Khabarnya Podcast
Khabarnya Podcast
Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.
Be sure to visit the podcast's website and support the creator: podcasters.spotify.com
Author
Khabarnya Podcast
Category
Podcast website
Latest episode
Nov 22, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Khabarnya S2EP30: [Part 2] Kisah Lawan Kartel Teksi & Bas Express 22.11.2026 45:28
Dalam episod lalu, Tengku Ngah Putera mengimbau kisah membawa surat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika barangan Malaysia tersangkut di Kazakhstan dan pengalaman lain beliau. Episod kali ini, dengarkan beliau berkongsi pengalaman beliau bagaimana idea Skybus RM9 nya ditolak, pandangannya mengapa harga murah susah dibuat di Malaysia dan banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikongsikan. #Khabarnya #Khaba...
Khabarnya S2EP29: [Part 1] Tukar Kerajaan, Vendor Semalam Jadi Kroni Hari Ini? 14.11.2026 53:16
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM. Kembali ke Khabarnya, beliau mengimbau kisah membawa surat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika barangan Malaysia tersangkut di Kazakhstan, pengalamannya bersama MEC dan cara Tun M memperkenalkan produk tempatan kepada pemimpin Afrika. Beliau turut berkongsi pengalam...
Khabarnya S2EP28: [Part 2] Dari Pembatalan ke Penamaan: Bagaimana PN Kembali Bertanding 04.11.2026 35:08
Dalam episod lalu, Muhammad Rafique Rashid Ali mengulas kes Shuhaily, Yusoff Rawther serta kebebasan bersuara. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam ini, mengenai pertikaian PN dengan ROS dan implikasinya terhadap hak pengundi, hubungan dengan Bersatu serta strategi kerjasama menjelang PRN Melaka dan PRU16. Beliau turut berkongsi pemerhatian darip...
Khabarnya S2EP27: [Part 1] Kenapa Rafique Bela Shuhaily, Papagomo, Yusoff Rawther dan Chegubard? 01.11.2026 1:00:34
Dalam Khabarnya kali ini, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengupas kes Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, perkembangan kes Yusoff Rawther serta permohonan suakanya di United Kingdom. Perbincangan turut menyentuh pembebasan Papagomo dan kes melibatkan Chegubard, sebelum meneliti persoalan kebebasan bersuara, dakwaan penguatkuasaan terpilih dan sumbangan...
Khabarnya S2EP26: [part 2] "Saya Nak Awak Buka Kilang” — Kisah Tengku Putra dengan Tun M 25.10.2026 43:39
Dalam episod lalu, perniagaan Tengku Ngah Putra di Kazakhstan membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM ini, mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembangkan perniagaannya, usaha membangunkan TV interaktif, serta cabaran industri tempatan dan masa depan...
Khabarnya S2EP25: [Part 1] Dari Berdepan Gangster Rusia ke Pertemuan dengan Tun M 18.10.2026 44:06
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan perkhidmatan perkapalan antara Pasir Gudang dengan Singapura, membawa coklat dan televisyen Malaysia ke pasaran Rusia, serta membuka operasi pemasangan TV di Kazakhstan yang membawa kepad...
Khabarnya S2EPS24: Tun Dr. Hasmah: Mengenang Srikandi, Menelusuri Kehalusan Pekerti 11.10.2026 58:37
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Puan Rozlina Jamaluddin, bekas pembantu peribadi Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau berkongsi pengalaman hampir empat dekad berkhidmat, daripada menguruskan kediaman dan majlis di Sri Perdana hingga urusan peribadi Tun Siti Hasmah, serta mengenang sikap berjimat cermat, keprihatinan terhadap kakitangan dan sa...
Khabarnya S2EP23: [Part 2] Sampai akaun media sosial anak bini kena ban? 27.09.2026 44:15
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Kali ini, beliau mengulas dakwaan Abdul Hadi Awang mengenai pertemuan PAS dengan Kedutaan AS pada 2014, hala tuju kerjasama politik PAS-UMNO, serta pengalamannya berdepan sekatan akaun dan kandungan di media sosial. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papago...
Khabarnya S2EP22: [Part 1] Rakyat Bukan Lagi Marah, Mereka Dah Berdendam? 20.09.2026 57:23
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Beliau mengulas siri kes mahkamah yang masih dihadapinya dan ruang kebebasan bersuara, mempertahankan politik identiti Melayu dalam perdebatan mengenai “Postnormal Times”, serta memberi pandangannya terhadap PKR, DAP. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #SirA...
Khabarnya S2EP21: [Part 2] Undi Cina Dah Mula Pecah, MCA Nampak Peluang? 13.09.2026 58:05
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Kali ini, beliau mengulas PRU16 sebagai ujian kepada pembaharuan MCA, keperluan BN melakukan peralihan generasi, serta persoalan sama ada gabungan itu benar-benar bersedia jika rakyat memberi mandat semula.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Ne...
Khabarnya S2EP20: [Part 1] MCA Mahu Buang Budaya “Abang Long” Dalam BN? 06.09.2026 1:15:58
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Beliau mengulas sebab memilih MCA ketika parti itu sedang merosot, peranan MCA dalam BN dan Kerajaan Perpaduan, serta usaha membina semula parti melalui kepimpinan muda dan akar umbi. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #B...
S2EPS19: [Part 2] Sejarah Yang Kita Warisi Belum Tentu Lengkap 23.08.2026 53:06
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas bagaimana bahasa kolonial masih membentuk tafsiran sejarah Melayu, perbezaan antara fakta dengan legenda dalam mengangkat tokoh tempatan, serta persoalan sama ada Perjanjian Pangkor 1874 benar-benar sebuah persetujuan atau sebahagian daripad...
Khabarnya S2EP18: [Part 1] Siapa Sebenarnya Yang Menulis Sejarah Kita? 17.08.2026 1:14:01
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas mengapa sejarah Malaysia masih terikat dengan tafsiran kolonial, persoalan di sebalik Perjanjian Pangkor dan penjajahan British di Perak, serta keperluan menilai semula sejarah berasaskan bukti tanpa sekadar mengagungkan tokoh dan naratif tempatan. #K...
Khabarnya S2EP17: [Part 2] Bila Pertahan Hak Melayu Dianggap Rasis 09.08.2026 1:00:36
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan pimpinan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff, mengupas perbezaan antara tanah leluhur dan tanah kewarganegaraan, kontroversi kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tentang Tanah Melayu, serta persoalan lebih besar tentang identiti, sejarah dan politik Melayu dalam masyarakat majmuk. #Khabarnya #Khaba...
Khabarnya S2EP16: [Part 1] PAS Cari Jalan Menang Tanpa Pecahkan Undi Melayu 02.08.2026 1:10:28
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff. Mereka membincangkan mengenai hala tuju penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO, masa depan politik Melayu selepas PRN, serta polemik “Tanah Melayu” dan identiti negara dalam landskap politik semasa. #Khabarnya #Season2 #DrYusfarizalYussoff #PAS #UMNO #PenyatuanUmma...
Khabarnya S2EP15: Rakyat Dah Lupa Kleptokrasi? 26.07.2026 1:06:05
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, mengulas prestasi MUDA dalam PRN, kebimbangan terhadap normalisasi kleptokrasi dalam politik Malaysia, serta mengapa pembangkang dan parti-parti kecil perlu bersatu bagi menawarkan alternatif yang lebih diyakini rakyat. #Khabarnya #Season2 #AmiraAisya #MUDA #PRN #PRU16 #Kleptokrasi #PolitikMalaysia #...
Khabarnya S2EP14: Dr. Haim Hilman Digari: PAS Pertahan Isu Pendidikan Malaysia 12.07.2026 54:01
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Dr. Haim Hilman Abdullah, mengupas penahanannya susulan kenyataan tentang kemasukan ke universiti awam, isu saluran terbuka yang didakwa mengecilkan peluang pelajar tempatan, serta kegagalan pendidikan tinggi menyelaraskan program dengan keperluan industri dan pasaran kerja. #Khabarnya #Season2 #HaimHilman #PolitikMa...
Khabarnya S2EP13: PAS Bukan Lagi Parti Yang Sama? 05.07.2026 39:51
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Kedah, membincangkan perubahan wajah PAS melalui kemunculan golongan profesional dan teknokrat dalam parti serta pendekatan terhadap masyarakat berbilang kaum. #Khabarnya #Season2 #DrHaimHilman #PAS #PerikatanNasional #Kedah #PolitikMalaysia #Teknokrat #Pentadbiran #Perpaduan #Malay...
Khabarnya S2EP12: Dari “YB Intern” Ke Calon Puteri Wangsa 28.06.2026 1:01:29
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Rashifah Aljunied, calon MUDA bagi Puteri Wangsa, berkongsi perjalanan daripada seorang aktivis kepada calon pilihan raya, cabaran membawa suara rakyat, serta realiti bekerja di sebalik tabir seorang wakil rakyat.#Khabarnya #Season2 #RashifahAljunied #MUDA#PuteriWangsa #PRNJohor#PolitikMalaysia #AnakMuda#KosSaraHidu...
Khabarnya S2EP11: Anak Muda Johor Sudah Tidak Termakan Naratif Politik Lama 21.06.2026 1:11:41
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden MUDA dan ADUN Puteri Wangsa, membincangkan hala tuju politik Johor menjelang pilihan raya negeri, cabaran menjadi pembangkang, serta kedudukan parti-parti politik dalam landskap baharu Malaysia. #Khabarnya #Season2#AmiraAisya#MUDA#Johor#PRNJohor#PolitikMalaysia#KosSaraHidup#PusatD...
Khabarnya S2EP10: Rafique Rashid - Yusoff Rawther Dibelenggu Ketakutan 14.06.2026 58:31
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam Rafique Rashid, membincangkan perkembangan terkini melibatkan Yusoff Rawther, permohonan suaka di United Kingdom, serta implikasinya terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan di Malaysia. #Khabarnya #Season2#RafiqueRashid#YusoffRawther#PolitikMalaysia#Mahkamah#SuakaPolitik#HakAsasi#Malaysia #UnitedKingd...
Khabarnya S2EP9: Patutkah UEC Diiktiraf? Prof Teo Beri Jawapan Tegas 07.06.2026 1:10:09
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC) dan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara. Episod ini menyentuh persoalan pengiktirafan UEC, kedudukan Bahasa Melayu sebagai asas jati diri negara, ser...
Khabarnya S2EP8: [Part 2] Undi Melayu Nak Ke Mana Kali Ini? 31.05.2026 51:42
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil, meneruskan perbincangan tentang hala tuju politik negara menjelang pilihan raya akan datang. Episod ini menyentuh kemungkinan pilihan raya negeri, percaturan kerjasama parti, kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan, serta persoalan lebih besar tentang undi Melayu, penyatuan politik dan strategi p...
Khabarnya S2EP7: [Part 1] Ini Ke Prioriti Kerajaan Waktu Ekonomi Menekan? 24.05.2026 54:00
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil. Mereka membincangkan rundingan ekonomi negara yang mula dipersoalkan, kesan dasar kerajaan yang semakin dirasai rakyat, serta keupayaan kerajaan melindungi rakyat ketika ekonomi makin menekan. #Khabarnya #Season2 #IshamJalil #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia #KosSaraHidup #SubsidiDiesel #ART #LNG...
Khabarnya S2EP6: [Part 2] Bila Isu Budaya dan Agama Jadi Ujian Pasaran Politik 17.05.2026 48:03
Dengarkan perbincangan sambungan episod yang lepas bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Sir Azri, meneruskan perbincangan tentang isu semasa yang semakin menguji sentimen rakyat. Episod ini menyentuh isu penternakan babi di Selangor, bantahan terhadap Rain Rave Water Music Festival, serta dakwaan bahawa isu budaya dan agama...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.