Astro AWANI
AWANI Global
Ikuti temubual Astro AWANI bersama personaliti industri dari serata dunia.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
AWANI Global: Misi dan strategi ASEAN di Myanmar 05.06.2021 28:03
Ikuti analisis Herizal Hazri, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antabangsa (ISIS Malaysia) mengenai perkembangan misi ASEAN mengenai Myanmar setelah mesyuarat khas pemimpin ASEAN di Jakarta pada April lalu menghasilkan lima konsensus yang dipersetujui.
AWANI Global: Memperluaskan Kepelbagaian Hubungan Dua Hala Bangladesh - Malaysia 08.05.2021 26:26
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Golam Sarwar berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala Bangladesh - Malaysia yang bukan sahaja terhad kepada sektor pekerja asing tetapi kerjasama erat dalam pelbagai sektor perdagangan antara kedua-dua negara.
AWANI Global: Analisa Pasca Perang Afghanistan 24.04.2021 28:07
Selama hampir dua dekad, perang terpanjang ini mengakibatkan Amerika menghabiskan lebih kurang $ 2 trilion dolar, mengorbankan 110,000 nyawa Afghanistan, mengakibatkan kematian 3,500 anggota perkhidmatan gabungan termasuk sekitar 2,448 tentera dan anggota Amerika. Presiden Biden mengumumkan pada minggu lepas, Amerika akan mengundurkan kesemua baki tenteranya bermula 1 Mei, 2021. Menurut Biden, “Ka...
AWANI Global: COVID-19 | Adakah setimen islamofobia meningkat di Eropah? 17.04.2021 26:54
Adakah COVID-19 memburukan lagi islamofobia di Eropah? Apakah dapatan dan cadangan daripada European Islamophobia Report edisi terkini? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Editor Bersama laporan, Enes Bayrakli.
AWANI Global: Diplomasi 6 dekad Malaysia - Republik Korea 17.10.2020 27:11
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea bermula pada 23 Februari 1960. Setelah enam dekad lamanya, jumlah dagangan kedua-dua negara merekodkan lonjakan 6370 kali iaitu melebihi RM18 billion berbanding RM2.83 juta pada 1965. Sementara itu, lebih 20 ribu rakyat Korea tinggal di Malaysia manakala 14 ribu rakyat Malaysia berada di Korea. Rizal Zulkapli menemuramah Tuan Yang Terutama Le...
AWANI Global: Normalisasi hubungan UAE, Bahrain dan Israel 19.09.2020 26:22
Bahrain menjadi negara keempat ikut serta dalam usaha AS untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Egypt, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu. Arief Subhan menganalisis impak proses naturalisasi di Asia Barat.
Cabaran Amerika Memilih dalam kemelut COVID-19 30.08.2020 28:08
Ikuti analisis Prof Dr Shakila Yacob mengenai kempen Pemilihan Presiden yang kembali sengit setelah dua parti Demokrat dan Republikan selesai mengadakan Konvensyen Kebangsaan secara maya dalam AWANI Global, 29 Ogos, jam 9.00 pagi.
Indonesia 75 tahun - Cabaran Indonesia Maju 23.08.2020 26:05
AWANI Global bersama Dr Kunto Adi Wibowo, Pengarah Eksekutif Lembaga Survei KedaiKOPI, Indonesia menganalisis kemerdekaan Indonesia ke 75 tahun dan cabaran Indonesia melangkah ke 100 tahun merdeka sebagai sebuah negara maju, Sabtu, 22 Ogos jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com .
AWANI Global: Pandemik dan geopolitik kesihatan awam 29.07.2020 27:11
Kepimpinan global terus memperjuangkan kesihatan awam dalam pandemik COVID19 namun kemelut geopolitik menggugat kerjasama serantau untuk menangani gelombang COVID19. Ikuti analisis Dr Khor Swee Kheng dalam memahami ‘orde baru’ pasca COVID19.
Pilihanraya AS 2020 - Persaingan antara Biden dan Sanders 16.03.2020 26:46
Prof Dr Shakila Parween Yacob menganalisa persaingan calon Demokratik Joe Biden dan Bernie Sanders yang begitu sengit setelah Elizabeth Warren dan beberapa lagi calon menarik diri dalam perlumbaan pilihan raya 2020 yang dijadualkan pada 3 November nanti.
Kashmir - 73 tahun dalam konflik kedaulatan wilayah 19.02.2020 25:43
Selama 73 tahun rakyat Kashmir bergelumang dengan konflik yang tidak berkesudahan. Pemansuhan Artikel 370 Perlembagaan India melucutkan hak istimewa wilayah Jammu dan Kashmir berkuatkuasa 5 Ogos 2019 dan menyebabkan jutaan rakyat Kashmir ditindas. Rizal Zulkapli mendalami isu dan konflik kemanusian serta peranan Azad Kashmir dalam temubual bersama Presiden Sardar Masood Khan.
Pelan Damai Israel: Muslihat disebalik tawaran terhebat Trump 03.02.2020 26:38
Pelan Damai Israel – Palestin yang diumumkan Trump hanyalah tawaran yang hebat buat Israel dan bukannya untuk rakyat Palestin. Muslim Imran dari Pertubuhan Kebudyaan Palestin menyifatkan ia satu helah Trump. Ikuti diskusi Rizal Zulkapli bersama Muslim Imran dan Shahrul Aman Mohd Saari tentang ruang dan suara untuk Al-Quds.
Memahami Iran dalam konflik Asia Barat 18.01.2020 26:44
Adakah langkah Iran menyerang kemudahan pengkalan tentera Amerika Syarikat dapat menyelesaikan masalah yang semakin memuncak? Namun Iran mendapat respon yang tidak dijangka dari Presiden Donald Trump menyatakan ingin bekerjasama dalam pelbagai aspek bagi merealisasikan apa yang Iran harapkan. Rizal Zulkapli bersama Prof. Dr Kamaruzaman Yusoff, Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan K...
DAISH dan kesan kematian Al-Baghdadi 06.11.2019 26:50
Ikuti analisis Rizal Zulkapli bersama Dr Mohd Mizan Aslam tentang kesan kematian Abu Bakr Al-Baghdadi dan impaknya kepada rantau asia tenggara.
Merungkai kerumitan konflik sempadan Turki - Syria 23.10.2019 25:44
Nazri Kahar bersama Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UTM, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merungkai kerumitan konflik sempadan Turki - Syria yang kembali menjadi fokus dunia.
40: Dinamika Politik Indonesia: Menjelang Pelantikan Presiden dan Wakil Presiden 2019 – 2024 05.10.2019 27:12
TEMPO melemparkan kritikan terhadap pemerintah Indonesia sebagai peringatan menjelang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang baru bagi pengaal 2019 -2024. Mampukah aspirasi rakyat dibawa ke DPR? Ikuti temuramah Rizal Zulkapli dengan Arif Zulkifli, Pemimpin Redaksi Majalah Berita Mingguan Tempo
Bagaimana China melayan penganut agama Islam di Beijing, Urumqi dan Kashgar? 19.04.2019 26:43
Susulan lawatan ke Beijing, Urumqi dan Kashgar, Rizal Zulkapli menemubual Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Ustaz Shahrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif World Assembly of Muslim Youth untuk mendapatkan pendapat berkenaan layanan China ke atas umat Islam di tiga bandar ini.
Demi tembok, AS anggup tutup operasi rumah putih 28.01.2019 26:54
Rizal Dzulkapli bersama tetamu jemputan Prof Shakila Yacob, Pengarah Eksekutif Inpuma, UM berbincang berkenaan penutupan kerajaan yang telah diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
37: Pt. 3 - Memperkasa Wisma Putra dan mempertingkat potensi dalam ASEAN 28.10.2018 7:19
Bahagian tiga temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
36: Pt. 2 - Memperkasa Wisma Putra dan mempertingkat potensi dalam ASEAN 28.10.2018 9:25
Bahagian dua temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
35: Pt.1 - Memperkasa Wisma Putra dan mempertingkat potensi dalam ASEAN 28.10.2018 8:02
Bahagian pertama temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.