SYOK Podcast
Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Terlalu Dengar 'Omongan Orang, Kita Takkan Pernah Sempurna - Rossa | Confession Bilik Gelap S6EP1 09.01.2026 51:19
Rossa tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang perjalanan panjangnya dalam industri muzik, dari langkah awal sebagai penyanyi, cabaran yang dilalui sepanjang karier, hingga bagaimana beliau terus bertahan dan berevolusi mengikut perubahan zaman. Rossa turut berkongsi kisah di sebalik rendisi baharu lagu ikonik “Sinaran” bersama MK, termasuk proses kolaboras...
Memori Berkasih Masih Jadi Lagu Wajib Di Karaoke - Siti Nordiana | Confession Bilik Gelap S5EP52 19.12.2025 1:00:10
Confession Bilik Gelap kali ini bersama Siti Nordiana. Nana membuka cerita tentang perjalanan awalnya dalam dunia seni, perjuangan membahagikan pelajaran dan kerjaya, serta sokongan seorang ayah yang sentiasa menjadi kekuatan di setiap langkah. Sebuah perkongsian jujur tentang pengorbanan, kasih keluarga dan ketabahan di sebalik kehidupan seorang penyanyi. Sooka bawakan aksi hiburan & sukan LIVE t...
Suami curang, isteri juga dipersalahkan! | Confession Bilik Gelap S5EP51 12.12.2025 58:51
Hujung-hujung semua salah isteri! Suami curang, isteri juga dipersalahkan? Tapi sempat jugalah tangan Cik Jannah tu melayang yer! Dengarkan luahan hati, pengakuan mengejutkan di podcast penuh Confession Bilik Gelap: Episod 50, Perkahwinan 10 Tahun Hancur Kerana Orang Ketiga! Drama bersiri Saat Aku Tahu trending no 1 di Viu Malaysia yang tengah viral sekarang di Malaysia dan Indonesia.. kita nak me...
Tak Salah Nak Bercinta Di Set Tapi Jangan Sampai... – Tam Suhaimi| Confession Bilik Gelap S5EP50 05.12.2025 57:34
Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan Tam Suhaimi, pengarah dan pelakon senior yang telah melalui dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak. Dalam episod ini, Tam berkongsi perjalanan karier panjangnya, dari set pertama sebagai pelakon cilik, hinggalah ke kerusi pengarah hari ini. Beliau turut membuka cerita tentang realiti kerja pelakon zaman sekarang, cara mereka beradaptasi, serta perubahan b...
Misi Sebenar AKPS & Baitul Mahabbah Dibongkar | Confession Bilik Gelap S5EP49 30.11.2025 52:03
Episod ini membuka mata tentang bagaimana isu keselamatan dan perlindungan ini memberi kesan langsung kepada rakyat. Jangan lepaskan peluang untuk fahami dimensi penuh isu kritikal ini! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dunia Lakonan Penuh Kezaliman, Pelakon Perlu Terima.. | Confession Bilik Gelap S5EP48 24.11.2025 56:56
Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan Sabri Yunus, figura seni yang melalui perjalanan panjang sejak usia muda hingga kini menjadi pelakon dan pengarah disegani. Dalam episod ini, Sabri berkongsi realiti dunia lakonan yang penuh kezaliman, bagaimana pelakon sering terpaksa menerima apa sahaja yang datang, serta momen-momen penting yang membentuk dirinya sebagai anak seni. Sooka bawakan aksi...
[Ekslusif] Penyondol Rumahtangga Juga Mahu Difahami .. | Confession Bilik Gelap S5EP47 21.11.2025 53:32
Orang ketiga sebagai pelengkap? Eh seram lah dengar pengakuan ni, korang rasa macam mana? Adakah kita juga harus memahami penyondol rumah tangga? Haaa dengarkan podcast penuh Confession Bilik Gelap: Episod 47! Apapun, sempena dengan drama Saat Aku Tahu yang tengah viral sekarang di Malaysia dan Indonesia.. kita nak mendalami perasaan dan isi hati seorang yang digelar penyondol. Lakonan hebat Ann...
Dibenci, Saya Kena Sabar Jangan Jahat Dengan Orang – Allan Andersn | Confession Bilik Gelap S5EP46 14.11.2025 1:02:55
Allan Andersn, penyanyi dan penulis lagu asal Indonesia, kini membina karier di Malaysia. Dalam Confession Bilik Gelap, Allan berkongsi perjalanan seninya, dari langkah awal di Jakarta hingga peluang dan cabaran membina nama di Kuala Lumpur, termasuk single‑terbarunya yang membuka lembaran baharu dalam kerjaya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Mana Orang Malaysia Ni, Kenapa Tak Dengar Lagu Saya? – Aina Abdul | Confession Bilik Gelap S5EP45 07.11.2025 1:01:53
Aina Abdul, penyanyi bersuara luar biasa yang kini makin dikenali di Malaysia dan Indonesia, hadir ke Confession Bilik Gelap untuk mempromosikan single terbarunya Sesaat. Dalam perbualan ini, Aina berkongsi perjalanan seninya, momen penting yang membentuk dirinya sebagai artis, serta bagaimana muziknya kini menembusi pasaran Indonesia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Media Sosial Bagi Nama, Tapi Industri Ajar Realiti – Badron Munirah | Confession Bilik Gelap S5EP44 27.10.2025 51:27
Badron Munirah, pelakon baru yang semakin dikenali, hadir ke Confession Bilik Gelap untuk mempromosikan drama terbarunya Putri & Phrince di VIU. Dalam perbualan ini, Badron turut berkongsi tentang perjalanan seninya dalam industri lakonan, cabaran yang ditempuhi sebagai pelakon baharu, serta pengalaman yang membentuk dirinya hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Luka jadi kekuatan saya – Arena Wan | Confession Bilik Gelap S5EP43 20.10.2025 1:02:15
Perjalanannya bergelar anak seni tak mudah. Banyak luka dan air mata tumpah untuk berada di tahap ini… Banyak yang Arena Wan kongsikan kali ni. Layan cerita turun naik pelakon Astro Originals: Generasi Perfect 10 di podcast penuh Bilik Gelap Musim Kelima (S5) di 👉 Aplikasi SYOK, Spotify dan YouTube SYOK. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Pernah Dikritik? Ramai Tak Tahu Rahsia Farah Ann Dalam Dunia Gimnastik! | Confession Bilik Gelap S5EP42 13.10.2025 1:07:02
Umur 7 tahun lagi dah training? Ramai tak tahu rahsia Farah Ann dalam dunia gimnastik! Istimewa bersama SYOK dan Astro Home Of Originals, haa, nak tahu apa perkongsian Farah Ann layan podcast penuh Bilik Gelap Musim Kelima (S5) di 👉 Aplikasi SYOK, Spotify dan YouTube SYOK. Nantikan kemunculan khas Farah Ann dalam Astro Originals, Generasi: Perfect 10, selain bertindak sebagai penasihat siri terse...
Saya Tak Pernah Rasa Nak Bersaing Dengan Artis Lain – Mierul Aiman | Confession Bilik Gelap S5EP41 01.10.2025 55:55
Mierul Aiman, pelakon muda berbakat, hadir ke Confession Bilik Gelap untuk mempromosikan drama terbarunya Seandainya Kita. Dalam perbualan ini, Mierul turut berkongsi tentang perjalanan seninya dalam industri lakonan, jatuh bangun yang pernah dilalui, serta cabaran dan pembelajaran yang membentuk dirinya hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Tak Semua Kisah Indah, Tapi Semua Kisah Aku Nyanyikan – Raisa | Confession Bilik Gelap S5EP40 24.09.2025 54:45
Raisa, penyanyi terkenal dari Indonesia, hadir ke Confession Bilik Gelap untuk mempromosikan album terbarunya berjudul ambiVert. Dalam perbualan ini, Raisa berkongsi perjalanan seninya yang penuh dengan pasang surut, proses kreatif menghasilkan album yang lebih peribadi, serta cabaran dan pembelajaran sepanjang bergelar artis. Jika anda berminat untuk menaja podcast kami atau mahu berkolaborasi, s...
Seni Tak Pernah Mati, Warisan Terus Hidup – Adlin Aman Ramli | Confession Bilik Gelap S5EP39 17.09.2025 1:14:40
Adlin Aman Ramli, pelakon, pengarah dan penulis skrip yang terkenal dengan ketajaman pandangan seni serta karya pementasan yang berani, berkongsi kisah perjalanan panjangnya dalam dunia hiburan. Dari cabaran membina nama, inspirasi daripada legasi P. Ramlee, hingga persediaan menjayakan Konsert Legasi P. Ramlee, semuanya dibongkarkan dalam Confession Bilik Gelap kali ini. Learn more about your ad...
Lakonan Pertama, Pengalaman Seribu - Areef Amran | Confession Bilik Gelap S5EP38 10.09.2025 30:33
Areef Amran, pelakon baharu yang mula mencuri perhatian dengan lakonannya dalam Mitos Cinta Akira, berkongsi kisah perjalanan awalnya dalam dunia hiburan. Dari cabaran sebagai pendatang baru, proses mendalami watak, hingga harapan besar untuk masa depan, semuanya dibongkarkan dalam Confession Bilik Gelap kali ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Kehidupan Baharu Di Filipina Telah Membuka Mata Saya - Ben Amir | Confession Bilik Gelap S5EP37 05.09.2025 42:11
Ben Amir, seorang pelakon yang pernah mengundur diri dari dunia hiburan untuk mencari ketenangan di Filipina, berkongsi sisi hidup yang jarang diceritakan. Dari pengalaman menetap di Pulau Siargao, belajar bahasa Tagalog dan menyesuaikan diri dengan budaya baharu, sehinggalah ke perjalanan kembali ke layar perak. Dalam episod ini, Ben turut bercerita tentang cabaran hijrah dirinya, nilai yang dipe...
Dulu Saya Terasa Bila Dapat Soalan Nana Sudah Berubah - Nana Mahazan | Confession Bilik Gelap S5EP36 02.09.2025 55:27
Nana Mahazan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio ZAYAN, berkongsi perjalanan hidup penuh inspirasi. Bermula sebagai peserta Akademi Fantasia Musim 1, Nana mengukir nama dalam dunia seni sebelum berhijrah dan kini mengemudi segmen pagi di ZAYAN. Nana turut membuka kisah penghijrahan yang menyentuh hati, dari perubahan diri dan istiqamah, hingga jatuh bangun dalam industri hiburan yang me...
Uncle Mike Buat Saya Menangis - Andy Teh | Confession Bilik Gelap S5EP35 08.08.2025 1:13:45
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon Andy Teh berkongsi kisah hidupnya yang penuh warna dan cabaran. Dikenali ramai menerusi bakat lakonannya yang versatil, Andy kini bakal muncul sebagai watak Uncle Mike dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw. Andy mendedahkan perjalanan jatuh bangun yang membentuk dirinya hari ini, daripada detik awal mencipta nama, cabaran bertahan dalam indu...
Ramai Kecam Saya Diserap Semula Ke Dalam Dewi Remaja - Arabella Ellen | Confession Bilik Gelap S5EP34 01.08.2025 41:03
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon muda berbakat Arabella Ellen membuka sisi hidup yang ramai tak tahu. Sebelum melangkah ke dunia lakonan melalui Hero Dewi Remaja, Arabella sebenarnya pernah menyimpan impian besar sebagai atlet balet. Namun takdir berkata lain. Impian yang satu itu terpaksa dilepaskan, dan untuk seketika, dunia gelap seperti menelannya bulat-bulat. Tapi dalam...
"Rasa Tersaing, Saya Pernah Dimaki Oleh Artis Senior" - Shiha Zikir | Confession Bilik Gelap S5EP33 25.07.2025 1:20:21
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, penyanyi berbakat Shiha Zikir tampil membuka kisah hidup yang jarang diketahui ramai. Di sebalik senyumannya di pentas dan dunia glamor yang terlihat sempurna, Shiha sebenarnya pernah berdepan dengan pelbagai dugaan dalam kerjaya dan hidup peribadi. Namun di saat dunia terasa berat, kasih dan sokongan ayah tercinta menjadi sumber. Learn more about you...
"Kehidupan Ini Bukan Mengenai Saya Sahaja..." - Diana Danielle | Confession Bilik Gelap S5EP32 18.07.2025 59:08
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon dan usahawan seni Diana Danielle tampil membuka sisi hidup yang jarang dikongsi kepada umum. Di sebalik glamor dan populariti sejak usia remaja, Diana sebenarnya telah melalui pelbagai fasa kejatuhan dari tekanan industri hiburan, cabaran dalam kehidupan peribadi, hinggalah perjuangan mencari semula kekuatan diri. Learn more about your ad choi...
"Saya Pernah Disabotaj Oleh Team Sendiri..." - Amai Kamarudin | Confession Bilik Gelap S5EP31 11.07.2025 1:02:20
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon dan penerbit filem Amai Kamarudin membuka kisah perjalanan hidupnya dalam industri seni yang jarang didengari umum. Di sebalik senyum dan kejayaan, tersimpan luka daripada pengalaman dipijak, digunakan dan dikhianati oleh insan-insan yang pernah rapat dengannya. Namun segala pahit getir itu tidak mematahkan semangat Amai, malah menjadi bahan b...
"Pernah Dapat Tawaran Pelik, Ketika Itu Saya Masih Muda" - Ali Reza | Confession Bilik Gelap S5EP30 04.07.2025 1:09:35
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, kami menampilkan pelakon berbakat dan berjiwa besar, Ali Reza Kavoossi, yang semakin mencuri perhatian dalam dunia lakonan tempatan. Namun di sebalik wajah tenangnya, tersembunyi perjalanan hidup yang penuh liku sebelum beliau menjejakkan kaki ke dalam industri seni. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
"Saya Pernah Dibekukan Selama 20 Tahun Sejak 1998.." - Helmi Gimmick | Confession Bilik Gelap S5EP29 27.06.2025 1:20:50
Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, kami menampilkan figura seni yang cukup unik, Helmi Gimmick, pelakon dan pelawak yang telah menceriakan dunia hiburan tempatan sejak era 80-an lagi. Dalam perbualan penuh emosi dan kejujuran, Helmi membuka kisah 37 tahun perjuangannya dari zaman kegemilangan, ke saat-saat sukar yang dilaluinya sebagai anak seni. Dia turut meluahkan rasa syukur kerana...
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.