Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
Author
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Category
Podcast website
Latest episode
Jul 10, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
EP174 | Tragedi Berdarah SMK Bandar Utama, eKYC & Had Umur Digital, Isu Arak, Sidang ASEAN-47 24.10.2025 1:16:47
Episod 174 KeluarSekejap bermula dengan refleksi mengenai perkembangan di Gaza dan dunia Arab sebelum beralih kepada isu dalam negara yang merisaukan, tragedi pembunuhan pelajar SMK Bandar Utama Damansara, Yap Shing Xuen (16), yang mencetuskan gesaan besar terhadap pembaharuan keselamatan sekolah dan intervensi awal di peringkat kaunseling serta disiplin pelajar. Perbincangan turut menyentuh pengg...
EP173 | Pengalaman ZRA Ke Palestin, Pelan Damai Trump, Belanjawan 2026 14.10.2025 1:51:44
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 173 yang menampilkan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) telah membincangkan pengalaman beliau ke Palestin pada 2005, 2008 dan baru-baru ini setelah menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) — misi kemanusiaan antarabangsa membawa bantuan ke Gaza melalui laut. Keluar Sekejap turut membincangkan tentang perjanjian gencatan senjata dan pelan damai Trump, serta masa depan Palestin....
EP7 #KenaSoal | Halatuju MUDA, 263 Cybertrooper, Kontroversi MOTAC, Elaun YB, Budi95, Misi GSF 06.10.2025 2:08:06
Episod 7 KenaSoal menampilkan Shahril Hamdan diganding bersama YB Amira Aisya, Pemangku Presiden MUDA dan Adun Puteri Wangsa dalam membincangkan cabaran politik semasa dari kepimpinan wanita hingga masa depan parti MUDA. Perbincangan menyentuh peranan wanita dalam politik, hala tuju dan potensi MUDA sebagai third force, serta keperluan strategi dan kekuatan organisasi untuk kekal relevan. Perbinca...
EP172 | Hukuman FIFA, BUDI95, UNGA 29.09.2025 1:24:26
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 172 antara membincangkan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September. Keluar Sekejap juga mengulas isu panas yang telah mengegarkan peminat bola sepak tanah air apabila FIFA telah mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tata...
EP171 | Krisis Dalaman PN, Penangguhan Subsidi RON95, Pembunuhan Charlie Kirk 19.09.2025 1:30:59
Episod 171 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang semakin memuncak, susulan perkembangan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan Muktamar PAS yang berlangsung dua minggu lalu. Keluar Sekejap turut meneliti pelaksanaan subsidi RON95 yang berkemungkinan ditangguhkan kerana mekanismenya masih dalam proses pemurnian. Akhir sekali, episod ini mengulas isu pembunuha...
[SPECIAL EPISODE] | KS Live @ Ombak Festival 2025 ft. George Clinton & Friends 17.09.2025 57:27
Keluar Sekejap turun ke Desaru Coast untuk episod khas sempena Ombak Festival 2025 pada 13 September 2025 lalu! Dalam episod ini, Keluar Sekejap menemubual bintang antarabangsa George Clinton (Parliament-Funkadelic), “Queen of Hip Hop Asia” Masia One, Fuad Kyoto Protocol, serta komuniti di sebalik festival – termasuk Kiddocare dan Pasar Seloka. Keluar Sekejap juga sempat mengupas Desaru Coast seba...
EP170 | Industri O&G Negara | Kontroversi Kampung Sungai Baru | China V-Day Parade 13.09.2025 1:47:17
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 170 bersama tetamu khas Ts Syed Saggaf Syed Ahmad, Presiden Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) membincangkan dengan terperinci mengenai peranan sektor O&G terhadap hasil negara, langkah right-sizing Petronas, ekosistem vendor OGSE, serta cabaran transisi tenaga bersih di bawah NETR dan teknologi baharu seperti CCUS menuju sasaran 2050.Epis...
EP6 #KenaSoal | Krisis Indonesia, Penganjuran F1, Perpaduan Nasional, Pemikiran Kritis Era Ai 05.09.2025 1:02:20
Episod 6 KenaSoal menampilkan KJ diganding bersama hos jemputan Zaidel Baharudin dalam membincangkan beberapa isu besar serantau dan perkembangan terkini nasional. Episod ini membincangkan rusuhan politik di Indonesia, isu ketelusan pengisytiharan harta, serta persoalan sama ada F1 patut kembali ke Sepang. Sempena bulan kemerdekaan, episod ini turut mengupas makna sebenar patriotisme dan perpaduan...
EP169 | Gempa Bumi Segamat, RUU URA, RUU Pekerja Gig 29.08.2025 1:31:36
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 169 antaranya membincangkan mengenai gempa bumi di Segamat bersama tetamu khas, Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani binti Harith dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbincangan menyentuh faktor, tahap kesiapsiagaan negara, risiko bencana pada masa hadapan, serta langkah mitigasi yang wajar diambil. Episod ini juga mengulas kontrov...
EP168 | Gabungan Longgar 12, Dinamika dalaman PKR, Pendakwaan Akmal Salleh 22.08.2025 1:15:47
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global. Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pem...
EP 167 | Justice For Zara, ASEAN AI Malaysia Summit, Isu Bendera Terbalik 14.08.2025 1:10:36
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 167 antara membincangkan isu-isu panas seperti kes kematian Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama. Kejadian yang mencetuskan pelbagai persoalan ini membawa kepada gesaan siasatan telus. Kedua, fokus beralih ke ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung pada MITEC 12 dan 13 August 2025 yang menyaksikan pelancaran IL...
EP166 | Ombak Festival 2025, Pengiktirafan Palestin, Tarif Malaysia–AS, Kontroversi Rakan KKM 08.08.2025 1:44:43
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 166 dibuka dengan promosi Ombak Festival 2025 di Desaru Coast pada 12–14 September. KJ dan Shahril bersama tetamu Karina Ridzuan (CEO Interim DRH) membincangkan pelancongan berasaskan pengalaman, potensi Desaru sebagai destinasi serantau, barisan artis antarabangsa dan ASEAN, aktiviti keluarga, tawaran gastronomi, serta usaha memastikan manfaat ekonomi turut dinikm...
EP165 | RMK-13,Tarif Baru 19%, Gencatan Senjata Thailand-Kemboja, Polemik Geng Basikal 04.08.2025 1:49:06
Audio siar Keluar Sekejap Episod 164 membincangkan dua kejayaan penting Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), minggu lalu — termasuk kejayaannya membawa Perdana Menteri Thailand dan Kemboja ke meja rundingan di Kuala Lumpur bagi mencapai gencatan senjata, serta panggilan telefon bersama Donald Trump yang menghasilkan penurunan tarif sebanyak 19%. Trump juga dijangka akan berkunjung ke K...
EP5 #KenaSoal | Konflik Thailand-Kemboja, Anwar Turun, Siapa Naik?, Parti Kiri di Malaysia?, Malaysia Asian Tiger 29.07.2025 1:09:13
Dalam Episod 5 KenaSoal, perbincangan tertumpu kepada konflik di sempadan Thailand–Kemboja, wacana mengenai politik kiri di Malaysia, analisa kemerosotan ekonomi negara pasca-era “Asian Tigers”, serta persoalan hangat : Sekiranya Anwar Ibrahim turun, siapakah yang paling layak menggantikannya? Episod ini turut menyentuh isu Gaza dan kegagalan dunia Islam serta masyarakat antarabangsa dalam menanga...
EP164 | Penghargaan PMX, Himpunan Turun Anwar, Pertikaian Cukai Digital, Jho Low, Mahathir vs Anwar 24.07.2025 1:16:36
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 164 membawakan analisis mendalam terhadap pengumuman besar Perdana Menteri Anwar Ibrahim “Pakej Penghargaan Luar Biasa” yang merangkumi bantuan tunai universal iaitu RM100 kepada semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas, cuti umum tambahan dan penangguhan kenaikan tol. Perbincangan beralih kepada Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, de...
EP163 | Kebebasan Institusi Kehakiman, Addendum Bossku Wujud, Duta AS, Tarif Malaysia-AS 16.07.2025 1:27:46
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 163 menyajikan perbincangan padat dan kritikal mengenai pelbagai isu semasa. Episod kali ini dimulakan dengan sorotan terhadap landskap politik di UK dan Malaysia sebelum menyelami isu krisis institusi kehakiman termasuk kuasa Perdana Menteri dan dakwaan wujudnya tekanan politik dalam proses tersebut. Isu ‘addendum’ melibatkan sabitan Datuk Seri Najib Razak yang me...
EP162 | Kemelut Institusi Kehakiman, Sidang Media 9 Ahli Parlimen PKR, Laporan Letupan Putra Heights 09.07.2025 1:48:02
Episod 162 Keluar Sekejap menampilkan hos jemputan Nailah Huda membuka tirai dengan refleksi episod bersama Menteri Kewangan II, menyentuh isu GST vs SST, peluasan cukai korporat, dan cabaran komunikasi kerajaan. Perbincangan kemudian beralih kepada isu kemelut institusi kehakiman bersama peguam, Haniff Khatri; mengupas kekosongan Ketua Hakim Negara serta persoalan ketelusan dan kebebasan institus...
EP161 | Peluasan SST, Penyasaran Subsidi RON95, Kerangka Ekonomi Madani, RMK13 02.07.2025 1:46:41
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 161 menampilkan tetamu jemputan khas,YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu perbincangan mendalam mengenai hala tuju dasar fiskal negara, penyasaran subsidi RON95, peluasan SST, serta pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.Episod dimulakan dengan penjelasan langsung daripada Yang Berhormat Menteri tentang pendekatan kerajaan dalam me...
EP160 | Mengapa Politik? Cabaran Pembangkang, Dominasi PAP, Hubungan Serantau, Masa Depan Tanpa PAP 24.06.2025 1:49:23
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 160 menampilkan satu wawancara eksklusif bersama Pritam Singh, Ketua Pembangkang Singapura dan tokoh utama Parti Pekerja (Workers’ Party). Dalam episod ini KS menyelami perjalanan peribadi dan politik Pritam Singh daripada latar belakang pendidikan, karier awal, sehinggalah keputusan menyertai dunia politik yang dikawal rapi di bawah pemerintahan People’s Action Pa...
EP4 #KenaSoal | Konflik Iran-Israel, Reformasi Parlimen, Masa Depan AI 20.06.2025 1:11:51
Dalam Episod 4 Kena Soal, perbincangan hangat menyentuh beberapa isu-isu serantau dan tempatan yang menjadi tumpuan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah persoalan sama ada Parlimen perlu mengadakan pendengaran awam, ancaman perangkap pendapatan sederhana, kuasa penjawat awam, pengaruh Kelab Remaja PAS terhadap naratif politik belia, keperluan undang-undang AI, dan juga ketegangan Iran-Is...
Nahas Pelajar UPSI, Reformasi Sistem Pengangkutan, SST vs GST 17.06.2025 1:36:47
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 159 menyentuh sebuah tragedi menyayat hati yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI dalam kemalangan bas di lebuhraya Jeli-Gerik. KeluarSekejap membuka ruang kepada Abdul Wafi Kamarudin, salah seorang mangsa yang terselamat untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dilaluinya, kesan trauma serta luahan hati terhadap kegagalan sistem keselamatan jalan raya negara. Episod ini...
EP158 | Petronas Kurangkan 10% Pekerja, Fahmi Reza Disekat, Subsidi LPG, Peluasan SST 10.06.2025 1:39:55
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan. Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menja...
EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat 06.06.2025 1:24:14
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara. Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Ke...
EP156 | Krisis Liga M, Revolusi Harimau Malaya, Pemilihan PKR, ASEAN 2025 28.05.2025 1:27:00
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 156 menampilkan wartawan sukan dan pengulas bola sepak Keeshaanan Sundaresan (Keesh) sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan krisis Liga Malaysia yang menyaksikan pasukan tempatan gagal mendapatkan lesen bersaing, kegagalan tadbir urus bola, serta cadangan seperti salary cap dan ASEAN Super League. Episod ini juga menyentuh realiti budaya bola sepak tempatan, ke...
EP155 | LIMA ‘25, Pencen 65 Tahun, Pengharaman Vape, Sidang Kemuncak ASEAN, Petronas-Petros 23.05.2025 1:32:31
Terima kasih MYDATASSM – Sumber Maklumat Korporat Malaysia yang Dipercayai kerana sudi menaja episod ini! Dengan akses pantas dan mesra pengguna kepada data rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), MYDATASSM membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dan yakin - sama ada untuk urusan bisnes, membuka akaun bank perniagaan, semakan latar belakang, atau keperluan rasmi. Mantra kami, "Seg...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.