Astro Awani
AWANI SoundByte
AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
AWANI Borneo [10/02/2023] – Masalah air berkurangan | Lempar bom petrol ke bank | Malaysia-Indonesia perkukuh hubungan 10.02.2023 14:56
[LANGSUNG] #AWANIBorneo | 10 Februari 2023 Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan - Lelaki lempar bom petrol depan bank direman enam hari - Projek Loji Rawatan Air Kogopon diharap noktahkan masalah air penduduk - Perjanjian Perdagangan Sempadan Malaysia-Indonesia bakal dimuktamad #AWANInews #MalaysiaBangkit
Pantau Kerajaan Baharu | Lawatan PM : Signifikan hubungan Muslim Malaysia- Thailand 10.02.2023 18:27
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyentuh soal hubungan diplomatik, ekonomi dan teknologi. Sisi lain yang turut terkesan ialah hubungan muslim dua negara. Ikuti kupasan Dr Chaiwat Meesanthan, Pengarah Institut Pengajian Asia Timur Universiti Thammasat. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu
Borak Anak Muda | Kenaikan kos sara hidup jejas poket anak muda 10.02.2023 23:27
Perbincangan tentang kepentingan untuk memahami lebih mendalam apa yang belia mahukan saat dihimpit isu kos sara hidup dan langkah kerajaan dalam memberi tumpuan utama kepada usaha mengangi isu kos sara hidup dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di dewan rakyat nanti bersama Danial Abdul Majeed, Ahli Politik dan Syamellya Norazizi, Aktivis Politik/ Belia dalam program Borak Anak Muda. #Bel...
Pantau Kerajaan Baharu | Apa makna KDNK tinggi kepada kehidupan rakyat? 10.02.2023 29:36
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan, UUM, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin mengulas pengumuman KDNK suku keempat 2022 yang diumumkan Bank Negara.
Pantau Kerajaan Baharu | Pentingkan nutrisi, jayakan Menu Rahmah 10.02.2023 28:25
Untuk menjayakan pelaksanaan Menu Rahmah dan memastikan ia berkesan kepada golongan sasar, bukan sahaja harga yang perlu diambil kira, sebaliknya aspek lain yang tidak kurang penting iaitu nutrisi dalam kepelbagaian menu hidangan berkenaan. Ketua Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Profesor Dr Norhasmah Sulaiman berkongsi kepakaran dan membentangkan panduan mengenai perk...
AWANI 7:45 [09/02/2023] - Hubungan akrab | Pemimpin UMNO kena lanyak? | Penyampai radio | Penemuan beri semangat 09.02.2023 34:25
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda; Tunggakan masalah Malaysia, Thailand boleh selesai, kerana banyak persamaan Pemimpin UMNO kena lanyak, itu pandangan Ismail Sabri, kata Zahid KJ terima tawaran jadi DJ Selepas 68 jam, seorang bayi diselamatkan di bawah runtuhan... gempa bumi Turkiye #AWANInews
Dialog Tiga Penjuru: ChatGPT Vs Bard: Hilang kerja? Malas fikir? 09.02.2023 51:42
Kebangkitan kecerdasan buatan (AI) menimbulkan persoalan tentang masa depan sektor pekerjaan dan peranan teknologi dalam hidup manusia. Adakah AI akan meningkatkan potensi manusia atau kemahiran dan pekerjaan jadi kurang relevan? Kebangkitan AI, adakah kita bersedia? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
AWANI Borneo [09/02/2023] – Ketengah usahawan Sarawak | Kebajikan dan kesejahteraan warga ATM | Fasiliti akan dinaik taraf 09.02.2023 15:09
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar; 1) Kuskop menyediakan ruangan Pavilion Sarawak di Lalaport Bukit Bintang 2) Kebajikan warga ATM menjadi keutamaan kerajaan 3) Sarawak sedia jadi tuan rumah Sukma 2024
Pantau Kerajaan Baharu | Lawatan rasmi PM ke Thailand 09.02.2023 26:33
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan lawatan rasmi ke Thailand selama dua hari bermula hari ini. Selain menyentuh hubungan ekonomi dua hala, isu konflik di selatan Thailand juga mungkin dibincangkan. Ikuti analisis Pengarah Urusan Iman Research, Atlaf Deviyati.
Pantau Kerajaan Baharu | Selatan Thai: Peranan Aktif Malaysia Tangani Konflik 09.02.2023 27:03
Malaysia berperanan penting dalam memastikan konflik selatan Thailand diselesaikan di meja rundingan. Apa lagi yang bakal dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan sulung ke Thailand? #AWANInews
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu 08.02.2023 34:34
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews
AWANI Borneo [08/02/2023] – Bunuh pemandu e-hailing | Keputusan ADUN sendiri | Tiada lagi kontraktor bermasalah 08.02.2023 14:15
AWANI Borneo bersama Jasmine Abu Bakar: 1) Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing 2) Hajiji Noor serahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk buat keputusan sertai Gagasan Rakyat atau sebaliknya. 3) Abang Johari dedahkan kontraktor tidak cekap punca kelewatan projek dan projek sakit.
Pantau Kerajaan Baharu: Peranan PM dalam rundingan damai Selatan Thai 08.02.2023 27:25
Menjelang lawatan Perdana Menteri ke Bangkok, ikuti perbincangan bersama Dr Bandit Aroman dari Krirk University.
Pantau Kerajaan Baharu: Solidariti bantuan kepada mangsa gempa Turkiye-Syria 08.02.2023 25:36
Koordinasi dan rawatan kesihatan merupakan antara aspek penting dalam penyaluran bantuan kecemasan bencana. Ikuti perkongsian Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkenaan koordinasi bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.
AWANI Borneo [07/02/2023] – Tiga ADUN tinggalkan Warisan | Harga makanan tetap RM2 07.02.2023 14:55
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 7 Februari 2023 : - Warisan ambil tindakan undang-undang ke atas tiga ADUN keluar parti - KPM gariskan tiga fokus utama tingkatkan sektor pendidikan di Sabah - Warung Hasmida di Kuching tawar harga makan serendah RM2 #AWANInews #MalaysiaBangkit
Pantau Kerajaan Baharu: Kertas Putih Kesihatan bakal siap tidak lama lagi 07.02.2023 27:21
Ketika isu kekurangan tenaga kerja dan kesesakan di Jabatan Kecemasan semakin kerap dilaporkan, Kementerian Kesihatan dalam fasa akhir menyiapkan Kertas Putih Kesihatan. Ikuti perbincangan bersama Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli.
Pantau Kerajaan Baharu : Mengatur Percaturan Geopolitik Serantau 07.02.2023 28:00
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan rasmi ke beberapa negara jiran selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Meteri. Di mana kedudukan Malaysia di rantau ini? Apakah strategi dalam mengukuhkan hubungan geopolitik? Ikuti kupasan bersama Pensyarah Undang-Undang USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli.
Pantau Kerajaan Baharu: Hari Internet Selamat | Awasi ancaman dalam poket 07.02.2023 25:54
Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Ts. Azrul Zafri Azmi mengupas mengenai beberapa ancaman yang berlaku di Internet termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan kecurian data serta ancaman berita palsu. Diskusi juga menjurus kepada bagaimana cara mengelak ini semua dengan beberapa panduan turut dikongsi supaya poket kita semua terselamat daripada ancaman seperti itu.
AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat 06.02.2023 33:35
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. PKR rujuk pemimpin UMNO, bekas ahli UMNO masuk PKR 2. Kabinet bayangan PN, dianggap tidak cukup sifat 3. Lagi amaran hujan berterusan.... hujan sampai esok 4. Lebih seribu mangsa gempa bumi Turki dan Syria, Malaysia hantar bantuan #AWANInews
AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi 06.02.2023 14:49
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar 1. Warisan terima tamparan hebat, tiga ADUN isytihar keluar parti, sokong Hajiji 2. Pemotongan peruntukan pembangunan jejas usaha bangunkan kawasan pedalaman -Alexander 3. Pengemis Palauh hilang setiap kali operasi, menteri kata mungkin angkara sindiket Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan as...
Pantau Kerajaan Baharu | ‘Buaya Ekonomi’ undang padah kepada negara 06.02.2023 24:51
Tindakan ‘buaya ekonomi’ yang mensabotaj dana kerajaan bakal memberi impak buruk kepada negara dan rakyat. Ikuti perkongsian Presiden MCW, Jais Abd Karim yang mengupas impak serta penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.