Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
Author
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 10, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP133 | Kerajaan Madani Gred ‘D’, Lawatan PMX Ditaja Syarikat Swasta, Jururawat Kerja 45 Jam Seminggu 25.11.2024 1:40:22
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 133 antaranya membincangkan gred ‘D’ yang diberikan oleh Bersih kepada Kerajaan Madani sepanjang dua tahun mentadbir negara serta isu lawatan Perdana Menteri yang dikatakan 70%-80% ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta. Keluar Sekejap juga mengulas tentang transformasi LTAT yang terbantut akibat pemberhentian pelan penstrukturan semula seperti dilaporkan oleh PA...
EP132 | Tun Daim Dalam Kenangan, Malaysia Iktiraf Israel?, PTPTN Henti Biaya, Reformasi Kawal Selia Media 19.11.2024 1:34:06
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu. Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancaranya yang disiarkan baru-baru ini bersama Richard Quest dan pendirian Malaysia terhadap Israel....
EP131 | Maverick Politik?, Antara Garis Merah, Prinsip & Kesetiaan, Keputusan Pemilihan Presiden A.S. 12.11.2024 1:54:38
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan. Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani terhadap beberapa isu seperti pemilihan U Mobile bagi pelaksanaan rangkaian kedua 5G serta peruntukan kepad...
EP130 | Kerugian FashionValet, Kartel NAFAS, Rangkaian Kedua 5G, Buli UPNM 04.11.2024 1:13:22
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 130 membincangkan secara terperinci kerugian pelaburan yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet. Episod ini juga menyentuh berkenaan skandal kartel dalam melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Isu-isu lain yang turut menjadi perhatian dalam episod ini adalah berkenaan pemilihan U Mobile bagi pelaksanaan rang...
EP129 | Najib Mohon Maaf, Isu Bendera China, Pemilihan Presiden AS 30.10.2024 1:17:58
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 129 antaranya membincangkan tentang permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keluar Sekejap juga mengulas tentang isu bendera China yang berkibaran sempena sambutan Guan Gong Sedunia di sekitar negara. Bagi segment antarabangsa, Keluar Sekejap menyentu...
EP128 | Belanjawan 2025, RUU Kewarganegaraan, Presiden Baharu Indonesia, Al-Syahid Yahya Sinwar 21.10.2024 1:24:28
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 128 menyentuh berkenaan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Keluar Sekejap juga sepintas lalu membincangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan Dewan Rakyat pada minggu lalu berhubung kewarganegaraan serta isu antarabangsa iaitu pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presi...
EP127 | Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, Lawatan Pelatih Tentera Laut China, RUU Mufti, Johor Tukar Cuti 14.10.2024 1:03:12
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 127 antaranya membincangkan Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan serta Lawatan Pelatih Tentera Laut China. Keluar Sekejap juga mengulas tentang RUU Mufti yang bakal dibentang pada sidang parlimen kali ini serta kajian pinjaman perumahan jangka masa panjang yang dikatakan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Keluar Sekejap turut menyentuh te...
EP126 | GISB, Bahaya Kultus dan Bahana Taksub 08.10.2024 1:52:04
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 126 yang menampilkan tetamu khas Dr. Maza, Mufti Perlis antaranya membincangkan dengan lebih mendalam tentang isu yang telah menjadi perbualan ramai iaitu GISB. Keluar Sekejap juga mengulas tentang bahaya kultus dan bahana taksub serta politik kepartian yang mempunyai latar belakang Islam. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +6...
EP125 | PRK Mahkota, Subsidi Pendidikan, Daftar Masuk-Keluar Hotel, Pembunuhan Hassan Nasrallah 01.10.2024 1:40:20
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 125 bersama-sama Dr. Ong Kian Ming membincangkan secara mendalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 Mahkota, Johor serta kesannya kepada situasi politik negara selepas ini. Episod ini turut menyentuh mengenai subsidi pendidikan serta isu yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai iaitu waktu daftar masuk-keluar hotel. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekeja...
EP124 | Reformasi 26 Tahun, Muktamar PAS, Pemilihan Bersatu & DAP P.Pinang, PRK Makhota, Forest City SFZ 24.09.2024 1:30:45
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 124 antaranya membincangkan Himpunan Keadilan : Suara Rakyat Suara Keramat yang dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun serta Muktamar Tahunan PAS Ke-70 yang berlangsung minggu lepas. Episod ini turut menyentuh berkenaan pemilihan Bersatu yang bakal berlangsung bulan hadapan serta keputusan pemilihan DAP Pulau Pinang yang telah meng...
EP123 | Sabah dan MA63, Isu Kewarganegaraan di Sabah, Pilihan Raya Negeri 2025, Masa Hadapan Parti Warisan 16.09.2024 2:19:15
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 123 bersempena Hari Malaysia membawakan tetamu khas YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Apdal, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Malaysia membincangkan tentang kedudukan Sabah dalam Malaysia serta perkembangan perkara yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Episod ini turut menyentuh berkenaan isu kewarganegaraan yang...
EP122 | Strategi Geopolitik PMX, Penghalaan Sistem Nama Domain (DNS), Kewajipan Pensijilan Halal 10.09.2024 1:30:08
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 122 antaranya membincangkan penghalaan sistem nama domain (DNS) yang ingin dikuatkuasakan oleh MCMC dan kewajipan pensijilan halal yang sedang dikaji oleh JAKIM. Keluar Sekejap juga menyentuh strategi geopolitik PMX, Anwar Ibrahim susulan lawatan ke Rusia baru-baru ini. Rujukan : https://www.economist.com/asia/2024/08/29/why-does-the-west-back-the-wrong-asian-leade...
EP121 | KL Sinkhole, Apa jadi Malaysia Airlines?, Surat Terbuka Asia Internet Coalition, Pelaburan Amazon 02.09.2024 1:31:10
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 121 antaranya membincangkan tentang kejadian ‘Sinkhole’ di Masjid India, Kuala Lumpur serta Malaysia Airlines yang sedang mengalami masalah operasi. Keluar Sekejap juga mengulas tentang surat terbuka Asia Internet Coalition yang menggesa kerajaan membatalkan rancangan lesen media sosial. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Amazon Web Services (AWS) yang mengumum...
EP120 | PM Tak Terduga, Kluster Putrajaya vs PWTC, Khianat atau Selamatkan Parti?, Legasi & Pencapaian 28.08.2024 2:03:47
Episod 120 Keluar Sekejap bersama tetamu jemputan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 menyentuh topik-topik menarik antaranya pengalaman serta pencapaian beliau sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh genting ketika negara berhadapan krisis kesihatan, ekonomi dan politik. Dato' Sri Ismail Sabri yang hanya merupakan Naib Presiden UMNO ketika menjawat...
[Special Episode] KS x MSA - Navigating the Future of Media Communication : Trends and Challenges 24.08.2024 1:00:45
Episod Khas Keluar Sekejap dikendalikan dalam Bahasa Inggeris adalah bersempena MSA Festival and Awards 2024 yang membincangkan tema Meneroka Masa Depan Komunikasi Media: Trend dan Cabaran (Navigating the Future of Media Communication : Trends and Challenges). Dalam episod khas ini, topik yang turut dibincangkan adalah lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India serta perkemba...
EP119 | BN Rampas Nenggiri, Istana Pahang Murka, Pelantikan KSN & Datuk Bandar KL, Gaji Penjawat Awam 20.08.2024 1:45:32
Audio Keluar Sekejap Episod 119 antaranya membincangkan keputusan PRK Dun Nenggiri yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada Sabtu lepas dan Istana Pahang murka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen di Dun Nenggiri. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang pelantikan KSN & Datuk Bandar KL yang baru serta pelarasan gaji penjawat awam dan pelaksanaan ga...
EP118 | Olimpik Paris : Road To Gagal?, Zahid Dalang Langkah Sheraton, Tesla Gebang PMX? 13.08.2024 1:43:34
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 118 yang dibawakan khas oleh Gintell antaranya membincangkan prestasi kesuluruhan Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Keluar Sekejap juga mengulas mengenai tentang satu laporan yang mengatakan TESLA membatalkan rancangan untuk membina kilang kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia. Keluar Sekejap turut menyentuh...
EP117 | Ramalan PRK Nenggiri, UMNO PMXI?, Pembunuhan Ismail Haniyeh, Rusuhan UK 05.08.2024 1:23:32
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 117 antaranya membincangkan mengenai ramalan awal PRK DUN Nenggiri serta bahang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2004. Keluar Sekejap juga mengulas mengenai kebiadaban Meta yang menurunkan hantaran Perdana Menteri, pengukuhan matawang Ringgit Malaysia serta indikator baharu bagi mengukur kos sara hidup yang telah diumumkan Persana Menteri. Bagi segmen antarabangsa, Kel...
EP116 | Lesen Media Sosial, Syarikat Arak Taja SJKC, WAF Digantung Parlimen, Pembukaan Olimpik Paris 30.07.2024 1:37:41
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 116 antaranya membincangkan kerangka baharu bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang akan diperkenalkan pada 1 Ogos ini dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Keluar Sekejap juga mengulas tentang isu tajaan syarikat arak kepada SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek yang telah mencetuskan kontroversi serta usul untuk menggantung Ahli...
EP115 | Sarawak, Malaysia dan Masa Hadapan Bersama. 22.07.2024 1:58:24
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 115 bersama tetamu istimewa, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak membincangkan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia serta perkembangan terkini tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Episod bersempena Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun ini turut meny...
EP114 | Adakah Sah Keputusan Speaker?, Usul UMNO Bahagian, Penarafan JP Morgan, e-Invois, Malaysia 5G 16.07.2024 1:33:35
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 114 telah menampilkan Tan Sri Azhar bin Azizan Harun, mantan Speaker Dewan Rakyat dan mantan Pengerusi SPR yang membincangkan isu panas mengenai keputusan speaker Tan Sri Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat yang mengekalkan 6 kerusi parlimen pembangkang yang telah menyokong PMX. Keluar Sekejap juga mengulas tentang usul-usul dari UMNO Bahagian sempena musim mesyuara...
EP113 | Post-Match Analysis Sungai Bakap, Laporan Ketua Audit Negara, Afidavit Bossku Gagal 09.07.2024 2:01:22
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 113 antaranya membincangkan tentang keputusan pilihan raya kecil Sungai Bakap yang telah dimenangi oleh Perikatan Nasional pada sabtu yang lepas serta afidavit untuk penahanan rumah Dato’ Seri Najib gagal. Keluar Sekejap turut mengulas tentang Laporan Ketua Audit Negara yang menemukan beberapa perkara yang mencurigakan, bank negara wajibkan syarikat insurans dan ta...
EP112 | Langkah Saddiq, Cukup ke Tempat Matrikulasi?, PRK Sg Bakap & Nenggiri, Apa Pekerja Gig Nak? 03.07.2024 1:24:18
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 112 antaranya membincangkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah melakukan larian sejauh 200km daripada Muar ke Parlimen sebagai tanda protes ke atas kerajaan yang tidak menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang serta Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung di Sungai Bakap dan Nenggiri. Keluar Sekejap turut mengulas tentang keputusan Kerajaan memut...
EP111 | GIP-Blackrock : KJ vs SH, Subsidi Bersasar : Inflasi Meningkat?, Perlesenan Media Sosial 26.06.2024 1:09:32
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 111 membincangkan berkenaan kemelut penjualan pegangan saham MAHB kepada syarikat GIP Blackrock susulan kenyataan terbaharu Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Episod ini turut secara sepintas lalu membincangkan mengenai kenaikan indeks harga pengguna (CPI) pada bulan Mei dan jangkaan indeks tersebut bagi bulan Jun apabila Kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan pen...
EP110 | Menteri 3 Sen, Ranking Global Malaysia Menjunam, Guru Singlish, Malaysia Masuk BRICS 20.06.2024 1:25:45
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 110 antaranya membincangkan di sebalik penurunan harga telur sebanyak 3 sen, Malaysia jatuh tujuh anak tangga dalam Ranking Daya Saing Global IMD 2024 dan kenyataan PMX yang ingin membawa guru BI Singapura ke Malaysia. Keluar Sekejap turut mengulas tentang keputusan Malaysia untuk menyertai BRICS. Dalam segment terakhir, Keluar Sekejap berbesar hati menampilkan Pro...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.