oleh Si Tukang Cerita
Kamar Remang: Podcast Kisah Seram
Sebuah Podcast Kisah Seram yang dibawakan oleh Si Tukang Cerita di mana memperdengarkan kepada anda semua peminat kisah seram tentang kisah-kisah mereka yang pernah melalui pengalaman seram dan mistik.#seramtak
Author
oleh Si Tukang Cerita
Category
Podcast website
Latest episode
Jun 22, 2026
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
PENDAMPING TU DUDUK ATAS AKU! 06.01.2025 55:14
Sahabat Acap si Aziz berkongsikan kisah-kisah seramnya dengan Acap. Bermula dengan kisah pengalaman abangnya si Alim yang diganggu semasa dalam perjalanan dari German ke France sampailah kisah yang si Aziz ni ada benda yang 'mengikut'. Patutlah tayar motor Acap asyik pancit je bila bawa si Aziz ni. Hahahahaha
LANGSUIR POKOK JAMBU | Dia panggil nama kakak berulang kali 19.12.2024 34:23
Kisah kali ni dikongsikan oleh dua orang subscribers. Tapi yang paling seram adalah cerita daripada Kak Halimah di mana pengalaman dia berdepan dengan gangguan langsuir ketika ibunya nak melahirkan adik lelakinya.
'Dia' ikut dari R&R GUA TEMPURUNG | Gangguan SEPANJANG Hidup | HIJAB TERBUKA TANPA SENGAJA BHG 2 03.12.2024 46:17
Sambungan daripada video yang lepas, kali ini Nadim berkongsi pengalamannya diekori 'wanita' misteri setelah berhenti rehat di R&R Gua Tempurung semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka. Nadim juga berkongsikan kisah-kisah gangguan yang dilalui sepanjang hidupnya selepas dia menerima isim kuda kepang yang dipelajarinya. Pengalaman yang Nadim kongsikan sangat menyeramkan dan menarik...
HIJAB TERBUKA TANPA SENGAJA! | Padah Masuk Isim Kuda Kepang | Nak ikut awak balik boleh? 28.11.2024 30:27
Acap ada terima satu panggilan daripada seorang Subscriber. Seorang lelaki bernama Nadim. Nadim berkongsikan pengalamannya dengan secara tidak sengaja terbuka hijab matanya disebabkan oleh ‘isim’ yang dimasukkan ke dalam tubuhnya yang akhirnya cuba dibuang oleh datuknya namun hanya satu sahaja mampu dikeluarkan. Selepas kejadian yang tidak disengajakan itu, Nadim boleh melihat dan merasakan kehadi...
BIBIK PUAKA | Mantera itu untuk Bapak sama Ibu sayang sama saya! | Surau Usang Depan Banglo 25.11.2024 32:48
Episod kali ni Acap bawakan kisah yang lain daripada yang lain. Kisah pasangan suami isteri yang menggajikan seorang pembanu rumah yang pada awalnya elok-elok saja tapi menjadi seorang yang PUAKA bila ketamakan menyelubungi diri. Seterusnya kisah seorang pemuda yang bernama Zairi. Seorang yang panas baran, kerja sambil lewa dan selalu merungut telah pergi ke Johor untuk melaksanakan tugas yang dia...
NAK kaya cepat sampai keluarga jadi taruhan | Balik waktu Maghrib kan POCONG dah ikut 15.11.2024 33:35
Episod kali ni Acap akan kongsikan kisah yang tak kurang hebatnya. Kisah yang dikongsikan oleh Azman apabila dia telah diekori oleh makhluk yang mengerikan semasa dia pulang ke rumah sebaik saja balik jogging. Azman kata pengalaman tersebut sangat memberikan pengajaran kepadanya. Kemudian Acap akan sampaikan kisah seorang lelaki yang dah penat hidup miskin dan kemudiannya mencari jalan untuk mengu...
PONTIANAK di Changi Airport? | Sosok PEREMPUAN dalam Aerotrain | KISAH SERAM AIRPORT 13.11.2024 29:44
Episod kali ni lain macam sikit, KISAH SERAM di AIRPORT atau lapangan terbang. Sebenarnya Acap agak terkejut bila ada yang berkongsi kisah seram di airport ni. Ya lah, airport kan tempatnya canggih, cantik dan ramai pengunjung rupanya ada juga kisah seramnya ya. Antara kisah yang dikongsikan adalah kisah jelmaan sosok Perempuan di sekitar kawasan Control Room di airport Changi di Singapura. Kemu...
PUAKA SEKOLAH TEKNIK | Asrama 'MERIAH' masa budak cuti sekolah 08.11.2024 1:00:40
Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai kisah seram di sekolah berasrama penuh. Ada begitu, ada begini. Tapi, kisah seram dan gangguan di sekolah berasrama penuh yang diceritakan oleh sahabat kita Rizal dari channel @seramkelam ni agak unik. Bermula dengan kisah kepala bergolek. Lepas tu pelajar lelaki histeria. Nak tambah seram, ada pelajar perempuan jumpa budak kecil minta tolong sampai satu s...
SUSAH NAK M4T11 sebab susuk | Aku jumpa JARUM EMAS dalam bilik 23.10.2024 36:25
Susuk. Ia ditakrifkan sebagai suatu bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu yang biasanya melibatkan amalan ilmu hitam. Amalan memasukkan susuk adalah kepercayaan tradisional, yang berkaitan dengan amalan khurafat dan syirik kerana ia memerlukan penglibatan Jin dan Syaitan. Ia lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan. Sepertimana yang dikisahkan oleh...
JENAZAH TU DUDUK BELAKANG ENCIK! | Pengalaman Pemandu Van Jenazah 18.10.2024 45:46
Acap perhatikan pendengar Podcast Kamar Remang memang suka sangat cerita pasal orang yang terlibat dengan pengurusan jenazah. Baik, kalau macam tu video kali ni untuk kalian. Ada tiga kisah perkongsian pemandu van jenazah sewaktu mereka sedang menjalankan tugas. Ada yang hampir meragut nyawa, ada kejadian yang aneh dan ada pula yang ‘ditumpang’ oleh sesuatu yang menakutkan. Macam mana ya mereka ni...
TAK MASUK AKAL! 9 EKOR Jin Dalam Badan Mira | Punca menolak cinta. 15.10.2024 40:45
Episod kali ni Acap akan kongsikan perkongsian orang-orang yang penah kena sihir dan yang merawat sihir. Rata-rata pengalaman mereka sangat menakutkan geng. Orang yang menghantar sihir tu pulak kejam geng. Sampaikan yang terkena sihir tu sikit lagi nak gila, ada pulak tu rasa nak bunuh diri sebab tak tahan dengan kesakitan gangguan sihir. Acap harap perkongsian malam ini sedikit sebanyak dapat mem...
Tangisan Dalam KERANDA 'Aku Nak Balik!' | Muka JENAZAH TERKEJUT waktu dikebumikan 12.10.2024 42:38
Di hari Jumaat yang mulia ni Acap nak kongsikan beberapa buah kisah pengalaman mereka-mereka yang menjalankan tugas Fardhu Kifayah iaitu menguruskan jenazah. Antara pengalaman yang akan Acap kongsikan adalah pengalaman si penggali kubur yang menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan semasa mengebumikan jenazah seorang Wanita. Kemudian kisah pemandu van jenazah yang melalui detik-detik cemas apabila...
KENAPA asrama ni tak ada cermin? | Pontianak bertenggek atas meja 09.10.2024 28:42
Kali ni Acap akan berkongsikan pengalaman seorang yang bernama Wafie yang pernah diganggu semasa bekerja di sebuah kilang. Beliau juga berkongsikan kisahnya semasa tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Dah terlanjur cerita pasal asrama tu, Acap kongsikan jugalah kisah di asrama Acap. Kalian tahu tak? Di asrama sewaktu Acap sekolah menengah dulu tak ada cermin. Semua tempat tak ada cermin termasuk...
AZAB Makan Harta Anak Yatim | Dari Fail Pengurus Jenazah 27.09.2024 28:06
Salam Jumaat semua. Cerita yang Acap nak kongsikan kali ni datangnya daripada kenalan pengurus jenazah bernama Ustaz Sobri (bukan nama sebenar). Kisah tentang dia menguruskan jenazah seorang lelaki bernama Kamal (bukan nama sebenar). Sewaktu Ustaz Sobri menguruskan jenazah Kamal, pelbagai ujian dan dugaan telah dilaluinya. Berkat doa dari ahli keluarga dan Masyarakat, jenazah selamat dikebumikan....
MERANA BERTAHUN! Badan Dihuni 3 Ekor JIN. 26.09.2024 41:37
Bagaimana agaknya rasa bila jin menumpang dalam badan kita bertahun-tahun? Sudahlah menumpang si jin ni boleh pula buat fitnah. Begitulah yang terjadi kepada keluarga Pakcik Lan dan juga Mak Lin iaitu bapa dan juga ibu saudara Wak Long. Pada awalnya mereka sangka yang Mak Lin ni sakit biasa. Gastrik. Tapi semakin lama, semakin teruk. Tapi pakar perubatan tak dapat nak kesan apa sebenarnya penyakit...
BENDA HITAM tu dah ikut kita dari tadi! | Pengalaman Seram Pemandu VAN JENAZAH 17.09.2024 40:01
Geng, video kali ni adalah remake video yang pernah Acap muatnaik dua tahun lepas tentang dua Pengalaman Pemandu Van Jenazah. Namun begitu video tersebut mendapat banyak maklum balas negative terhadap kualiti visual dan audio. Makanya kali ini Acap rakam semula kisah tersebut dan Acap tambah baik kualiti visual dan audio untuk tontonan kalian. Kisah pertama adalah kisah dua orang yang Bernama Budi...
SERAM GILA! Roh Pelajar GENTAYANGAN | Puaka Sekolah Teknik 17.09.2024 1:02:51
Rizal kembali dengan membawakan kisah yang pasti akan buat kalian meremang punya. Lebih lagi kalau kalian pernah tinggal di sekolah berasrama penuh dulu. Cerita Rizal kali ni dia kongsikan pengalaman waktu dia belajar di beberapa pusat pengajian suatu ketika dahulu. Pengalaman waktu dia pergi 'seekers', kemudian pengalaman 'fly'. Kisah pasal puaka sekolah teknik ni pula adalah peng...
Tolong Tok! PONTIANAK tu nak BUUNOH aku! | KESUMAT PONTIANAK 10.09.2024 47:03
Kisah kali ni dikongsikan oleh kenalan Acap yang nak dikenali sebagai Waklong. Lain macam kisahnya kali ni. Lengkap dengan seram, ngeri dan plot twist. Beliau menceritakan tentang kejadian di sebuah kampung yang aman damai dan kemudiannya kecoh dengan kejadian kematian misteri yang berturut-turut. Penduduk kampung juga dikejutkan dengan kehadiran pontianak yang mula mengganggu gugat kemakmuran kam...
AKHIRNYA! Kebenaran terbongkar... | Pendamping Waris Kerabat BHG 2 06.09.2024 44:05
Kali ini kita akan dengar sambungan kisah Cikgu Emi tentang pengalamannya berdepan dengan pendamping yang diwarisinya daripada keturunan terdahulu. Makhluk atau pendamping yang menghuni tubuh Cikgu Emi seolah-olah ingin memporak perandakan kehidupan Cikgu Emi dan seringkali mencuba menganggu jiwanya. Entah bagaimana, seorang pelajarnya juga terkait dengan gangguan makhluk pendamping ini sehingga m...
'DIA' DAH SIAP PILIH | Pendamping Waris Kerabat (Bhg 1) 03.09.2024 33:48
Lain padang lain belalang. Lain orang lain pula pengalamannya. Kali ini pemanggil Acap adalah seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Emi. Beliau berkongsikan kisah di mana beliau berdepan dengan pelbagai gangguan yang dipercayai datangnya daripada makhluk yang kononya bertindak sebagai 'pendamping'. Makhluk tersebut telah lama menetap dalam tubuh Cikgu Emi tanpa beliau sedari sehingg...
UDIN HILANG WEH!!! | Kami kena kejar dengan PONTIANAK bunyi burung 31.08.2024 51:50
Masa kecil-kecil dulu pernah tak kalian main sorok-sorok? Kalau pernah, pernah tak kalian alami pengalaman kena sorok betul-betul? Lepas tu, kalian pernah dengar suara pontianak macam burung? Semua persoalan akan terjawab dalam himpunan video Podcast kamar Remang kali ni. Lepas tu siap ada cerita pengalaman pengawal keselamatan nampak jenazah tengah meeting lagi tau. Kemudian diakhiri dengan kisah...
Acap Tidur dengan LEMBAGA HITAM 27.08.2024 40:45
Kali ni ada tiga cerita dan salah satunya kisah Acap sendiri. Cerita ni lama dah berlaku. Kalau tak silap tahun 2021 ketika Acap kerja luar kawasan di Alor Setar dan Pualau Pinang. Kejadian ni berlaku waktu Acap menginap di homestay yang disediakan oleh salah sebuah NGO. Homestay tu taklah menyeramkan. Cuma suasananya agak suram sebab dah lama tak dihuni.
TERSERU 'GHANI' sebab main spirit of the coin | Pemanggil: Rizal 23.08.2024 59:03
Zaman remaja adalah zaman yang selalunya kita akan buat kerja gila. Kadang kala kerja gila yang dibuat tu mendatangkan padah. Lepas tu baru tahu takut dan menyesal. Hahaha. Episod kali ni Acap bersama dengan Rizal dari channel @seramkelam . Beliau akan kongsikan kisah pengalaman seram kerja gilanya ketika zaman belajar dan masih mudah remaja dulu.
PUAKA HOMESTAY | Bila aku tak layan, dia MAIN pintu tandas pula!| Kisah Seram Pemanggil: Zul (BHG 2) 16.08.2024 40:51
Kisah kali ini dikongsikan oleh pemanggil kita saudara Zul sambungan daripada kisah yang lepas. Kali ni Zul menceritakan pengalaman seramnya ketika dia dan kawan-kawannya pergi hiking dan camping di sebuah bukit di Negeri Sembilan. Selama 3 hari 2 malam mereka di sana, terjadi beberapa perkara pelik dan misteri kepada mereka. Kemudian, dikongsikan juga pengalamannya sekeluarga bercuti di Langkawi....
POCONG tu hantukkan kepala dekat bawah katil! | Kisah Seram Pemanggil: Zul (BHG 1) 13.08.2024 30:35
Kisah kali ini dikongsikan oleh pemanggil kita saudara Zul. Zul menceritakan pengalaman seramnya ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di kampung juga semasa mereka dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Zul kongsi bagaimana detik seram yang dia dan sepupu-sepupunya lalui sepanjang malam selepas mereka pulang daripada Pantai Morib. Lain pula kisahnya semasa Zul dan keluarga dalam perjalanan...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.