Amanz
Amanz
Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
FIFA dan EA Sports Sah Bercerai 18.05.2022 23:01
Perkahwinan lebih dua dekad di antara FIFA dengan EA Sports untuk membentuk permainan terkenal dunia - FIFA22 kini berakhir dengan kedua-dua pihak tidak memperbaharui kontrak kerjasama mereka. Mat Pis dan Yem menghuraikan isu ini. Selain itu, isu Beijing ban aplikasi pembelajaran kanak-kanak, penggunaan digital rings untuk bertasbih, serta Netflix meletakkan iklan - langkah bijak atau tidak?
Serba Dinamik Semakin Susut 15.05.2022 47:36
Harga saham Serba Dinamik hampir pudar dari papan saham utama di Bursa Malaysia. Sementara itu, debat politik mengetengahkan isu-isu padat dan hangat. Mat Pis dan Yem huraikan kesemuanya di sini.
Episod Raya! Selamat Hari Raya Dari Kami Di Podcast Amanz! 03.05.2022 11:10
Episod hari raya ini menyaksikan Mat Pis dan Yem borak kosong di pagi raya! Enjoys you alls!
Netflix Hilang 1/3 Nilai, KJ Gesa Undang-Undang Anti-Rokok Segera Diluluskan 29.04.2022 43:34
Saham Netflix terus merudum setelah nilai syarikat itu susut lebih 50% dalam masa sebulan. Syarikat itu dijangka akan membuang kakitangan untuk mengurangkan kos pentadbiran. Sementara itu, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menggesa agar parlimen segera meluluskan undang-undang anti-rokok bagi mereka yang lahir selepas tahun 2007 pada sidang bulan Julai ini. Mat Pis dan Yem merungkai isu-isu...
Huawei Jual Bon, Kenderaan EV Di China Terus Rancak 27.04.2022 43:27
Syarikat telekomunikasi gergasi China Huawei, terus menjual bon untuk pacu pertumbuhan syarikat. Sementara itu, penjualan kenderaan EV di China terus rancak menyaksikan pertumbuhan mendadak kepada penggunaan kenderaan EV di sana. Teman Amanz mengkaji bagaimana lockdown di Shanghai mengakibatkan seluruh dunia merana.
Microsoft Monopoli Lagi, Nokia Dan Ericsson Keluar Rusia, TikTok Semakin Menyemak 24.04.2022 43:42
Taktik Microsoft untuk tawan pasaran Awan sekali lagi membawa tohmahan yang mereka adalah monopoli. Sementara itu, Nokia dan Ericsson keluar dari pasaran Rusia, sekaligus membawa isu siapa yang akan bina internet di negara itu? Teman Amanz persoalkan isu diagnosis menyendiri yang semakin menyemakkan isu kesihatan mental di platform itu. Mat Pis dan Yem menghuraikan isu-isu ini bersama.
GoTo Dari Indonesia Kongsi Saham Bersama Pemandu 22.04.2022 40:19
Syarikat teknologi gergasi GoTo, hasil gabungan Gojek dengan Tokopedia berkongsi saham bersama pemandu dan partner mereka. Langkah ini memberikan kesan positif terhadap bagaimana syarikat-syarikat gergasi teknologi di rantau ini mengagihkan pulangan kepada stakeholder mereka. Selain itu, ini memberikan peluang kepada golongan B40 Indonesia untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka di pasaran eku...
Elon Musk Ada Pelan Besar Di Twitter, China Semak Algoritma Syarikat Teknologi 20.04.2022 38:06
Elon Musk tawar untuk beli Twitter sebanyak USD43 bilion. Sementara itu, kerajaan China buat semakan ketara terhadap algoritma yang syarikat-syarikat China sedang gunakan sekarang. Mat Pis dan Yem mengulas.
Binance Suntik Pelaburan Dalam MX Global Sdn Bhd 17.04.2022 37:10
Binance, serta Cuscapi, Suntik Pelaburan Dalam MX Global Sdn Bhd. Sementara itu, Dubai teruskan usaha untuk menarik minat pelabur kripto ke bandaraya itu. Mat Pis dan Yem merungkai isu ini secara mendalam.
Pelaksanaan 5G Mungkin Lewat, Apa Lagi Masalah Kali Ini? 13.04.2022 44:47
Pelaksanaan 5G di Malaysia secara menyeluruh dan aktif oleh semua syarikat telekomunikasi mungkin masih sedikit lambat lagi, kata Kementerian Komunikasi. Syarikat telekomunikasi, Digital Nasional Berhad, serta SKMM dijangka akan dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang memuaskan semua pihak mejelang Jun 2022 kelak. Mat Pis dan Yem mengupas isu ini.
CEO Syarikat Vaksin Dapat Gaji RM100Juta Ke Atas 10.04.2022 35:36
Laporan menunjukkan bahawa ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat vaksin, seperti Pfizer, Moderna, dan Johnson & Johnson mendapat gaji melebihi RM100 juta ke atas setiap seorang. Adakah ini adil dan mampukah ini membantu bukan sahaja industri pemvaksinan, atau adakah ini tindakan tamak sebuah industri yang mengambil peluang terhadap pasaran? Mat Pis dan Yem bincang.
Elon Musk Pemegang Saham Terbesar Twitter, MySejahtera Terus Dibelenggu Masalah 06.04.2022 39:42
Elon Musk telah menjadi pemegang saham terbesar di Twitter. Susulan itu, beliau dilantik menjadi lembaga pengarah syarikat itu. Sementara lagi, MySejahtera masih dibelenggu masalah kronik apabila pemegang saham aplikasi itu saman beberapa lembaga pengarahnya untuk keluar dari syarikat itu. Teman Amanz mengkaji inisiatif MOSTI untuk bantu cipta 5 syarikat pemula menjadi unicorn.
Gaji Minima Bukan Yang Dimimpikan Semua Pihak 26.03.2022 38:30
Kerajaan akan mengenakan gaji minima RM1,500 dalam jangka masa terdekat ini. Beberapa pertubuhan syarikat telah memprotes tindakan ini, manakala beberapa pakar ekonomi mengulas RM1,500 ini masih tidak cukup untuk sara kehidupan harian di bandar. Apakah nasib pekerja setelah dasar ini akan dijadikan undang-undang? Mat Pis dan Yem mengulas. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin mem...
Apa Lagi Pasal 5G SWN Ini? 24.03.2022 42:18
Pelan 5G kini dikongsi dengan MNO dan DNB. Tetapi beberapa penganalisis telahpun memberi pandangan bahawa ini tidak mampu selesaikan masalah Risiko Provider sekiranya satu-satunya rangkaian 5G ini ditawarkan oleh satu pemberi sahaja. Mat Pis dan Yem cuba mengupas isu 5G ini yang semakin hari semakin gering topiknya. Sementara itu, KWSP tawarkan pengeluaran buat kali keempat. Apakah implikasinya ke...
TNB Dan PLUS Buat Pengecas EV Di Lebuhraya Utara-Selatan 17.03.2022 38:28
Tenaga Nasional Berhad dan PLUS telah mengumumkan pelan untuk meletakkan beberapa pengecas untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan dalam jangka masa terdekat ini. Selain itu, Facebook akan diharamkan di Rusia, sebuah negara yang sekian lama telah menggunakan platform itu untuk menyebarkan berita nyahpalsu. Teman Amanz kali ini membuka topik Tik Tok Shop dan implikasinya te...
PRN Johor Selesai? 5G DNB, Fasa Endemik Diumum 16.03.2022 49:59
Pilihanraya Johor telah selesai, namun terdapat ketidakstabilan yang terus berlaku di negeri Darul Makmur itu. Selain itu, isu 5G semakin hangat dan bagaimana DNB serta MNO yang lain akan cuba menyelesaikan permasalahan ini? Mat Pis dan Yem bincang. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua aca...
CNN+ Bakal Ke Udara Tidak Lama Lagi 09.03.2022 36:19
CNN+, perkhidmatan penstriman berbayar dari CNN bakal ke udara tidak lama lagi. Mat Pis dan Yem cuba mengolah implikasi perkhidmatan ini kepada dunia penstriman. Sementara itu, Temasek teruskan melabur dalam industri tekhijau. Teman Amanz pula cuba menanyakan tentang CIMB dan pelanggan mereka untuk saman bank itu akibat CIMB Clicks. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan...
Saham Grab Terus Menjunam, Sementara Semikonduktor Terus Tersekat 08.03.2022 42:08
Saham Grab menjunam sehingga di bawah paras 37% di atas kerugian yang semakin bertambah. Sementara itu, sektor semikonduktor terus menghadapi kesukaran yang ketara akibat peperangan Rusia-Ukraine. Mat Pis dan Yem menghuraikan impak ini kepada sektor teknologi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau...
Rusia Gunakan Crypto Untuk Atasi Sekatan Ekonomi, DuckDuckGo Pilihan Penyokong Rusia 02.03.2022 39:23
Rusia sedang dikenakan tindakan sekatan ekonomi yang ketara oleh barat akibat tindakan mereka mencerobohi Ukraine. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana negara itu sedang menggunakan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum untuk atasi kekangan sekatan ekonomi ini. Selain itu, mereka bincang bagaimana DuckDuckGo menggantikan Google sebagai enjin pencari bagi mereka yang menyokong tindakan Rusia. T...
Kenapa Putin Mahukan Ukraine Dan Bagaimana Ini Impak Malaysia 28.02.2022 38:15
Presiden Rusia telah mengarahkan tentera negaranya untuk memasuki Ukraine. Pergolakan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan tentang apakah sebab utama Rusia inginkan Ukraine. Mat Pis dan Yem menjawab persoalan ini, dan menerangkan bagaimana ia akan memberi impak kepada Malaysia dan dunia teknologi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitch...
DAZN Meraih Dana USD 4 Bil. Meta Hilang Kedudukan Tempat 10 Syarikat Terbesar Di Dunia 24.02.2022 42:35
Perkhidmatan penstriman lansung sukan DAZN, mencuba untuk selamatkan firmanya dengan mengumpul dana modal. Mat Pis dan Yem cuba mencari jawapan terhadap isu pokok sebenar mengapa perkhidmatan penstriman lansung sukan seperti DAZN sangat sukar untuk terus berkhidmat. Teman Amanz persoal mengapa Meta terus hilang posisi modal pasaran dunia. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin mem...
MNO Cadang Tubuh Satu Lagi Rangkaian 5G 22.02.2022 46:00
Celcom, Maxis, uMobile dan Digi telah bentangkan cadangan untuk tubuhkan sebuah lagi rangkaian 5G, yang akan berjalan serentak dengan rangkaian 5G yang dikendalikan oleh DNB. Sekaligus menubuhkan Dual Wholesale Network. Mat Pis dan Yem terangkan implikasinya terhadap impak kepada pengguna, dan juga negara. Teman Amanz kaji persoalan terhadap usul yang dibawa oleh YB Ong Kian Ming kepada DNB. Podca...
Binance Beli Forbes, Tutup Mulut Media Atau Luaskan Pengaruh? 19.02.2022 39:18
Pusat Dagangan Kripto (Digital Asset Exchange) terbesar di dunia, Binance, dilaporkan akan membeli akhbar perniagaan terkemuka Amerika Syarikat - Forbes. Adakah ini langkah untuk menutup mulut estet keempat, atau meluaskan pengaruh Binance ke mata ahli perniagaan di sana? Mat Pis dan Yem huraikan bersama. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, a...
Malaysia Negara Paling Ketagih Telefon Di Dunia 17.02.2022 49:32
Digital Nasional Berhad, kini tidak lagi menyokong telefon pintar Samsung. Selain itu, sebuah laporan telah menunjukkan bahawa Malaysia ketagih telefon tertinggi di dunia. Adakah ini sesuatu yang buruk, ataupun ada hikmat disebaliknya? Mat Pis dan Yem berbincang. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvens...
Perodua Ingin Bina Kenderaan Elektrik (EV) Termurah Di Pasaran 10.02.2022 36:38
Perodua kini sedang dalam proses kajian, dan pembangunan berkenaan kenderaan elektrik. Perodua mengatakan mereka bukan sekadar ingin membangunkan kereta elektrik seperti yang lain, tetapi juga akan memastikan kereta elektrik keluaran mereka adalah pada harga mampu milik. Mat Pis dan Yem bincang mengapa ini akan menggemparkan pasaran tempatan. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin...
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.