Sujimy Mohamad

Diari Ayah

Education ID ↓ 58 episodes

Inilah podcast Diari Ayah - Segala yang kau perlu tahu. www.twitter.com/sujimymohamad

Author

Sujimy Mohamad

Category

Education

Podcast website

sujimy.com

Latest episode

May 22, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Ustaz Zahid Zin | Jangan tunggu orang salam duit | Barakah bawa ibu ayah ke umrah 21.08.2021

Kadang kita hanya faham perspektif seseorang bila kita kenal apa yang mereka lalui. Mengapa Ustaz Zahid Zin berpendapat Asatizah perlu berjaya dalam hal dunia? Ada manfaatnya bila mengajar ilmu akhirat apabila asatizah sendiri maju. Dapat keterangan lanjut bersama Ustaz Zahid Zin  dalam temubual #podcast #diariayah kali ini. Kini saya faham mengapa beliau menumpukan beberapa perkara dalam hidup da...

Perkara2 yang buat semuanya menjadi okay 06.06.2021

Betul, semuanya dalam hidup kita akan menjadi okay bila kita awas dengan beberapa perkara yang sedang berlaku dalam hidup kita ini. Saya senaraikan dalam podcast ini beberapa perkara penting. Jika anda dapat melakukannya, in shaa Allah aman, tenang dan luas dada menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup ini. Trust Allah. www.kedaisujimy.com Support the show

Khairudin Samsudin | Dulu saya rebellious tapi ada sebab | Khai luahkan satu perkara yg bantu dirinya selalu dapat projek 27.05.2021

Bakat serba boleh Khairudin Samsudin masuk ke studio podcast Diari Ayah. Banyak perkara yang beliau kongsi: daripada perjalanannya semasa dibengkel kanak-kanak,  saat ibu bapanya berpisah, zaman beliau mula minat berlakon hingga ke saat beliau menjadi penerbit & pengarah yang sering tidak putus menerima pelbagai projek. Khai juga berkongsi prinsip hidupnya sebagai seorang ayah dan mengapa beli...

Suhaimi Jais | 40 years of sacrifice, forgiveness and tolerance 24.04.2021

Encik Suhaimi Jais sudah lebih 4 dekad berkecimpung dalam bidang penerbitan televisyen. Beliau banyak menerbitkan rancangan TV berbajet besar seperti Miss Universe, Bunga Tangjung, Anak Metropolitan dan banyak lagi.  Tak ramai yang tahu beeliau juga berkecimpung di radio sebelum berpindah ke industri televisyen. Apakah pengorbanan yang perlu beliau berikan kepada kerjayanya dan apa yang sudah beli...

Husin Saaban | Saya terbayang jenazah saya... | Susah senang seorang Pelawak | Bagaimana beliau dilamar ASTRO 05.03.2021

5 tahun lalu abang Husin Saaban mengambil keputusan untuk kembali ke Singapura setelah sekian lama bekerja di Astro dan memenangi berbagai anugerah rancangan di Malaysia. Apakah sebabnya? Diari Ayah bertemu abang Husin Saaban seorang pelawak veteran Singapura yang lama bertahan dalam di bidang seni. Mulanya sebagai seorang penyanyi, beliau kemudian berjinak-jinak menulis skrip sehinggalah ke hari...

Ahmad Jamil | Coma dalam kes langgar lari | Rumahtangga yang luarbiasa bersama arwah isteri 19.02.2021

Diari Ayah Plus adalah lanjutan kepada podcast Diari Ayah di mana saya bertemu di luar studio sesiapa saja yang ada cerita menarik. Jadi kenalkan kepada Sujimy jika anda kenal sesiapa. Ahmad Jamil adalah seorang duda 71 tahun. Beliau pernah dilanggar lori dan bertemu koma beberapa hari dalam sebuah kes langgar lari. Beliau juga menceritakan kisah rumahtangganya yang penuh dengan tips dan kisah men...

Firdaus Anuar | Bagaimana nak siapkan wang yang cukup untuk keluarga 16.02.2021

Dalam episod tambahan yang kami namakan Diari Ayah Plus, saya bertemu Firdaus Anuar, Pengasas MFAG - MFAGroup dan bertanya kepentingan perancangan kewangan dalam keluarga yang boleh dimulakan dari muda lagi.  Dengarkan podcast penuh Diari Ayah bersama Firdaus di Spotify untuk lebih banyak tips dan nasihat yang dikongsikan untuk semua pasangan.  Follow www.twitter.com/sujimymohamad Follow instagram...

Rafaat Hamzah | Naik turun anak seni | Kehilangan rakan baik 22.01.2021

Diari Ayah bertemu Rafaat Hamzah, pelakon, artis, pengarah, penulis skrip dan puisi menceritakan naik turun sebagai anak seni di Singapura. Follow www.twitter.com/sujimymohamad Follow instagram.com/sujimymohamad Follow www.kedaisujimy.com Support the show

Hamkah Afik | Bagaimana beliau menjadi pelari pecut terpantas | Sprinter's life 11.11.2020

Saya bertemu Hamkah Afik, pelari pecut terpantas Singapura yang mengejutkan ASEAN dengan kemenangan 2 pingat emas di Asean School Track & Field Championships di Jakarta pada tahun 1990 pada usia yang muda. Bagaimana perjalanannya ke SEA Games dan apakah pembangunannya hari ini? Dan apa pula perjalanannya sebagai seorang ayah. www.sujimy.com www.kedaisujimy.com  Support the show

Perkara2 yang boleh kita lakukan bila terasa tak motivated 17.10.2020

Inilah cara saya memotivasikan diri saya sendiri. Saya juga dapatkan saranan daripada pengguna social media. follow www.kedaisujimy.com & www.sujimy.com  Support the show

Suhaimi Yusof | Kehilangan $500K dlm pelaburan | Bagaimana beliau dapat crossover ke saluran Inggeris 30.09.2020

Ketika Suhaimi berhenti daripada radio, beliau bertekad untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya dengan hanya $1200 di dalam bank.  Beliau juga menceritakan bagaimana beliau mula-mula berpeluang berlakon dalam sitcom Inggeris - sebuah langkah yang membuka lebih banyak peluang dalam pasaran terbuka.  Inilah temubual penuh saya bersama Suhaimi Yusof.  Follow www.twitter.com/sujimymohamad Follow www.ked...

Baihakki Khaizan | Keputusan yang memberinya ketenangan | Soalan susah beliau dapat daripada anaknya Moza | Nasihat untuk berjaya dalam bolasepak 04.08.2020

Saya bertemu Baihakki Khaizan, pemain bola Tampines Rovers yang melalui berbagai halangan semasa beliau membesar. Ayahnya meninggal sewaktu beliau berusia 3 tahun. Bagaimana beliau atasi semuanya dan mendapat kontrak bolasepak profesional. Apakah cara beliau 'negotiate' kontrak bagi setiap club bolasepak. Apakah pula perjalanannya sebagai seorang ayah kepada 3 orang cahayamata. Episod in...

Uztaz Mizi Wahid | Block tak bermakna putus silaturrahim| Atasi Sifat Cemburu | Bagaimana Neelofa & selebriti Malaysia membantu Ustaz Mizi berdakwah di Malaysia 25.07.2020

Perjalanan 11 tahun berdakwah dan menjadi usahawan banyak turun naiknya. Beliau pernah ditipu dalam perniagaan tetapi beliau juga pernah dibantu sehingga dapat menawan follower seberang tambak untuk mengikuti dakwahnya dalam bahasa inggeris. Ikuti temubual Diari Ayah bersama Ustaz Mizi Wahid, CEO, Safinah Institute. follow  www.twitter.com/sujimymohamad follow www.kedaisujimy.com  Support the show

8 Bentuk Rezeki yang harus kita tahu 16.07.2020

Baru-baru ini saya mengongsi tweet tentang rezeki dan rasanya sesuai jika kita bualkan tentang berbagai bentuk rezeki dalam hidup kita ini. Jangan lupa follow dan share ok? Terima kasih. www.kedaisujimy.com  Support the show

Sujadi Siswo Part 1 | Wartawan Veteran | Pernah Menemurah Terrorist | Menjadi saksi kepada ledakkan media sosial di Indonesia 04.07.2020

Diari Ayah bertemu Sujadi Siswo, seorang wartawan veteran yang sudah 30 tahun berkecimpung dalam industri media & kewartawanan. Pengalamannya terlalu banyak dan harus kita akribkan. Beliau merupakan ketua di International Desk, Channel NewsAsia. Bila ditugaskan sebagai Bureau Chief di Indonesia selama 10 tahun, beliau melalui berbagai cabaran dan pengalaman menarik di sana. Antaranya beliau da...

Sujadi Siswo Part 2 | Selamat Pagi Singapura | Pandangannya tentang content creator media baru 04.07.2020

Sujadi merupakan Executive Producer rancangan Selamat Pagi Singapura tahun kedua di mana saya dan Ainah embit menjadi antara hos. Dengarkan bagaimana Sujadi  menerbitkan rancangan sehingga ia menjadi popular dahulu. Beliau juga memberi pandangannya tentang apa yang perlu ada pada setiap content creator media baru. www.kedaisujimy.com www.twitter.com/sujimymohamad Support the show

Yazid Lovehunters Part 1 | Orang bawa lari duit konsert | Balik ke Singapore dengan beberapa sen saja 26.06.2020

Penyanyi utama Abang Yazid Lovehunters menceritakan banyak kisah disebalik hidup dan perjalanannya bersama kumpulan Lovehunters. Banyak sangat yang boleh dipelajari. Apakah situasi di sebalik hubungannya bersama kumpulan Lovehunters  hari ini? e-commerce saya: www.kedaisujimy.com  blog saya: www.sujimy.com Twitter: www.twitter.com/sujimymohamad Support the show

Yazid Lovehunters Part 2 | Bantu belia lain | Cuba jadi Muazzin | Hubungannya dengan kumpulan Lovehunters 26.06.2020

Ini adalah bahagian kedua bertemu Abang Yazid Lovehunters e-commerce saya: www.kedaisujimy.com  blog saya: www.sujimy.com Twitter: www.twitter.com/sujimymohamad Support the show

Firdaus (Bah. 1) Lahir seorang lelaki tapi usia 18 tahun jadi wanita. Kini 50 tahun kembali menjadi lelaki | Kembali Ke Fitrah 05.06.2020

Diari Ayah bertemu Mohd Firdaus yang menjalani operasi implant buah dada pada usia 18 tahun. Beliau hidup sebagai seorang wanita selama lebih 30 tahun. Kini usianya mencapai 50 tahun dan baru saja kembali asal - kembali menjadi seorang lelaki. Beliau baru saja menjalani operasi membuang buah dadanya. Apa yang menyebabkan beliau kembali ke fitrah? Siapa yang membantunya?  Firdaus ada pesanan pentin...

Firdaus (Bah. 2) - Dakwah kepada golongan Mak Nyah 05.06.2020

Diari Ayah bertemu Ustaz Basir dan Ustaz Fadlon yang membantu Firdaus kembali ke fitrah dan bincang hal dakwah kepada golongan Mak Nyah dan mereka yang bertatoo. Haruskah mereka buang tatoo dan menjalani operasi sebelum bertaubat? Bagaimana mendekati golongan Mak Nyah yang ingin kembali ke Fitrah? Dan sah ke tidak solat orang yang bertatoo? Dengarkan penjelasan Ustaz Fadlon dalam hal ini. KedaiSuj...

Temubual Covid19 Survivor Ustazah Nadia Hanim | Saya pernah hallucinate berbual dengan seseorang tentang fiqih 03.05.2020

Covid-19 Survivor: Temubual eksklusif dengan Ustazah Nadia Hanim AR Inilah pengalamannya. #sembuhdaricovid #covidsurvivor YouTube link: https://youtu.be/K1x3D7T-l2I Usaha dakwah Ustazah di http://www.wafaproduction.com/ Sujimy.com | instagram.com/sujimymohamad | KedaiSujimy.com Support the show

Nick Mikhail | Mengapa dia bertatoo | Perasaan bila hilang semua ahli keluarga | Naik turun business & hidup 05.04.2020

Diari Ayah bertemu Nick Mikhail. Personaliti yang kontroversi namun tak ramai yang tahu dia bijak berniaga. Mengapa dulu Nick diban keluar TV tempatan? Semuanya terjawab di podcast ini. Pernah jadi debt collector, hidup di changi dengan $2 namun kini beliau ingin membesarkan anak lelakinya dengan baik.  Mari kita dengar Diari Ayah ini. Nick IG: https://www.instagram.com/nickmikhailrazak/ Youtube C...

School of Hard Knocks | Saksi kepada bankruptcy, hutang sekeliling pinggang, depression, tidak dihormati kaum lelaki dan banyak lagi 28.03.2020

Ada yang menjadi saksi kepada bankruptcy, kemurungan dan hutang sekeliling pinggang. Namun mereka pelajari nilai bertahan dan teruskan perjalanan sebagai usahawan. Dalam Diari Ayah saya bertemu 3 usahawan yang mempunyai perjalanan yang berbeza, penuh cabaran namun mereka sentiasa mencari jalan keluar. Jalan keluar dan pengajaran yang mereka lalui dibukukan dalam senaskah SCHOOL OF HARD KNOCKS terb...

Aafaa melecur muka & badan terkena minyak panas semasa bayi | Ibunya meluahkan perjalanan mereka sejauh ini 05.03.2020

Saya bertemu Puan Masshitah Abdullah, ibu kepada Aafaa Zuhayr - anak yang melecur terkena minyak panas di muka dan badan. Usia Aafaa sekitar 18 bulan ketika itu. Puan Masshitah memberikan perkembangan terkini mengenai anaknya. Banyak yang sudah beliau lalui. Kongsilah kisahnya agar ramai yang boleh menjadikan kisah ini sebuah ikhtibar. Video temubual ini akan dimuatnaikkan ke facebook dan youtube...

Bersama DJKC | Mencari rezeki di social media | Keputusan tinggalkan Radio | KC Kejar Fiza O atau sebaliknya 01.03.2020

Walaupun sudah beberapa kali saya bertemu KC membuat kandungan untuk youtube channel ManCave, namun tak pernah kita duduk sembang dalam podcast. Dalam Diari Ayah, kali ini kita sentuh tentang bagaimana KC dapat nama 'Champion', bagaimana menjadi DJ radio dan sebab utamanya KC meninggalkan bidang radio. Saya juga tanyakan bagaimana KC menjadi rapat dengan Fiza O di radio dahulu dan impian...

Listen to the Diari Ayah podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.