Agenda AWANI
Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Agenda AWANI: Labuan rangka strategi hidup bersama COVID-19 21.07.2021 27:51
Lebih 90 peratus populasi dewasa di Labuan telah menerima vaksin selain mencatat penurunan kes positif #COVID19 yang ketara. Bagaimana negeri lain boleh mencontohi langkah strategik wilayah itu? Temu bual Essan Yahya bersama Rithuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Mengurus kesihatan mental pelajar IPT 20.07.2021 27:44
Ikuti temu bual bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr. Hafiz Zakariya dalam membincangkan mengenai isu realiti dan cabaran mengurus kesihatan mental pelajar IPT dalam #AgendaAwani
Agenda AWANI: "Berkorban" ketika Aidiladha 20.07.2021 27:44
Korban membawa maksud yang cukup luas, bagaimana memaknakan erti pengorbanan pada hari yang mulia ini apatah lagi ketika dunia masih bergelut dengan pandemik? Temu bual Essan Yahya bersama Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. mohd Asri Zainul Abidin dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Cabaran pengurusan program Matrikulasi 2.0 KPM 19.07.2021 27:19
Semester 1 program Matrikulasi akan bermula 28 Julai hingga 16 Disember 2021 menyaksikan PdP akan dilaksanakan secara dalam talian. Sejauh mana siap siaga pengurusan Kolej Matrikulasi dan bagaimanakah kaedah pembelajaran seperti kuliah, tutoran dan amali akan dilaksanakan kali ini? Diskusinya dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Sambutan sederhana, elak kluster Aidiladha 19.07.2021 27:04
Sambutan AidilAdha dalam suasana sederhana buat tahun kedua akibat #COVID19. Kita digesa memainkan peranan masing-masing agar tidak wujud kluster perayaan. Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Koordinasi bersepadu putuskan rantaian jangkitan 16.07.2021 25:42
Koordinasi yang bersepadu penting dalam pelaksanaan strategi sekaligus memutuskan rantaian jangkitan #COVID19. Diskusi @nazri.kahar bersama Prof Madya Dr Rosnah Sutan dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Hidup bersama COVID-19 | Siap siaga pengurusan hospital 16.07.2021 27:22
Seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, sejauh mana pendekatan berbeza perlu diambil dan apa pelan tindakan khususnya dalam pengurusan hospital dalam keadaan siap siaga kemungkinan hidup bersama COVID-19 pada masa akan datang? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Mengurus Peningkatan Kes di Selangor 14.07.2021 27:35
Kes baharu #COVID19 melonjak, bagaimana kerajaan negeri Selangor mengurus angka peningkatan tersebut? Temu bual @dzulfitri bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri @AmirudinShari dalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Waspada Varian Delta Mengganas 14.07.2021 22:07
Penularan jangkitan varian Delta dipercayai menjadi punca lonjakan kes #COVID19 di negara kita. Apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan? Diskusi @nazri.kahar bersama Dr Helmy Haja Mydin dalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Ancaman varian baharu COVID-19 & keberkesanan vaksin 13.07.2021 24:45
Lonjakan kes positif COVID-19 di seluruh dunia akibat varian baharu mencetuskan kebimbangan orang ramai berkenaan sejauh mana keberkesanan vaksin terhadap jangkitan itu. Ikuti temu bual bersama Rakan Kerjasama Teknologi Pharmaniaga Berhad, Pengarah Kanan, Pengurusan Pengawalseliaan Luar Negara Sinovac Biotech Co. Limited, Weining Meng dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Agenda AWANI: Kes Semakin Tinggi | Ringankan beban hospital 13.07.2021 25:39
11,079 jangkitan baharu #COVID19 dilaporkan hari ini sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu. Bagaimana beban hospital dapat diringankan? Diskusi @nazri.kahar bersama Dr S. Malar Santhi dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .
Agenda AWANI: Forum HLPF & matlamat pembangunan mampan 12.07.2021 24:58
Forum Politik Peringkat Tinggi serta indikator untuk mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG). Diskusi Nazri Kahar bersama Prof Datuk Dr Denison Jayasooria Ketua Sekretariat APPGM SDG Dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Lima negeri Fasa 2 PPN: Buka Sekolah Perkasa PdPR 12.07.2021 24:58
Sekolah di negeri-negeri Fasa 2 PPN bakal dibuka selepas cuti pertengahan penggal dan apa lagi cara menambah baik serta memperkasa PdPR? Diskusi Nazri Kahar bersama Dr. Anuar Ahmad dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Inisiatif penjanaan semula Felda 09.07.2021 27:26
Saksikan temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam membincangkan inisiatif penjanaan semula Felda dalam Agenda Awani 9 malam.
Agenda AWANI: COVID-19 | Situasi kritikal perlu pendekatan radikal 09.07.2021 24:32
Ujian saringan bersasar membolehkan mereka yang dijangkiti diisolasi segera sekaligus memutuskan rantaian jangkitan, turut menyumbang kepada peningkatan kes harian. Diskusi Nazri Kahar bersama Dr Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi & Pakar Mikrobilogi Perubatan HTCM dalam Agenda AWANI.
Agenda AWANI: Kestabilan Politik Menuju Endemik 07.07.2021 28:50
Sejauh mana pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar dalam melancarkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional khususnya dalam Fasa Pemulihan Negara.
Agenda AWANI: kitajaga.co - Platform Digital Bantu Rakyat 07.07.2021 29:10
Platform kitajaga.co dilancarkan sebagai memudahkan cara penyaluran bantuan kepada kepada individu yang mohon untuk bantuan dan berhasrat untuk menghulurkan bantuan. Temu bual bersama Pengasas Terato Tech Reza Razali, 9 malam ini dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Urus situasi kritikal PKPD di WP Kuala Lumpur & Putrajaya 06.07.2021 26:38
Apa situasi terkini dan pengurusan kesihatan awam di kawasan PKPD Wilayah Persekutuan? Temu bual @nazri.kahar bersama Dr Rosvinder Singh, Ketua Cawangan Survelan Negeri dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Urus situasi kritikal PKPD di Selangor 06.07.2021 26:13
Bagaimana menguruskan situasi kritikal PKPD di beberapa daerah di negeri Selangor? Temu bual @nazri.kahar bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Endemik | Hidup bersama COVID-19 05.07.2021 23:46
Epidemik, pandemik, endemik? Apa perbezaan ketiga-tiga terma ini? Bersediakah Malaysia menuju ke arah endemik? Diskusi Nazri Kahar bersama Prof Datuk Dr Syed Mohamad Aljunid Syed Junid, Pakar Kesihatan Awam (Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan).
Agenda AWANI: Inisiatif jana pekerjaan ke arah pemulihan negara 05.07.2021 26:25
Ikuti temu bual bersama Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood yang berkongsi tentang inisiatif yang diambil HRD Corp dalam menjana sektor pekerjaan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk B40, lepasan graduan, penganggur dan individu dibuang kerja, sejajar dengan perkembangan semasa bergerak ke arah pemulihan negara.
Agenda AWANI Asia: Ancaman varian baharu COVID-19 & Perkembangan imunisasi serantau 03.07.2021 27:36
Varian COVID-19 Delta yang pertama kali dikesan di India disifatkan sebagai varian paling mudah menular dan telah merebak di lebih 85 buah negara. Apa strategi paling berkesan untuk memastikan varian Delta ini dapat dikawal dan tidak merencatkan perkembangan program imunisasi di seluruh dunia dalam usaha menuju imuniti kelompok? Diskusinya dalam #AgendaAWANIAsia
Agenda AWANI: Keputusan Peperiksaan STPM 2020 02.07.2021 27:02
STPM - sijil ‘jenama’ Malaysia di mana kualiti pendidikannya diiktiraf dunia. Dari segi pencapaian secara keseluruhannya, pencapaian calon 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon 2019. Ikuti analisis keputusan STPM 2020 bersama @nazri.kahar dan Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Datuk Mohd Kassim dalam #AgendaAWANI 9 malam ini.
Agenda AWANI: PEMULIH | Bantu Rakyat, Lindungi Pekerja 02.07.2021 25:40
Kerajaan telah melaksanakan lapan program bantuan dan pakej rangsangan termasuk terbaharu PEMULIH yang antara lain beri tumpuan dalam membantu rakyat dan melindungi sektor pekerjaan yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19. Sejauh mana boleh dipastikan golongan pekerja terutama sektor tidak formal tidak menjadi ‘titik buta’ dalam pemberian bantuan? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: PEMULIH: Rakyat lega, pantau pelaksanaan 29.06.2021 23:01
Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) memberi sedikit kelegaan kepada rakyat dan pelaksanaan yang teratur mampu memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukan.
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.