Astro Awani

AWANI SoundByte

News EN ↓ 2000 episodes

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.

Author

Astro Awani

Category

News

Podcast website

audioboom.com

Latest episode

Jan 22, 2026

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Pengumuman pencapaian SPM oleh Ketua Pengarah Pendidikan 08.06.2023

Ikuti pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali di Kompleks Kerajaan Persekutuan. #AWANInews #SPM2022

AWANI 7:45 [07/06/2023] - Majlis Raja-Raja buat keputusan | Kawalan penggunaan air tidak penting | Malaysia tanggung kesan kewangan| DUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun 07.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini:   📌 Jangan politikkan isu kalimah Allah, titah Sultan Selangor 📌 Tidak perlu sekatan bekalan air, akibat cuaca panas 📌 Kerajaan mahu fail saman kumpulan Sulu 📌 Negeri Sembilan bubar DUN 30 Jun ini #AWANInews 

AWANI Borneo [07/06/2023] - Sabah alu-alukan keputusan | Inisiatif tenaga | Komander baharu ESSCOM 07.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 7 Jun 2023:  Warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah   Kemaskini ordinan sedia ada, lindungi komoditi Sarawak  Aplikasikan teknologi dron dalam pemantauan ESSCOM #AWANInews #MalaysiaBangkit

Pantau Agenda Reformasi: Dilema Pelajar: Ke universiti atau terus ke pasaran kerja? 07.06.2023
AWANI 7:45 [06/06/2023] - Drama Parlimen | UPSR & PT3 tidak dikembalikan | Kerjasama Tun M - Muhyiddin? | Siapa dalang sorok gula? 06.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini:   📌 Kalau jual gula lebih harga kawalan, lesen peniaga akan digantung 📌 Milik siapakah Pulau Pinang? PM serah pada Peguam Negara 📌 Tun M bertemu Muhyiddin, adakah kerjasama bakal terjalin menjelang PRN? 📌 Polis Evo 3, terus ungguli carta, 12 hari tayangan RM41 juta #AWANInews

AWANI Borneo [06/06/2023] - Rumah musnah 90 peratus | Tragedi Double Six | One Championship di Bangkok 06.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar #AWANIBorneo 6 Jun 2023: Warga emas mangsa kebakaran besar di Mukah Tragedi Double Six : Waris persoal kelewatan pendedahan laporan  Atlet Muay Thai "Jojo" sasar KO di Bangkok. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Pantau Agenda Reformasi: Perbandaran dari perspektif kesihatan planet 06.06.2023

Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) yang kedua mengupas isu perbandaran dan penempatan bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG). Ikuti kupasan dari perspektif kesihatan planet bersama Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

AWANI 7:45 [05/06/2023] - Agong zahir kegusaran | Mendepani cabaran dunia | Perangi scamer 05.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini:   📌Agong gusar, khuatir isu kalimah Allah berlarutan, gugat perpaduan 📌Jadikan Malaysia lebih kental, tiga dasar negara akan diperkenal 📌Hari-hari ada sahaja kes scam, sampai bila nak berlarutan? Apa penyelesaian?   📌Separuh pertama musim selesai, JDT kekal di puncak, siapa mampu sekat? #AWANInews 

AWANI Borneo [05/06/2023] - Lima cedera | Keputeraan Agong | Pertama di Sabah 05.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmin Abu Bakar #AWANIBorneo 5 Jun 2023   : 📌 Dua kanak-kanak antara korban nahas dua kenderaan di Sibu 📌 Wan Junaidi dan Anifah Aman kini bergelar Tan Sri 📌 Mahlis Perbandaran Tawau perkenal perkhidmatan perbaharui lesen dalam talian #AWANInews #MalaysiaBangkit

Pantau Agenda Reformasi: Jangan jadikan isu agama sebagai polemik, perbalahan politik 05.06.2023

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik, dalam titah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda. Ikuti kupasan titah Seri Paduka Baginda bersama penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Pantau Kos Sara Hidup: Pembersihan sungai untuk kualiti hidup lebih baik 05.06.2023

ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan ADUN Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy masing-masing akan berkongsi bagaimana pelaburan secara serius dan bersungguh-sungguh untuk pembersihan sungai di Johor akan membantu dalam mendapatkan kualiti hidup lebih baik bagi jangka masa panjang. Ikuti diskusi dalam Pantau Kos Sara Hidup, 8.30 pagi nanti.

AWANI 7:45 [04/06/2023] - Tambah baik sistem | Elak kebergantungan | Banyak kes 'scam' dalam FB 04.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini:    Impak ekonomi gig, pembelajaran hibrid, anjal diperkenal, tempoh kursus dipendekkan   Waspada semua, Facebook rekod kes penipuan dalam talian tertinggi  Ledakan teknologi maklumat, aplikasi dalam talian, tapi buku tetap jadi pilihan    Minggu kelima Big Stage, apa kejutan? Siapa bakal tersingkir?  #AWAN...

AWANI Borneo [04/06/2023] - Hadiah istimewa Gawai | Pengurusan sampah | Iktiraf Hari Gawai 04.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 4 Jun 2023   :  Penduduk Rumah Panjang Richard Engking harap projek pembangunan dilaksana seperti dirancang.  Program Pengalaman Paya Bakau tingkat kesedaran belia Sandakan terhadap alam sekitar.  Kerajaan Malaysia diharap iktiraf Hari Gawai sebagai cuti umum. #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap har...

Fokus Minggu Depan: Perhimpunan UN-Habitat ke-2 04.06.2023

UN-Habitat memainkan peranan penting dalam bidang pembangunan perbandaran dan pemukiman manusia. Berikut adalah beberapa kepentingan UN-Habitat. Memperkuat Pengurusan Perkotaan: UN-Habitat bekerja untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran pengurusan perkotaan, termasuk perancangan kota, pengawasan pembangunan, penyediaan perkhidmatan asas, dan pemuliharaan warisan budaya dan sejarah. Ini bertujuan...

Fokus Minggu Depan: Tindakan kolektif selamatkan lautan 04.06.2023

Prof Ts Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir, Pengarah Institusi Oseanografi dan Sekitaran

Agenda AWANI Asia: Pembasmian kemiskinan dimanakah permulaan? 03.06.2023

Kajian mengenai kaedah pengukuran baharu bagi menggantikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengukur kemiskinan mutlak sedang diteliti.  Sementara itu, lebih kurang 130,000 ketua isi rumah dibawah kategori miskin tegar.   Mampukah pendekatan dan inisiatif yang ada menuju ke arah sifar miskin tegar?  Diskusinya dalam Agenda AWANI Asia.

AWANI 7:45 [03/06/2023] - Kadar inflasi dijangka sederhana | Kesejahteraan golongan penjaja 03.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini:    Rafizi jangka kadar inflasi terus sederhana, inisiatif rahmah ditingkat  Kerajaan nafi dakwaan peguam waris Sulu, Perancis iktiraf kedaulatan Malaysia  Kereta api bertembung, hampir 300 maut, lebih 800 cedera   #AWANInews 

AWANI Borneo [03/06/2023] - Empat projek di Kapit | Tuntutan Sulu ke atas Sabah | Perbalahan antara pemimpin merugikan 03.06.2023

Awani Borneo 3 Jun 2023 bersama Jasmine Abu Bakar.  RM290 juta diperuntukan bagi pembangunan infrastruktur Kapit.  Tuntutan Sulu : AGC nafi dakwaan peguam waris Sulu.  Perbalahan antara pemimpin hanya akan merugikan rakyat - Abang Johari

Fokus Minggu Depan: RUU kawalan produk merokok dibentang awal Jun 03.06.2023

Untuk minggu akan datang, kami akan berikan tumpuan kepada kertas putih kesihatan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, pada persidangan yang dijadual bersambung minggu depan hingga 15 Jun ini. Menteri Dr Zaliha Mustafa berkata kertas putih kesihatan itu bagaimanapun akan terlebih dahulu dibawa ke Kabinet pada minggu depan. Kertas putih kesihatan ini akan dilaksanakan sebagai reformasi berpering...

AWANI 7:45 [02/06/2023] - Tuduhan PH tidak layak jadi kerajaan | Ingatan buat bekas ahli UMNO 02.06.2023

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini:   Anwar bidas Hadi, Pas jangan kolot. Bekas ahli UMNO boleh datang, tapi tukar samping dulu, kata Asyraf Wajdi. Muhyiddin sanggup terima kerjasama Tun M.   IMF beri reaksi, Malaysia perlu kukuhkan hasil jangka sederhana. #AWANInews 

Dialog Poket Rakyat: Hapus klasifikasi pendapatan, bantu kepada yang layak 02.06.2023

Klasifikasi pendapatan B40, M40 dan T20 telah mula diperkenalkan pada 2006. Bagaimanapun, Covid19 merubah struktur ekonomi setiap ketua isi rumah yang terkesan. Kebanyakannya hanya menikmati kos sara hidup yang minimum. Sejauhmanakah peralihan kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah membantu kelompok yang layak sekaligus mengekang ketirisan? Diskusi 8.30 malam ini.

AWANI Borneo [02/06/2023] - Sempena Gawai | Lebih 14,000 warga asing | Masalah air Sabah berakhir? 02.06.2023

AWANI Borneo bersama Jasmine Abu Bakar Masyarakat Bidayuh Pagan sambut Gawai dengan Adat Pisien memperingati nenek moyang. Data pekerja asing, projek perintis berjaya dan laporan kepada Kabinet Negeri 14 Jun ini. Peruntukan RM320 juta tampung 20 projek bekalan air di Sabah

Pantau Agenda Reformasi: Laporan World Bank: Akses pendidikan prasekolah 02.06.2023

Bank Dunia menerbitkan laporan mengenai senario pendidikan prasekolah di Malaysia pada 31 Mei lalu. Ikuti kupasan lanjut berkaitan laporan tersebut bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Kurikulum) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Ahmad Rafee Che Kassim. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pantau Belanjawan 2023: Masalah air: Peruntukkan mencukupi untuk penyelesaiannya? 02.06.2023

Setiap jumlah peruntukkan dan permintaan dana yang tinggi akan memberi kesan terhadap aspek ekonomi negeri dan juga negara secara keseluruhan. Bagaimana untuk memastikan imbangan kesan ini tidak melibatkan pengurangan perbelanjaan dalam sektor lain atau peningkatan hutang negara?

Pantau Kos Sara Hidup: Tangani kebimbangan ‘Gen Z’ mengenai kos sara hidup 02.06.2023

Benarkah generasi milenial tidak berminat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas SPM? Benarkah juga mereka lebih memilih wang atau pekerjaan berbanding pendidikan? Apakah kebimbangan generasi Z mengenai kos sara hidup yang tinggi ketika ini? Ikuti diskusi bersama Ketua Laboratori Generasi Siber, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Za...

Listen to the AWANI SoundByte podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.