu di luar negara, serta esensi sinematik yang dicari oleh beliau.#khabarnya #areelabubakar #filemmalaysia #pengarah #geranmovie #moviemalays...

Khabarnya EP11: Peguam 'Abang Belon' - Rafique Rashid 15.04.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Rafique Rashid mengenai isu 'Abang Belon' dan kes Yusoff Rawther. #khabarnya #rafiquerashid #abangbelon #yusoffrawther #politikmalaysia #undangundangmalaysia

Khabarnya EP10: Bersama Na’im Brundage - Penganalisis Politik, Ahli Jawatankuasa ARMADA BERSATU 28.02.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Na’im Brundage mengenai, jurang gaji bumiputera dan bukan bumiputera, kepercayaan terhadap Dasar Parti PKR serta isu hak milik harta. #khabarnya #naimbrundage #politikmalaysia #politik #parlimenmalaysia #bersatu #armada #kebebasanbersuara

Khabarnya EP9: Bersama Tian Chua - Aktivis kemanusiaan, Bekas Naib Presiden PKR 21.02.2025

Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Tian Chua tentang topik-topik terkini, pengalaman & juga pandangan beliau. #khabarnya #tianchua #politikmalaysia #politik #parlimenmalaysia #aktivis #reformasi

Khabarnya EP8: The untold stories of Hishamuddin Rais 14.02.2025

Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, Hishamuddin Rais membincangkan pengalaman-pengalaman beliau! #khabarnya #ishamrais #hishamuddinrais #untoldstories #politikmalaysia #politikviral #tukartiub

Khabarnya EP7: Bersama YB Syed Saddiq - MP muda, isu perkauman, isu Maha Kaya, Bella Astillah 07.02.2025

Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, YB Syed Saddiq membincangkan topik-topik terkini.

Khabarnya EP6: Bersama Mahdzir Ibrahim - DAP, Logo Halal, penggunaan 'Ham' 24.01.2025

Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, pengarang Malaya Daily dan bekas ahli DAP - Mahdzir Ibrahim membincangkan topik-topik terkini.

Khabarnya EP5: Bersama Tun M - 100 Tahun 16.01.2025

Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Khabarnya EP4: Bersama Rafique Rashid - Kewujudan addendum, isu RCI Batu Puteh, kes Yusoff Rawther 09.01.2025

Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama tetamu khas kali ini, peguam Rafique Rashid membincangkan topik-topik menarik mengenai kewujudan addendum, isu RCI Pulau Batu Puteh dan kes Yusoff Rawther.

Listen to the Khabarnya Podcast podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.