SYOK Podcast

Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]

Society MS ↓ 230 episodes

Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632

Author

SYOK Podcast

Category

Society

Podcast website

bm.syok.my

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Khai Bahar | Confession Bilik Gelap EP29 25.01.2021

"Saya tak pernah cerita dekat sesiapa tentang hal ini. Yaa, ini sesuatu yang pelik dan memenatkan, tetapi saya bersyukur dan redha..." - @khaibahar94 Perjalanan menjadi seorang penyanyi bukanlah mudah bagi Khai Bahar. Dari juara karaoke kampung, memerah keringat sebagai Busker ketika berkelana di Sarawak menjadikan dirinya kuat untuk hadapi hari mendatang. Learn more about your ad choices. Visit m...

Athisha Khan | Confession Bilik Gelap EP28 18.01.2021

"Saya seorang yang suka buat orang lain happy, tapi bila fikir kembali saya sendiri tidak pernah terfikir bagaimana untuk happykan diri saya sendiri, dan ini kadang kala memenatkan..." - @athishakhan Dengarkan confession jujur dari Athisha Khan tentang cerita kerjaya seorang YouTuber yang banyak mengubah dirinya. Serta, membukitkan seorang yang 'introvert' mampu mengubah dunia. Learn more about yo...

Sherry Alhadad | Confession Bilik Gelap EP27 11.01.2021

Disetiap gelak tawa seorang selebriti pasti ada kisah duka yang terbuku di hati. Begitulah lumrah manusia, ada masa kita sedih ada masa juga kita gembira. "Suatu ketika dahulu saya pernah rasa industri ini bukan lah untuk saya, Nasib saya tidak seindah seperti kawan yang lain..." - @sherry_alhadad Jom dengarkan confession dari Sherry Alhadad tentang kisah perjalanan dunia seni yang penuh dengan ta...

Rhys William | Confession Bilik Gelap EP26 04.01.2021

Makanan penyatu segalanya, Bermula dengan makanan juga Rhys William mula mendapat perhatian seluruh Malaysia. Tapi siapa sangka peneraju ‘Matsalleh cari Makan’ ini fasih berbahasa Melayu. Lumrah dunia, Untuk menjadi disukai pasti akan ada juga yang membenci. Jom kita dengarkan luahan rasa dari Rhys William. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Zamani | Confession Bilik Gelap EP25 28.12.2020

Zamani nama legenda dalam industri Muzik Malaysia. Berkongsi pengalaman jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni. Meniti 25 tahun dalam industri muzik satu titian perjalanan yang pelbagai rasanya. Kadang rasa manis, kadang terasa pahitnya hidup ini . Ternyata bergelar seorang manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Zamani buktikan kepada semua, setiap yang pernah jatuh ke jurang kegagala...

Faizul Ridzuan | Confession Bilik Gelap EP24 21.12.2020

Miliki 30 buah rumah di usia 30 tahun adalah satu perkara yang luar biasa. Dengan hanya bermodalkan RM2,000 pekerja “makan gaji” biasa ini mampu membina portfolio hartanah bernilai jutaan ringgit hanya dalam tempoh 5 tahun. Faizul Ridzuan bercerita tentang bagaimana kehidupannya bekerja sepenuh keringat untuk miliki aset yang bernilai jutaan ringgit. Jika dia mampu kenapa tidak kita? Learn more ab...

Naim Daniel | Confession Bilik Gelap EP23 14.12.2020

Confession terbaik 2020. Itulah ungkapan yang mampu diucap untuk segala luahan rasa yang tulus & jujur dari NAIM DANIEL. "Dalam hidup ni, rejection adalah cikgu terbaik yang mematangkan saya. Jika tiada fasa rejection itu mungkin saya sendiri tak akan bangkit untuk terus hidup pada hari ini..." - @naimdaniel Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

NICO G | Confession Bilik Gelap EP22 07.12.2020

Siapa yang lahir pada tahun 80an -90an mereka dibesarkan dengan lagu-lagu mereka. Cerita pengalaman dibaling botol ketika buat persembahan kerana dikecam dengan peminat muzik rock suatu ketika dahulu merupakan satu pengalaman perit bergelar anak seni. Ya, menjadi anak seni ternyata tak seindah disangka. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Ashira | Confession Bilik Gelap EP21 30.11.2020

Pengalaman mendewasakannya dalam menjalani kehidupan sebagai artis. Bakat yang ada tak pernah dipersiakan. Inilah mata pencarian bagi mencari rezeki yang halal. Pernah di kenal malah juga pernah rasa peritnya dunia bergelar artis. Jom kita dengarkan luahan rasa dari Ashira Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Dato' Norman Abdul Halim | Confession Bilik Gelap EP20 23.11.2020

Ternyata bergelar 'Abang long" bukan lah mudah. tanggungjawab tinggi di galas buat dirinya kuat menempuh hari mendatang. Bukan sahaja berjaya dalam dunia muzik malah melentarikan industri seni sehingga ke peringkat tertinggi. Dengarkan confession Dato' Norman Abdul Halim Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Ayu Damit | Confession Bilik Gelap EP19 16.11.2020

Ternyata bakat yang dimiliki pernah dinobatkan sebagai juara suatu ketika dahulu sehingga berjaya bawa pulang habuan bernilai RM1juta. Suara emas ini adalah anugerah paling berharga bermakna buat dirinya. Ramai nak tahu apa yang di lakukan dengan duit sebanyak itu? Jom dengarkan confession jujur dari Ayu Damit! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Zarul Umbrella | Confession Bilik Gelap EP18 09.11.2020

Bercerita tentang pengalaman jual apam balik tepi jalan. Saat jatuh bangun bergelar penyanyi & momen terindah terbang ke langit biru. Semua ini satu fasa kehidupan yang sangat berharga. Perkongsian Zarul Umbrella ini ternyata satu confession penuh inspirasi. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Shaheizy Sam | Confession Bilik Gelap EP17 02.11.2020

Darah seni yang mengalir dalam diri Sam ternyata satu experimental paling gemilang buat dirinya. Siapa sangka pernah menganggotai kumpulan hiphop suatu ketika dahulu. Pembabitannya di layar perak terus berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Jika kelibat Sam muncul dalam filem "Yes this is the real hero..." Perjalanan untuk ketahap sekarang ternyata tidak mudah. Jom dengarkan Confession Shaheizy Sa...

Syatilla Melvin | Confession Bilik Gelap EP16 26.10.2020

Dahulunya terkenal dengan watak antagonist. bakat lakonan serta pakej lengkap seorang artis sememangnya mumudahkan perjalanan kerjayanya dalam bidang seni. Sering terpalit kontroversi serta kiritikan negatif terhadap setiap tingkah lakunya. Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mengakui sudah lali dengan kecaman dan kritikan negatif terhadap dirinya. Segalanya diceritakan secara jujur hanya di Conf...

The Helmis (Heliza & Hazwani Helmi) | Confession Bilik Gelap EP15 19.10.2020

Mereka sudah diingatkan, bahawa pemergian sebagai sukarelawan ke tanah perang bukan kerja glamor. Sebaliknya, ia umpama misi ONE WAY TICKET — pergi tak kembali! Namun dua bersaudara ini tetap tekad berjihad fisabilillah. Mahu membantu Ummah di bumi bergolak. Apa yang terjadi sewaktu mereka menjejakkan kaki ke Gaza dan Syria? Heliza Hemi dan Hazwani Helmi menceritakan detik-detik cemas dihidu roket...

Cik B Feat Kacak | Confession Bilik Gelap EP14 12.10.2020

Bukan mudah menjadi anak jutawan, pewaris legasi kekayaan. Namun Cik B tidak boleh berpaling kerana kesinambungan empayar ibu, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida; kini tertimbang di tangannya. Bersama adiknya Kacak, Cik B menceritakan kisah pahit-manis menjadi CEO termuda, tentang kecaman netizen, juga pengalaman jujurnya menjadi sensasi baharu media sosial Malaysia. Learn more about your ad choices. Visit...

Dato' Seri Dr. Hajah Vida | Confession Bilik Gelap EP13 05.10.2020

Semasa masih bergelar guru, hatinya meronta. Lalu dia cuba-cuba, curi-curiberniaga. Hasilnya luar biasa. Pendapatannya mencecah RM10 ribu sehari! Sepantas 3 bulan, dia meraih 1.5 juta! Ya, di sebalik hilai tawa dan rezeki melimpah-ruah, ada air mata tertumpah. Suriniaga ternama, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida membuka rahsia jatuh-bangun sehingga terbang tinggi sebagai jutawan. Learn more about your ad...

Dato' Fazley Yaakob | Confession Bilik Gelap EP12 28.09.2020

Bermula kerjaya dalam dunia nyanyian. Siapa sangka anak kelahiran Negeri Sembilan ini punya cerita tersembunyi tentang perjalanan bergelar anak seni. Dari studio rakaman ke arena masakan menjelajah serata dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Abdul "Ranger" Hakiem | Confession Bilik Gelap EP11 21.09.2020

Bukan mudah menjadi seorang pemain e-sukan profesional. Kali ini Confession Bilik Gelap temubual Abdul “Ranger” Hakiem menceritakan pengalamannya dari menjadi pemain profesional Call of Duty (COD) sehingga keperingkat antarabangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Erin Adlina Adnan | Confession Bilik Gelap EP10 14.09.2020

Erin Adlina Adnan antara bintang muda yang berjaya dalam pelaburan dan perancangan kewangan. Jom dengar bagaimana beliau menempatkan diri dalam Top 10 Group Agency Manager Public Mutual. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Datin Hajah Norlina Alawi | Confession Bilik Gelap EP9 Part 2 07.09.2020

Anak-anak anugerahnya hampir dirampas dan diambil, dikritik masyarakat dan sebagainya. Namun, segala rintangan tersebut ditepis dengan penuh kekuatan oleh Datin Hajah Norlina Alawi. Dengarkan kisah dan perjuangan beliau dalam menjaga anak-anak anugerah Tuhan ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Datin Hajah Norlina Alawi | Confession Bilik Gelap EP9 Part 1 31.08.2020

Bersempena Hari Merdeka, SYOKCast membawakan kisah seorang wanita luar biasa yang sanggup mengasuh dan membesarkan anak-anak yang datang daripada pelbagai latar belakang. Datin Hajah Norlina Alawi telah berkongsi bagaimana beliau mendedikasikan seluruh hidupnya untuk membantu anak-anak HIV/AIDS tanpa sebarang prejudis. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Sasha Aziz & Biefarah Aziz | Confession Bilik Gelap EP8 24.08.2020

Pasangan adik-beradik ini boleh dianggap duo social media influencer yang unik kerana bukan sahaja cantik, malah kedua-duanya saling bersinergi hebat dalam arena bisnes. Dengan lebih 250 agen di seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Australia — Sasha Aziz, selaku Pengasas Sexy Curve dan Biefarah Aziz selaku Pengasas Bersama Sexy Curve — menceritakan kisah jatuh bangun mereka sepanjang me...

Linda Rafar | Confession Bilik Gelap EP7 17.08.2020

Daripada kisah kontroversi jururawat dengan sehelai cadar katil hospital tempat Allahyarham bonda Linda Rafar menerima rawatan, peristiwa hilangnya hampir sejuta followers di akaun media sosial kerana digodam; Linda turut menceritakan bagaimana Allahyarham Memen, anaknya yang mengidap Kanser Burkitt Lymphoma, melihat dua ekor kuda putih asmaradanta yang sangat cantik menunggunya di wad hospital se...

Recap | Confession Bilik Gelap EP6 13.07.2020

Bersama hos Hakimi As’ari dan Rosie Nasir mengimbau kembali momen-momen terbaik bersama lima personaliti pencetus inspirasi rakyat Malaysia iaitu Dr. Soo Wincci, Syahmi Sazli aka Mael Totey, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, Faris Zakaria aka Soloz dan Ahmad Shukry Md Ajis. Klip audio temu bual yang tidak pernah dimainkan sebelum ini, turut diperdengarkan secara eksklusif. Learn more about your ad...

Listen to the Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.