Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

Author

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Category

Government

Podcast website

www.keluarsekejap.com

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

YDPA Ke-17, Institusi Diraja, Bangsa Johor-Malaysia, Situasi Politik, Johor-Singapura 29.10.2023

Episod 61 Keluar Sekejap menampilkan tetamu istimewa, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah berkenan mencemar duli menyertai perbincangan kami. Pelbagai perkara telah dibincangkan seperti perisytiharan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, kerelevanan institusi diraja, bangsa Johor dalam konteks Malaysia, masa depan JDT serta k...

Lawatan PMX ke Timur Tengah, MYAirlines, Muktamar PAS, Perhimpunan Agung MCA. 24.10.2023

Episode 60 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Lawatan PMX ke Timur Tengah, Muktamar PAS 2023 dan Perhimpunan Agung MCA 2023. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu penggantungan operasi syarikat MYAirline secara tiba-tiba. Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang da...

Analisa Belanjawan 2024 18.10.2023

Episod 59 Keluar Sekejap telah tertumpu kepada perbincangan tentang analisa Belanjawan Malaysia Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat yang lepas. Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang dalam penyelenggaraan.

Konflik Palestin-Israel, Keadaan Terkini di Gaza, Solidariti Malaysia bersama Palestin 16.10.2023

Episod 58 Keluar Sekejap menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Muslim Imran, Founding Director, Asia Middle East Center (AMEC) For Research & Dialogue yang juga Ahli Biro Antarabangsa Hamas di Asia, bagi membincangkan sejarah dan isu-isu tentang konflik Palestin-Israel. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan secara umum tentang Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat...

PRK Dun Pelangai, Pra Belanjawan, LCS, PLKN 3.0 dan Palestin 12.10.2023

Episode 57 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Analisa PRK Dun Pelangai, Pra Belanjawan 2024, Kapal LCS yang dijangka siap pasa tahun 2029 serta keputusan laksana semula PLKN 3.0. Keluar Sekejap juga membincangkan isu penjualan tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilakukan secara rundingan terus serta 43 Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa Macau Scam di Peru. Untuk...

PTPTN, GDP Malaysia, Huawei, GEG UK 07.10.2023

Episod 56 Keluar Sekejap telah membicarakan isu-isu semasa seperti diskaun PTPTN yang tidak diteruskan; jangkaan Bank Dunia tentang kemerosotan GDP Malaysia pada akhir 2023 dan pemilihan Huawei sebagai Penyedia 5G. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu “Generational End Game” yang dicadang untuk digubal di UK.

Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR, Jerebu 04.10.2023

Episod 55 #KeluarSekejap di Kay’s Steak & Lobster telah membincangkan isu-isu semasa seperti Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR dan Aset Tabung Haji. Keluar Sekejap juga berkesempatan untuk membincangkan tentang Jerebu Rentas Sempadan yang telah melanda negara kita. Disertakan pautan laman web yang telah dinyatakan oleh Shahril pada tajuk Jerebu Rentas Sempadan : http://www.siiaon...

Pencen Penjawat Awam, Brain Drain, e-Sport 29.09.2023

Episode 54 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Pencen Penjawat Awam, Penghijrahan Bakat (Brain-Drain) dan Industri e-Sport. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu Pemilihan Presiden Indonesia 2024. Berikut juga disertakan pautan laman web/dokumen yang dinyatakan oleh KJ dan Shahril di dalam episod kali ini : PENCEN PENJAWAT AWAM : ANGGARAN PERB...

Industri Podcast, Masa Depan KJ-SH, Batal Pencen MP 26.09.2023

Tiber-KS sembang macam-macam termasuk cabaran & masa depan industri podcast di Malaysia, kontroversi MP bukan Islam tafsir Al-Quran, performance PM di UNGA, krisis beras, dan masa depan KS lepas KJ dan Shahril kembali ke politik.

UNGA dan Kenyataan Negara, Sukan Asia dan Parlimen Malaysia 24.09.2023

Episode 52 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Persidangan UNGA dan Ucapan Negara oleh PMX.Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang kekecohan yang berlaku di Parlimen Malaysia dan Persiapan Malaysia ke Sukan Asia.

PMX di Parlimen, Pengasingan Kuasa AG & Pendakwa Raya, Ketagih Makan Luar 20.09.2023

Episod 51 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Penjelasan PMX di Parlimen tentang Isu DNAA, Pengasingan Kuasa AG & Pendakwa Raya, Kenyataan Menteri Ekonomi tentang Ketagihan Makan Luar. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu Kekurangan Beras Tempatan di Pasaran dan Kenaikan Harga Barangan Asas serta Penjualan Saham LTAT.

Penubuhan Malaysia, MA63 16.09.2023

Episod 50 #keluarsekejap edisi khas bersempena Hari Malaysia menampilkan seorang tetamu istimewa iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri @tswanjunaidi untuk membincangkan sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, MA63 dan isu berbangkit.

Syed Saddiq, Kem Bossku, Kongres DAP & KSP RMK 12 13.09.2023

Episod 49 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti penarikan sokongan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perpaduan, Pergelutan Dalaman UMNO dan Kehadiran Zahid Hamidi ke Kongres DAP yang mendapat sambutan hangat. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri...

Analisa PRK, Beras, Singapura Isu Pengubahan Wang, Permainan Geopolitik China 10.09.2023

Episod 48 Keluar Sekejap telah membincangkan isu semasa tentang Analisa PRK Pulai dan Simpang Jeram serta berkenaan kenaikan harga beras import. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa seperti Singapura dan Isu Pengubahan Wang serta Permainan Geopolitik China.

Zahid Hamidi Dilepas Tanpa Bebas, NIMP 2030, Peta China 2023 06.09.2023

Episod 47 Keluar Sekejap telah membincangkan isu panas iaitu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. KS turut membincangkan tentang “New Industrial Master Plan” (NIMP 2030) yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri,...

National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2, SKMM 'Abang Besar' & Jalan Ke Arah Kemerdekaan 31.08.2023

Episod kali ini dibawakan khas sempena Hari Kebangsaan dengan membincangkan beberapa topik seperti National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2 dan SKMM ‘Abang Besar’.KS juga membincangkan tentang Jalan Ke Arah Kemerdekaan bagi mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk sebarang pertanyaan, sila email keluarsekejap@gmail.com Subtitles by Hazwan

PRK, Pemakaian Baju Batik, Pilihan Raya Presiden Singapura, Kerajaan Thailand 27.08.2023

Walaupun kini di luar negara, Khairy dan Shahril tetap merakamkan episod baharu secara virtual untuk membincangkan beberapa topik menarik dalam dan luar negara seperti Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram dan Parlimen Pulai, logo DAP di mock cheque kerajaan dan kod pemakaian yang lebih mesra dengan iklim di Malaysia. KS turut menyentuh tentang beberapa isu luar negara seperti Pilihan Raya Presiden Sin...

FDI merudum, KDNK Suku Tahun Kedua, Isu Ambalat, Tema & Logo Hari Kebangsaan 21.08.2023

Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Suku Tahun Kedua, Foreign Direct Investment yang merudum, isu ambalat, pengislaman yang dibuat oleh PMX dan isu tema dan logo Hari Kebangsaan yang dipolitikkan.

Dilema PMX, Isu Komunikasi Kerajaan Perpaduan, Grand Amnesty & Representasi Wanita Dalam Politik 18.08.2023

Episod kali ini KS menyentuh tentang Dilema Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, isu komunikasi kerajaan, peluang PN dan banyak lagi isu semasa. https://fulcrum.sg/on-the-horns-of-anwars-twin-dilemmas/

PRN 2023: Post-Match Analysis 14.08.2023

Adakah pengundi memilih calon atau parti? Apa yang tersirat dalam kemenangan PH/BN di Negeri Sembilan? Dalam analisa PRN 2023, KS bersama tetamu khas Ong Kian Ming menyentuh tentang pelbagai topik menarik berkenaan PRN yang berlansung baru-baru ini. Antaranya adalah peratus keluar mengundi, kejutan dalam PRN, trend pengundi Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan, sil...

Mahathir atau Anwar, Siapa pengkhianat, Langkah Sheraton, Calon MB PN 08.08.2023

KS menerima kehadiran Datuk Seri Azmin Ali kali ini untuk menbincangkan tentang beberapa topik menarik seperti langkah Sheraton, antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, calon MB PN Selangor dan manifesto PN. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com

PJD Link, Geng Kartel, Perancangan Untuk Selangor, YAB Sanusi 07.08.2023

Episod khas KS menjelang PRN menampilkan Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari. Beliau menyentuh tentang isu PJD Link, perancangan untuk Selangor, langkah Sheraton, Azmin Ali dan juga Sanusi. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com

Penamaan Calon PRN, Naratif Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) 29.07.2023

Khairy dan Shahril mengupas tentang calon-calon Pilihanraya Negeri yang diumumkan baru-baru ini. Selain itu, KS turut menyentuh sedikit sebanyak tentang naratif ekonomi Madani dan pelan hala tuju peralihan negara.

Cabaran di NRECC, Halatuju Industri Tenaga, Peluang di Pantai Timur & Selangor, Rafizi & PMX 25.07.2023

Episod KS kali ini menampilkan tetamu istimewa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dengan perbincangan yang padat dan penuh informasi tentang Gabungan PH-BN dalam PRN akan datang, cabaran di Pantai Timur dan Selangor, hubungan Rafizi dan PMX dan pelbagai is semasa yang lain.

MUDA Sebagai Third Force, Pelaburan Geely, Mana Zafrul Dalam PRN?, Good Vibes Festival 23.07.2023

Episod kali ini menampilkan dua tetamu istimewa dari parti MUDA - YB Syed Saddiq dan YB Amira Aisya yang membincangkan tentang MUDA sebagai third force dalam PRN akan datang. KS turut menyentuh tentang pelaburan Geely di Perak, isu melanda Good Vibes Festival dan situasi Tengku Zafrul dalam BN.

Listen to the Keluar Sekejap podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.