Astro Awani

AWANI SoundByte

News EN ↓ 2000 episodes

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.

Author

Astro Awani

Category

News

Podcast website

audioboom.com

Latest episode

Jan 22, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Pantau Kerajaan Baharu | Apa nasib perjanjian MA63 di bawah kerajaan perpaduan 04.01.2023

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir membincangkan aspek-aspek yang perlu dinilai semula dalam menentukan nasib Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di bawah kerajaan perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana semangat menjulang MA63 ini adalah antara lima intipati dalam Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia melibatkan empat gabung...

Pantau Kerajaan Baharu | Gelombang baharu COVID-19, adakah pelancong China perlu disekat? 03.01.2023

Wajarkah pelancong dari China disekat kerana bimbang akan gelombang baharu? Apa persediaan KKM dalam mengekang penularan? Ikuti perbincangan bersama pakar kesihatan awam, Dr Farhan Rusli. #AWANInews #PilihanMalaysia #PantauKerajaanBaharu

Pantau Kerajaan Baharu |Sekat pelancong China: Antara kesihatan dan ekonomi 03.01.2023

Kemunculan dua varian utama China di negara ini meninbulkan gesaan untuk menyekat kemasukkan pelawat dari negara tembok besar itu.   Namun, adakah ia langklah terbaik ketika negara masih lagi belum pulih dari kesan ekonomi akibat penutupan sektor dan sempadan dua tahun lalu. Ikuti perbincangan dengan Pakar Kesihatan Prof Madya Dr Malina Osman. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Pantau Kerajaan Baharu | Mengenali petunjuk bencana 03.01.2023

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis akan memperincikan bagaimana mengesan petunjuk awal bencana seperti kebakaran. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu 

Pantau Kerajaan Baharu | Menjelang pengumuman keputusan tuntutan MA63 02.01.2023
Pantau Kerajaan Baharu | Solusi menginjak ke status negara tua 2030 02.01.2023
Pantau Kerajaan Baharu | Kelestarian pelancongan domestik 02.01.2023

Dua tahun dilanda pandemik, sektor pelancongan kini mula bangkit. Namun bagaimana memastikan ia terus lestari supaya kalis segala krisis. Timbalan Presiden Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), Datuk Azlie Halim dan Pengarah WSF Travel, Wan Shairi Wan Ahmad memperincikan aspek yang boleh ditambah baik. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu 

Pantau Kerajaan Baharu | 2023: Cabaran politik, governans dan demokrasi 01.01.2023

Bersama Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Marthada Mohamad mengupas mengenai cabaran politik, governans dan demokrasi pada tahun baharu 2023 ini. #AWANInews #PilihanMalaysia #PantauKerajaanBaharu

AWANI 7:45 [31/12/2022] – Amanat PM | Bantuan khas pesawah | Rakyat resah 31.12.2022

Cabaran ekonomi 2023 menuntut idea dan formula baharu untuk pastikan ekonomi negara dan poket rakyat terjamin. Siaran Luar dari Tapak Urban Street Dining @ Cyberjaya bermula 7.45 malam.

Agenda AWANI Asia: Cabaran 2023, reformasi kesihatan serantau 31.12.2022

Mampukah negara-negara di peringkat serantau bertahan dengan cabaran ekonomi 2023; kemelesetan ekonomi, krisis geopolitik berpanjangan, tekanan inflasi kuat dan pemulihan bertahap ekonomi AS dan Eropah? Diskusi Sabtu 9 malam.

AWANI Borneo [31/12/2022] – Asalkan ada tempat berteduh | Doktor cabul pesakit 31.12.2022

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 31 Disember 2022   : - Mangsa rumah musnah Kampung Forest Sandakan berpindah ke dua PPR - Isu doktor cabul pesakit, JKNS tidak akan kompromi - KUSKOP adakan sesi libat urus bertemu usahawan #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Pantau Kerajaan Baharu | Fokus 2023: Cabaran ekonomi tahun depan 31.12.2022

Pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengulas cabaran ekonomi pada 2023 dan pembukaan ekonomi pasca COVID19.

It's About YOUth: Does Malaysia refugee plan need a rethink? 30.12.2022

With no resolution or return, what is Malaysia’s plan for refugees in the country? Heidy Quah from Refuge for the Refugees and Hilda Paviter Kaur from Project R.ED weigh in.

AWANI 7:45 [31/12/2022] - Elak peningkatan kes | Jangan 'cabul' ruang akademik | Gara-gara mengidam 30.12.2022

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz  Tumpuan #AWANI745 malam ini: 1. Waspada penularan semula, KKM tingkat keselamatan pintu masuk antarabangsa 2. Ahli akademik jangan dikongkong penguasa, terikat ideologi politik 3. Wanita hamil samun kedai emas kerana 'mengidam'

AWANI Borneo [31/12/2022] - Kemasukan pelancong China | PPS SK Sungai Anib 2 ditutup | Dipercayai cabul pesakit wanita 30.12.2022

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 30 Disember 2022   : 📌 Sabah akan memutuskan prosedur terkini ekoran gelombang COVID-19 dan kemasukan pelancong China Rabu depan. 📌  Mangsa warganegara tempatan Kampung Forest Sandakan akan dipindahkan ke PPR Batu Puteh 📌  Doktor perubatan ditahan cabul pesakit. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Pantau Kerajaan Baharu | Cabaran 2023: Industri hiburan kena ‘kental’ 30.12.2022

Perinciannya kita bersama Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Pantau Kerajaan Baharu | Dialog KBS-Persatuan Sukan, apa penambahbaikan dijangkakan? 29.12.2022

Tiada pekerjaan tetap, pendapatan tidak menentu dan harapkan bantuan orang, begitulah realiti kehidupan insan yang pernah mengharumkan nama negara. Ketika menjadi atlet dan berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai temasya atau kejohanan, mereka ini dijulang dan dipuji.

Pantau Kerajaan Baharu | Sampai bila ‘hujan emas’ di negeri orang? 29.12.2022

Sampai bila ‘hujan emas’ di negeri orang? Itu persoalannya apabila bercakap soal ‘brain drain’. Kupasan lanjut bersama Presiden EMIR Research, Dr Rais Hussin.

Pantau Kerajaan Baharu | Disebalik tragedi tanah runtuh Batang Kali 29.12.2022

Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Tragedi Batang Kali, Penolong Pengarah JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor dan Pegawai Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Muzammir Mohd. Salim dibawakan untuk berkongsi secara langsung pengalaman mereka menjalankan tugas selama 9 hari. #AWANInews #Pa...

Pantau Kerajaan Baharu | Selepas China, bagaimana untuk bersedia hadapi gelombang COVID? 28.12.2022

Perinciannya kita bersama Prof Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pantau Kerajaan Baharu | Perlindungan & kebajikan kanak-kanak: Sudah mencukupi? 28.12.2022

Bagi perinciannya kita bersama Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM.

Pantau Kerajaan Baharu | Reaksi Penangguhan Pelaksanaan Gaji Minimum Bagi Kurang Lima Pekerja 28.12.2022

Pelaksanaan gaji minimun bagi majikan dengan kurang lima pekerja ditangguhkan, apa reaksi dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)? Presiden MTUC Mohd Effendi Mohd Ghani akan kongsi perspektif dari kata mata pekerja. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Pantau Kerajaan Baharu | Proses pengambilan pekerja asing semakin rumit? 27.12.2022

Ikuti perbincangan mengenai cadangan untuk menyelaraskan proses pengambilan pekerja asing bawah satu kementerian. Bagi perinciannya kita bersama Professor Dr. Balakrishnan Parasuraman, Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri UMK.

Pantau Kerajaan Baharu | Akta Kerja: Imbangi kelestarian perniagaan, tingkat produktiviti pekerja 27.12.2022

Ikuti perincian oleh Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC).

Pantau Kerajaan Baharu | Sesi persekolahan Januari atau Mac? 27.12.2022

Susulan pengumuman Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq bahawa takwim persekolahan akan kembali kepada Januari, iaitu sama sebelum COVID-19, diskusi dan perdebatan mengenai kewajarannya masih lagi hangat dalam kalangan ibu bapa, wakil ibu bapa dan guru serta tokoh pendidikan.  Presiden Ikatan Guru Musim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan dan tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin mengupas mengenai isu...

Listen to the AWANI SoundByte podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.