Astro AWANI
AWANI Global
Ikuti temubual Astro AWANI bersama personaliti industri dari serata dunia.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
AWANI Global: Konflik Sudan 07.05.2023 27:01
Konflik di Sudan yang bermula pada 15 April lalu berlarutan sengit di Khartoum. PBB menjangkakan lebih 800 ribu rakyat Sudan menjadi pelarian . Ikuti diskusi dan analisis mengenai situasi dan sejarah di sebalik Konflik Sudan dalam AWANI Global.
AWANI Global: Antara sukan dan politik 16.04.2023 28:33
Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membatalkan serta-merta hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun terhadap tuan rumah Indonesia. Ia mungkin berpunca akibat pendirian tegas beberapa ahli politik Indonesia yang melarang penyertaan Israel. Sejauhmanakah realiti dasar sukan tanpa batasan politik? Diskusi dan analisis dalam AWANI Global, jam 9 malam.
AWANI Global: Isu Laut China Selatan 09.04.2023 28:27
Isu pertikaian Laut China Selatan telah dibangkitkan dalam pertemuan empat mata antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini. Ikuti diskusi dan analisis isu Laut China Selatan dan diplomasi kepimpinan dalam AWANI Global, jam 9 malam.
AWANI Global: Exclusive H.E Ary Norton De Murat Quintella, Ambassador of Brazil to Malaysia 02.04.2023 26:40
H.E Ary Norton De Murat Quintella, Ambassador of Brazil to Malaysia discuss trade and technical cooperation including the role as ASEAN’s Partner of Sectorial Dialogue on AWANI Global tonight, 9.00pm .
AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum 26.03.2023 26:39
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.
AWANI Global: Memahami Perjanjian Laut Lepas 19.03.2023 27:29
Perjanjian Laut Lepas atau High Seas Treaty telah dipersetujui pada 4 Mac lalu merangkimi 60% lautan dunia. Ikuti diskusi bersama Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli untuk memahami undang undang laut yang berpaksi kepada konsep warisan sejagat bersama manusia.
AWANI Global: Bencana Cox’s Bazar & Krisis Kemanusiaan Rohingnya 12.03.2023 25:52
Ikuti diskusi bersama Lilianne Fan, Pengerusi, Kumpulan Kerja Hak Pelarian Rohingya, Malaysia mengenai krisis kemanusiaan pelarian Rohingnya di Kutupalong Balukhali.
AWANI Global: Era baharu hubungan Jepun - Malaysia 11.02.2023 25:13
Negara Jepun kekal menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015. Bagaimanakah hubungan strategik kedua-dua negara dalam era pentadbiran baharu ini? Ikuti temuramah khas bersama TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia.
AWANI Global: UNGA ke-77 | Dunia Menuju Detik Peralihan 17.09.2022 26:36
Pentas Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu ke-77 dibuka semula ketika dunia menghadapi pelbagai konflik global, geopolitik dan krisis iklim dengan tema Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait. Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers menganalisis perhimpunan 193 negara yang bakal berkongsi pandangan mengenai cabaran dan penyelesaian bersama dalam AWANI Global, 17 Sep...
AWANI Global: Kajian keprihatinan perubahan iklim di Asia Tenggara 10.09.2022 27:27
Sejauhmanakah kefahaman dan kebimbangan warga Asia Tenggara mengenai impak perubahan iklim, dasar dan polisi pihak berkepentingan? Ikuti diskusi dan analisis kajian mengenai keprihatinan terhadap perubahan iklim di Asia Tenggara bersama Prof Madya Dr Helena Varkkey dari Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Universiti Malaya dalam AWANI Global.
AWANI Global: Pengajaran daripada krisis hutang dan ekonomi Sri Lanka 02.09.2022 26:19
Sri Lanka sedang bergelut menstruktur semula hutang negara berjumlah RM130.08 bilion sejak tercetusnya krisis politik dan kegawatan ekonomi paling buruk tahun ini. Ikuti diskusi dan analisis mengenai krisis hutang dan ekonomi Sri Lanka bersama Dr. Ganeshan Wignaraja dari Overseas Development Institute, London dalam AWANI Global, 3 September, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroaw...
AWANI Global: Hubungan tegang Taiwan - China 27.08.2022 23:17
Ikuti diskusi dan analisis mengenai ketegangan hubungan Taiwan - China dan implikasi kepada hubungan geopolitik AS - China bersama Angeline Tan, Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia dalam AWANI Global, 27 Ogos 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
AWANI Global: Realiti satu tahun pentadbiran Taliban 20.08.2022 25:19
Setahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu.
AWANI Global: Konflik Myanmar meruncing, ASEAN tambah tekanan 06.08.2022 24:35
Tumpuan sekali lagi terarah kepada konflik di Myanmar dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN minggu ini, meskipun dibayangi kontroversi lawatan Speaker Nancy Pelosi ke Taiwan. Ikuti analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai usaha ASEAN untuk menangani konflik Myanmar yang semakin meruncing.
AWANI Global: Pembekuan Pekerja Indonesia | Masa untuk ubah sistem? 23.07.2022 26:42
Pada 13 Julai lalu, Indonesia mengenakan pembekuan sementara proses penghantaran pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran perjanjian yang disepakati kedua-dua belah pihak pada bulan April. Apakah sudah tiba masa untuk menukar sistem pengambilan pekerja asing yang melindungi kebajikan dan hak pekerja? Ikuti diskusi dan analisis isu pekerja asing yang sentiasa berhadapan dengan eksploitasi pemerdag...
AWANI Global: Malaysia-Poland: Keeping ties in ‘Pole’ position 16.07.2022 26:53
After 51 years of diplomatic relations between Poland and Malaysia, what were the most significant achievements between two countries. Saraya Mia speaks to Deputy Minister of Foreign Affairs of the Republic of Poland, Marcin Przydacz.
AWANI Global: Impak krisis geopolitik & landskap ekonomi dunia 09.07.2022 27:57
Krisis makanan dan bahan tenaga kesan daripada krisis geopolitik telah mengubah landskap ekonomi dunia hari ini. Ikuti diskusi dan analisis hubung kait krisis geopolitik dengan kenaikan inflasi dunia bersama Dr Mohammad Fajar Ikhsan, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, UUM dalam AWANI Global.
AWANI Global: Aspirasi Baharu Hubungan Malaysia - Australia 02.07.2022 25:47
Apakah kepentingan dan peluang rantau ini dalam hubungan luar Australia. Ikuti diskusi dan analisis oleh Izzah Ibrahim dari ISIS Malaysia sempena siri lawatan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam AWANI Global, Sabtu 2 Julai, jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
AWANI Global: Analisis kemuncak Islamophobia di India 18.06.2022 27:10
Beberapa siri peristiwa keganasan berunsur agama terhadap kaum minoriti di India berlangsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan India menerima pelbagai kecaman di atas pelanggaran hak asasi manusia dari pelusuk dunia. Terbaharu, Kerajaan India menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas dua jurucakapnya daripada Bharajaya Janata (BJP) iaitu Nupur Sharma, dan Naveen Jinda...
AWANI Global: 24 tahun pasca Reformasi Indonesia 28.05.2022 27:22
Ikuti diskusi dan analisis mengenai 24 tahun pasca reformasi Indonesia dan cabaran masa kini bersama Dr Suko Widodo, Pensyarah dan Pakar Komunikasi Politik, Universitas Airlangga Surabaya dalam AWANI Global, Sabtu 28 Mei, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com .
AWANI Global: Pasca Pilihan Raya Filipina 14.05.2022 26:27
Ikuti diskusi analisis pasca pilihan raya Filipina dan apakah makna kemenangan Ferdinand Marcos Jr bersama Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
AWANI Global: Larangan eksport sawit & kesan pasaran global 07.05.2022 26:57
Apakah kewajaran dan implikasi mengehadkan eksport komoditi utama minyak sawit oleh pengeluar terbesar minyak sawit dunia, Indonesia? Mampukah Malaysia menangani bekalan minyak sawit dunia sambil berdepan dengan cabaran tenaga buruh serta tekanan Kesatuan Eropah? Ikuti diskusi dan analisis Prof Dr Sufian Jusoh, IKMAS UKM serta usaha MPOB-UKM Endowment Chair mengenai industri sawit negara di persa...
AWANI Global: Myanmar: ASEAN 5PC gagal? 30.04.2022 26:23
Pelbagai kritikan mengenai pencapaian setahun Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN mengenai Myanmar yang dimeterai pada 24 April, 2021 yang lalu. Adakah konsensus ini gagal atau ASEAN memerlukan lebih banyak ruang dan masa menangani krisis di Myanmar? Adakah ASEAN perlu menukar cara dan tindakan berdepan pemimpin Junta? Ikuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers, Profesor Madya, Jabatan Pengaj...
AWANI Global: Perang Rusia-Ukraine bakal tamat bulan Mei? 23.04.2022 26:09
Adakah operasi khas ketenteraan oleh Rusia ini bakal tamat pada bulan Mei nanti? Ikuti analisis Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam mengenai situasi perang Rusia - Ukraine.
AWANI Global: Analisis krisis politik dan peralihan kuasa Pakistan 16.04.2022 26:33
Ikuti analisis krisis politik dan peralihan kuasa di Pakistan serta apakah cabaran yang mendepani Perdana Menteri baharu Shehbaz Sharif bersama Dr Azharudin Md Dali, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Univerisiti Malaya dalam AWANI Global, Sabtu 16 April, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com .
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.