SYOK Podcast

Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]

Society MS ↓ 164 episodes

Setiap cerita misteri akan hadirnya mistik. Di dalam rumah berlangsirkan kain hitam ini menjadi saksi cerita entiti yang pasti mendebarkan disegenap ruang diri. Berdasarkan kisah-kisah benar, SYOK Cerita Hantu Seram menceritakan pengalaman-pengalaman seram yang pernah dilalui. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632

Author

SYOK Podcast

Category

Society

Latest episode

Jul 10, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Pasar Malam Kaum Bunian | Cerita Hantu Seram S4EP29 04.07.2025

Di sebalik hiruk-pikuk pasar malam, wujud kisah tentang pasar ghaib yang tidak semua manusia boleh lihat, Pasar Malam Kaum Bunian. Episod kali ini mengupas pengalaman mereka yang "tersesat" ke pasar bunian, di mana suasananya indah, barangan dijual luar biasa, tetapi semuanya bukan dari dunia nyata. Ada yang pulang tanpa sedar telah berbelanja di alam lain, ada pula yang tidak kembali seperti sedi...

"Nampak Pontianak Dekat Tingkap.." | Cerita Hantu Seram Edisi 10 Mistik | S3E45 01.07.2025

Casuarina Inn mungkin kelihatan biasa dari luar, sebuah inap desa lama di hujung pekan. Tapi di sebalik tirai langsir dan lorong-lorong sunyi, ada kisah yang buat sesiapa pun takkan berani bermalam sendirian. Dalam episod kali ini, Abang Wan berkongsi pengalaman 'disambut' oleh penghuni bilik, yang katanya… tidak pernah daftar masuk, tapi juga tak pernah keluar. Adakah Casuarina Inn benar-benar di...

Qarin | Cerita Hantu Seram S4EP28 27.06.2025

Qarin dipercayai sebagai makhluk ghaib yang lahir bersama manusia, menjadi bayangan diri yang tidak kelihatan. Dalam episod ini, kami menyelami kisah-kisah menyeramkan berkaitan qarin yang muncul menyerupai tuannya, mengganggu orang sekeliling, dan mencetus kekeliruan antara realiti dan ilusi. Kehadiran qarin sering dikaitkan dengan gangguan emosi, bisikan jahat, dan perasaan diawasi tanpa sebab....

Hijab Aura Mata Batin | Cerita Hantu Seram S4EP27 20.06.2025

Ada yang dilahirkan dengan kebolehan melihat perkara ghaib, ada pula yang “terbuka hijab” selepas pengalaman tertentu. Episod kali ini menyentuh tentang keupayaan mata batin, pancaindera keenam yang membolehkan seseorang melihat atau merasai kehadiran makhluk dari alam lain. Dari pengalaman melihat bayangan aneh, aura misteri sekeliling manusia, hinggalah kepada gangguan yang datang selepas kebole...

Misteri Pukau | Cerita Hantu Seram S4EP26 13.06.2025

Pukau bukan sekadar permainan kata-kata atau pandangan mata, ia adalah ilmu halus yang mampu mempengaruhi minda dan tindakan seseorang tanpa mereka sedar. Dalam episod ini, dihimpunkan kisah mereka yang menjadi mangsa pukau. Dari kehilangan barang secara misteri, perubahan sikap mendadak, hinggalah pengalaman “terjaga” di lokasi yang tidak diketahui. Learn more about your ad choices. Visit megapho...

Misteri Hospital Tinggal Kinrara | Cerita Hantu Seram S4EP25 06.06.2025

Bangunan hospital lama yang ditinggalkan sering menyimpan energi dan memori dari masa silam, termasuk yang tidak kelihatan. Hospital Tinggal Kinrara dikenali ramai sebagai lokasi penuh misteri, dengan kisah penampakan entiti berpakaian jururawat, bunyi kerusi tolak bergerak sendiri, dan tangisan halus dari bilik rawatan yang telah lama kosong. Dalam episod ini, dikongsikan pengalaman-pengalaman me...

"Penampakan Makhluk Seperti Orang Tua Nak Datang Depan.." | Cerita Hantu Seram Edisi 10 Mistik S4EP4 31.05.2025

Mayang Sari Mall pernah menjadi tumpuan ramai, tapi kini sunyi, kosong, dan penuh misteri. Dalam episod kali ini, Abang Wan menjejakkan kaki ke pusat beli-belah terbiar ini, yang dikatakan menyimpan banyak rahsia… dan penghuni yang tidak kelihatan. Dari kedai mainan lama yang berbunyi sendiri hingga ke lif yang bergerak tanpa penumpang, pengalaman seram yang dikongsikan pasti buat bulu roma merema...

Penunggu Pokok Pisang Tunggal | Cerita Hantu Seram S4EP24 29.05.2025

Pokok pisang tunggal sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus yang memilihnya sebagai tempat bersemayam. Dalam episod ini, disingkap kisah gangguan dan kejadian aneh yang berlaku kepada mereka yang cuba menebang atau menghampiri pokok tersebut, terutama ketika ia tumbuh sendirian di kawasan sunyi. Dari penampakan lembaga hitam hingga bisikan halus yang datang tanpa arah, pokok pisang tungga...

Cerita Mistik Mak Andam | Cerita Hantu Seram S4EP23 23.05.2025

Di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan, tersimpan kisah-kisah mistik yang jarang didedahkan, terutamanya dari pengalaman Mak Andam. Dari pengantin yang tiba-tiba berubah sikap, gangguan semasa persolekan, hinggalah kepada kejadian aneh menjelang hari bahagia, pengalaman Mak Andam sering membuka pintu kepada dunia yang sukar dijelaskan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoic...

Maghrib Waktu Dia Lalu | Cerita Hantu Seram S4EP22 16.05.2025

Waktu maghrib sering dikaitkan dengan masa di mana dunia manusia dan alam ghaib saling bersilang. Dalam episod ini, diceritakan kejadian misteri yang berlaku setiap kali azan maghrib berkumandang, kemunculan sosok tidak dikenali yang melintasi kawasan yang sama berulang kali. Gangguan yang berlaku pada waktu senja ini menguatkan lagi kepercayaan lama bahawa maghrib adalah waktu pantang larang, di...

Masa Tu Dia Muncul | Cerita Hantu Seram S4EP21 09.05.2025

Ketika suasana sepi dan semua terasa tenang, gangguan ghaib sering kali muncul tanpa diduga. Dalam episod ini, dikongsikan pengalaman ngeri apabila kelibat aneh tiba-tiba menonjolkan diri di saat-saat yang tidak dijangka. Dari bisikan yang tiba-tiba, bayangan di balik langsir, hinggalah ke penampakan jelas di depan mata, kisah ini membuka tirai kepada momen seram yang menghantui waktu dan ruang ta...

Patung Adik Molly | Cerita Hantu Seram S4EP20 02.05.2025

Sebuah patung kecil yang kelihatan biasa boleh menyimpan rahsia yang menakutkan. Patung Adik Molly dikaitkan dengan gangguan misteri yang dialami oleh pemiliknya, dari bisikan halus hingga bayangan yang muncul di sudut mata. Ada yang percaya bahawa patung ini menjadi perantara makhluk halus yang memilih untuk "menumpang" di rumah manusia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoi...

Penunggu Sungai Ular | Cerita Hantu Seram S4EP19 25.04.2025

Sungai Ular bukan sekadar nama—ia menyimpan pelbagai kisah misteri dan gangguan ghaib yang sukar dijelaskan. Terdapat kepercayaan bahawa sungai ini didiami oleh entiti halus yang menjaga kawasan tersebut dan tidak suka diganggu. Penunggu Sungai Ular terus menjadi buah mulut penduduk setempat, menguatkan lagi kepercayaan bahawa sesetengah lokasi memang mempunyai 'penghuni' yang tak dapat dilihat de...

Penghantaran Ke Alamat Misteri | Cerita Hantu Seram S4EP18 18.04.2025

Tidak semua penghantaran berakhir seperti yang dijangka. Ada kisah seram tentang penghantar yang diminta menghantar bungkusan ke lokasi terpencil—sunyi, ganjil, dan tidak berpenghuni. Namun bungkusan itu tetap “diterima” oleh sesuatu yang menanti di sana. Dari alamat yang tidak wujud di peta hingga gangguan selepas penghantaran, pengalaman ngeri ini membuka tirai kepada misteri dunia ghaib yang me...

"Umur 6 Tahun Nampak Orang Masuk Pisau Dalam Mulut" - Abang Mon | Cerita Hantu Seram S4EP17 12.04.2025

Minyak Senyonyong dan Minyak Pengasih telah lama dikaitkan dengan amalan mistik yang memberi pemiliknya kekayaan, pengaruh, dan daya tarik luar biasa. Minyak ini dipercayai mampu memikat seseorang tanpa disedari atau memberi rezeki secara ghaib kepada pemiliknya. Namun, di sebalik kelebihan yang diceritakan, terdapat kisah seram mengenai perjanjian gelap ini. #SYOK #SYOKPodcast #CeritaHantuSeram L...

Polong Pengikut Tuan | Cerita Hantu Seram S4EP16 04.04.2025

Polong dikenali sebagai makhluk ghaib yang dipelihara untuk tujuan tertentu, sering dikaitkan dengan sihir dan ilmu hitam. Dikatakan bahawa polong perlu diberi darah tuannya sebagai tanda kesetiaan, dan jika diabaikan, ia boleh bertindak ganas serta mengganggu sesiapa sahaja. Jom dengar pengalaman menyeramkan ini sekarang! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Tangisan Pontianak Belakang Rumah | Cerita Hantu Seram S4EP15 28.03.2025

Pontianak sering dikaitkan dengan tangisan sayu yang menusuk jiwa, terutama di kawasan sunyi seperti belakang rumah atau hutan. Ada yang percaya suara tangisan ini sebagai petanda kedatangannya, sementara yang lain mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus yang menghuni sesuatu tempat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

"Saya Nampak Pontianak, Benda Tarik Dari Belakang.." | Cerita Hantu Seram Edisi 10 Mistik | S4E3 22.03.2025

Dalam episod kali ini, Abang Wan membawa anda menyelami kisah seram di R&R BKE, hentian rehat yang dikatakan menyimpan pelbagai misteri di sebalik suasana sunyinya. Benarkah ada kelibat yang sering muncul di kawasan ini? Apakah kisah seram yang dialami oleh para pemandu dan pengunjung pada waktu malam? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Pelaris Pemasuk | Cerita Hantu Seram S4EP14 21.03.2025

Dalam dunia perniagaan, bukan semua kejayaan datang dari usaha sendiri—ada yang mengambil jalan singkat dengan ilmu mistik. Pelaris pemasuk dikatakan mampu menarik pelanggan secara ghaib, membuatkan perniagaan sentiasa laris tanpa sebab yang jelas. Ada yang menggunakan tangkal, ada yang berjanji dengan makhluk halus, tetapi sejauh mana amalan ini benar-benar berkesan, dan apa akibatnya kepada si p...

Santau Jin | Cerita Hantu Seram S4EP13 14.03.2025

Santau bukan sekadar ilmu sihir biasa—ada yang dikatakan menggunakan bantuan jin untuk menyerang mangsanya dari jauh. Dalam episod kali ini, kami mengupas kisah-kisah seram tentang santau jin, dari tanda-tanda seseorang terkena santau hingga cara makhluk ghaib ini digunakan untuk mencelakakan orang lain. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Mantera Nusantara | Cerita Hantu Seram S4EP12 07.03.2025

Dari zaman dahulu, mantera digunakan sebagai pelindung, penyembuh, atau bahkan untuk tujuan yang lebih gelap. Dalam episod kali ini, kami membongkar rahsia mantera mistik dari seluruh Nusantara—dari jampi kuno hingga ilmu hitam yang dikatakan mampu memanggil makhluk ghaib. Bagaimana mantera ini berfungsi, dan apakah kesannya kepada mereka yang mengamalkannya? Learn more about your ad choices. Visi...

Pelepas Pendamping | Cerita Hantu Seram S4EP11 28.02.2025

Ada yang percaya bahawa setiap manusia mungkin memiliki pendamping dari alam lain—makhluk yang sentiasa mengikut dan memerhati. Namun, bagaimana jika seseorang ingin melepaskan pendamping ini? Dalam episod kali ini, kami mengupas kisah seram tentang individu yang berusaha membebaskan diri dari ikatan ghaib yang tidak diundang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

"Saya Pernah Merawat Orang Kerasukan Tanpa Sengaja" - Adam Shahz | Cerita Hantu Seram S4EP10 21.02.2025

Bagaimana jika tanpa disedari, anda memiliki "bakat" merawat orang yang terkena gangguan? Dalam episod kali ini, pelakon, Adam Shahz berkongsi pengalaman seramnya yang tidak dijangka, dari kejadian aneh hingga situasi mistik yang melibatkan makhluk ghaib. Dengarkan kisah penuh debaran ini, dan jangan lupa tonton versi penuh melalui saluran YouTube! Learn more about your ad choices. Visit megaphone...

"Nampak Kelibat, Buat 2 Cameraman Pening Dan Muntah " | Cerita Hantu Seram Edisi 10 Mistik | S4E2 15.02.2025

Abang Wan membawa anda menyelami kisah seram di sebalik sebuah banglo usang yang telah lama ditinggalkan. Terletak di sebuah kawasan terpencil, banglo ini menyimpan pelbagai misteri – dari bisikan halus di tengah malam hingga kelibat bayang-bayang yang muncul tanpa jasad. Apakah sejarah di sebalik rumah ini? Siapakah ‘penghuni’ yang masih setia menanti di dalamnya? Learn more about your ad choices...

Canggung Si Tunggang Lagu | Cerita Hantu Seram S4EP9 14.02.2025

Ada lagu yang merdu didengar, tetapi ada juga lagu yang membawa misteri dan kisah seram di sebaliknya. Dalam episod kali ini, kami menyelami kepercayaan tentang lagu-lagu mistik seperti Ulik Mayang dan lain-lain yang dikatakan mampu memanggil makhluk ghaib. Dari pengalaman seram yang dialami mereka yang menyanyikannya hingga pantang larang yang harus dipatuhi, sejauh mana kebenaran di sebalik kisa...

Listen to the Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM] podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.