Agenda AWANI
Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Agenda AWANI: Perang Palestin-Israel, dunia wajib peduli 09.10.2023 27:28
Masyarakat dunia digesa ambil tanggungjawab untuk menghentikan perang Palestin-Israel dan keganasan yang berlaku demi elak lebih banyak nyawa terkorban. Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Permohonan pekerja asing tiga subsektor, wajar? 05.10.2023 25:27
Sejauh mana kewajaran dan implikasi permohonan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan yang dibuka 10 Okober ini? Sejauh mana kewajaran dan implikasi permohonan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan yang dibuka 10 Okober ini? Bersama Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif UKM (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Agenda AWANI: SABDA: Hab logistik dan pertanian pintar Selangor 04.10.2023 26:01
Apa perkembangan terkini Projek Sabak Bernam Development Area (SABDA) atau Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (salah satu projek di bawah Rancangan Selangor Pertama atau RS-1) yang dilancarkan pada Jun lalu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Cerita Malaysia di pentas dunia 04.10.2023 25:29
Apa sebenarnya misi dan strategi Malaysia dalam mengukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosi dasar luar negara ketika dunia berdepan dengan pelbagai cabaran? Temu bual khas bersama Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 8.30 malam ini.
Agenda AWANI: KMF 2023: Mencari titik tengah antara pembangunan dan warisan 03.10.2023 25:23
Bagaimana mencapai keseimbangan di antara pembangunan pesat dan moden serta pemuliharaan tapak warisan? #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di @501Awani
Agenda AWANI: Isu Beras: Langkah intervensi membantu 03.10.2023 25:31
Sejauh mana langkah-langkah intervensi tambahan yang diumumkan kerajaan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara ini mampu menstabilkan semula keadaan bekalan beras di negara ini? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: KMF 2023: Reflections on the development bargain 02.10.2023 26:03
Malaysia's development bargain; can it be renewed and enhanced? Catch the interview with Prof Stefan Dercon from Blavatnik School of Government and the Economics Department, University of Oxford at 9pm tonight on @501Awani
Agenda AWANI: KSP RMKe-12: Cerita hala tuju ekonomi negara 02.10.2023 26:58
Bagaimana kerajaan dapat mengimbangi pelaksanaan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dengan tekanan kos dan tahap fiskal negara? Bagaimana keutamaan projek dapat dilaksanakan sekali gus beri kesejahteraan kepada rakyat? Temu bual khas bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli 8.30 malam.
Agenda AWANI: KSP RMke-12: Pengukuhan infrastruktur & jaringan pengangkutan negara 27.09.2023 26:51
Kerajaan beri penekanan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan melalui Anjakan utama Pengukuhan Jaringan Pengangkutan Awam, seperti mana dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas baru-baru ini. Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Malaysia perkukuhkan institusi legislatif serantau 27.09.2023 27:56
Sejauh mana komitmen untuk memperkukuhkan peranan institusi legislatif bukan sahaja di peringkat Malaysia tetapi merentasi sempadan antarabangsa? Temu bual khas bersama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul 8.30 malam ini.
Agenda AWANI: Belanjawan 2024: Ada apa untuk sektor pendidikan? 26.09.2023 29:17
Antara fokus utama peruntukan 2023 untuk Kementerian Pendidikan ialah penyediaan kerja naik taraf dan penyelenggaraan sekolah daif, pembinaan sekolah baharu dan penambahan peruntukan untuk program RMT. Menjelang Belanjawan 2024, apa pula yang diperlukan dalam sektor pendidikan? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Waspada penyakit X, siap siaga sekarang 26.09.2023 24:35
Apa yang perlu kita tahu mengenai Penyakit X? Ambil iktibar pandemik COVID-19, apa yang perlu dilakukan untuk pastikan sistem kesihatan negara bersedia menghadapi sebarang ancaman kesihatan awam baharu? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Inovathon: Cerita ekonomi dan inovasi 25.09.2023 40:57
Apa cabaran membudayakan inovasi dan bagaimana mengubah masyarakat daripada jadi pengguna kepada pencipta? Ekonomi berasaskan inovasi, apa aspek pengkomersialan yang perlu diberi keutamaan?
Agenda AWANI: Harga Naik: Giliran beras pula… 25.09.2023 27:05
Isu kekurangan bekalan beras hingga menyebabkan kenaikan harga beras putih import sudah dijangka? Apa penyelesaian yang sepatutnya diambil segera supaya keadaan tidak memudaratkan? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Aspirasi pembangunan penjaja, peniaga kecil: Apa ‘Plan’? 20.09.2023 34:23
Apa pelan strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyokong pertumbuhan serta pembangunan komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: UNGA 78: Apa fokus kita? 20.09.2023 25:53
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 78) di New York, Amerika Syarikat. Sejauh mana ini peluang untuk Malaysia mengetengahkan isu-isu yang penting kepada negara di platform pelbagai hala terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Diskusi 8.30 malam.
Pantau Agenda Reformasi: Penampilan pertama PM di pentas UNGA 20.09.2023 25:35
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penampilan kali pertama di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA). Ikuti kupasan lanjut bersama Prof Madya di Institut Antarabangsa Islam dan Tamadun, UIAM, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
Agenda AWANI: Bukan sekadar CPR, bantuan kecemasan 19.09.2023 27:51
75 tahun sejak penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia, peranan BSMM mendepani krisis serta memberi respon terhadap tragedi tidak dapat dipertikaikan. Namun, bagaimana keberadaaan BSMM di Malaysia serta di arena global dapat menjadi lebih signifikan? #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
Agenda AWANI: Penjelasan isu DNAA di Dewan Rakyat 19.09.2023 27:55
Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) mengundang ‘kekecohan’ sehingga Ahli Parlimen Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat. Namun, adakah penjelasan mengenai bidang kuasa dan budi bicara Peguam Negara dapat difahami dengan baik? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Libya merintih... 18.09.2023 23:43
Apa bantuan kecemasan dan keperluan mendesak bagi mangsa bencana banjir di Derna, Libya? Koordinasi dan penyelarasan bantuan daripada pihak dalam dan luar negara, bagaimana ia dilakukan? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Lawatan PM ke China: Apa kita dapat? 18.09.2023 21:44
Sejauh mana impak lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada Ahad dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan mempertingkat perdagangan dan pelaburan antara Malaysia-China? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI:Smart Technology | The Future of Artificial Intelligence 13.09.2023 24:46
Both private and public sector businesses that operate across several industries have utilized smart technology. Specifically, AI technology has been of interest as its flexibility to address a diverse set of challenges while also optimizing the operations. #AgendaAWANI 9pm tonight on @501Awani
Agenda AWANI: Maghribi menangis… 13.09.2023 24:04
Apa cabaran bagi misi bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Maghribi minggu lalu, ketika jumlah mangsa bencana direkodkan terus meningkat? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Hari Malaysia 2023 | Memaknai "Segulai Sejelai" 12.09.2023 22:55
Apa pengisian dan tumpuan menjelang Sambutan Hari Malaysia 2023 yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching Sarawak pada 16 September 2023 ini?
Agenda AWANI: Tumpu pelaksanaan RMKe-12 12.09.2023 27:53
Bagaimana boleh pastikan pemantauan terhadap pelaksanaan projek RMKe-12 dapat dilakukan, sekali gus dapat beri manfaat kepada rakyat?
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.