Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: Prestasi 100 hari Kementerian Pengangkutan 10.12.2021

Aspirasi Keluarga Malaysia menyaksikan kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan pencapaian dalam 100 hari adalah memberangsangkan. Namun, sejauh mana pentingnya nilai KPI itu kepada rakyat? Adakah keresahan rakyat dapat diselesaikan? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Perangi rasuah, bersihkan imej negara 08.12.2021

Bersihkan imej negara! Temu bual Essan Yahya bersama Datuk Seri Akhbar Satar sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2021 dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Tumpu politik pembangunan demi rakyat 08.12.2021

Sejauh mana pentingnya amalan politik pembangunan ke arah percepatkan proses pembangunan luar bandar di Sarawak?  Diskusinya dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Kesinambungan Fokus | Kerangka Dasar Luar Baharu 07.12.2021

Sejauh mana Kerangka Dasar Luar Baharu dapat mencerminkan usaha berterusan Kerajaan menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang, khususnya yang disebabkan oleh pandemik COVID-19? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: PRN Sarawak | Strategi parti politik pikat hati pengundi 06.12.2021

Perang PRN Sarawak bermula, apa strategi parti politik yang bertanding untuk menambat hati pengundi di Bumi Kenyalang? Selain tumpuan kepada calon parti penyandang dan calon popular, apa kelebihan dan peluang untuk calon bebas? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: US-Malaysia Exchange Programmes | Strengthening Young Leadership 04.12.2021

The US government offers a variety of cultural and educational exchange programmes for youth such as the Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) and Fullbright pogramme to help build future leaders in ASEAN.

Agenda AWANI: PRN Sarawak | Harmonikan perpaduan demi pembangunan rakyat 03.12.2021

Sejauh mana pentingnya perpaduan sedia ada dan keunikan kepelbagaian etnik di Sarawak perlu diperkukuhkan demi memastikan pembangunan demi rakyat dapat dilaksanakan seperti yang dirancang? Ikuti temu bual bersama Bekas ADUN Jemoreng, Datuk Juanda Jaya.

Agenda AWANI: Penyelesaian digital pacu transformasi perkhidmatan awam 03.12.2021

MyHackathon 2020 merupakan sebuah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara di bawah MOSTI dan agensinya Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle). Ikuti temu bual bersama Rafiza Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle yang berkongsi peranan program dan idea pemenang dalam  membantu proses pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.

Agenda AWANI: Inisiatif perkukuh sistem kesihatan negara 01.12.2021

ProtectHealth menerusi beberapa inisiatif dilihat mampu memperkasakan sistem kesihatan negara antaranya PEKA B40, yang merangkumi manfaat terhadap golongan B40 dari sudut bantuan kewangan untuk menampung rawatan kesihatan.  Temu bual Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam #AgendaAWANI  #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Akhiri ketaksamaan, akhiri AIDS, akhiri pandemik 01.12.2021

Epidemik AIDS telah memasuki usia 4 dekad, namun jurang ketaksamaan atau ‘inequalities’ telah memberi impak negatif dalam usaha untuk mengakhiri AIDS.  Ketika dunia masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, sejauh mana cabaran untuk pastikan peluang kepada Orang Yang Hidup dengan HIV (PLHIV) dapat menjalani kehidupan normal? Diskusinya dalam #AgendaAWANI

Agenda AWANI: Realiti Ekonomi Baharu I Kaya terus kaya, miskin terus miskin? 30.11.2021

Sudah cukupkah penambahbaikkan dilakukan untuk merapatkan jurang ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan masyarakat?  Adakah sektor swasta mahupun GLC tidak berlaku adil dalam soal perbezaan tangga gaji?

Agenda AWANI: Varian Omicron I Tingkatkan intervensi kesihatan Awam 30.11.2021

Sejauh mana tahap kapasiti kesihatan awam negara sudah bersedia berdepan dengan ancaman varian Omicron?  Peralihan kepada fasa endemik ditangguhkan, adakah Omicron akan menjejaskan segala perancangan yang diaturkan oleh kerajaan sebelum ini?

Agenda AWANI: #RasuahBusters | Hapus rasuah, elak negara rugi trilion ringgit 29.11.2021

Masih tidak cukupkah kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai perjuangan hapus rasuah? Sejauh mana impak jenayah rasuah terhadap ketidakadilan terhadap masyarakat dan negara?

Agenda AWANI: Kaya terus kaya, miskin terus miskin? 29.11.2021

Isu jurang pendapatan dalam masyarakat semakin melebar apatah lagi akibat pandemik COVID-19. Gaji yang rendah manakala hutang isi rumah yang tinggi jadi persoalan sampai bila masalah ketidaksamaan pendapatan harus berpanjangan.

Agenda AWANI: Dos penggalak jadi perisai 28.11.2021

Sejauh mana keberkesanan vaksin #COVID19 yang diterima oleh orang ramai, terutamanya dalam tempoh selepas divaksin? Penjelasan mengenai dos penggalak, bagaimanakah tahap keselamatan dan keberkesanannya dan mampukah ia beri kehidupan rakyat yang lebih selesa? Saksikan #AgendaAWANI, 8.30 malam ini bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal NIH KKM , Dr K...

Agenda AWANI: Tumpu pembangunan Asnaf bangkit semula 26.11.2021

Lembaga Zakat Selangor antara institusi zakat yang kehadapan menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada golongan terjejas terutamanya golongan B40 dan asnaf.  Namun ketika negara sedang bergerak ke arah fasa pemulihan, apa perancangan LZS untuk bantu golongan ini supaya mampu bangkit semula? Diskusinya dalam Agenda AWANI

Agenda AWANI: Gesaan PRU15 disegerakan, apa reaksi anak muda? 24.11.2021

Gesaan PRU15 disegerakan, wajarkah atau ini keputusan yang terburu-buru? Diskusi @EssanYahya bersama dua wakil golongan belia, Diffan Sina Jasmi, Koordinator Program UndiNegaraku dan Mahirah Marzuki, Koordinator Program UndiSabah dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .

Agenda AWANI: Sarawak Memilih I Perketat SOP, siap siaga PRN Sarawak 24.11.2021

Akhirnya teka-teki terjawab mengenai bila tarikh PRN Sarawak akan berlangsung. Namun persoalan yang lebih besar sudah tentu mengenai pelaksanaan SOP pada PRN Sarawak kali ini dan jaminan kestabilan politik di negeri itu. Diskusi 8.30 malam #SarawakMemilih

Agenda AWANI: Integrasi teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 23.11.2021

Bagaimana Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti dihasilkan? Diskusi 9 malam. #AgendaAWANI #MalaysiaBangkit

Agenda AWANI: PRU 15 lebih awal? 23.11.2021

Dengan anggapan kejayaan Barisan Nasional capai majoriti 2/3 pada PRN Melaka sebagai ‘the perfect storm’, sejauh mana BN sudah bersedia jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat?  Temu bual bersama Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Agenda Awani 8.30 malam ini. #AgendaAWANI #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Sarawak Memilih I SOP kempen & Undi "Realistik" 23.11.2021

Ikuti temu bual bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, UNIMAS Dr. Helmy Hazmi berhubung apa pembaharuan dalam pelaksanaan SOP berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dalam Agenda Awani, 6.30 petang ini. #AWANInews #SarawakMemilih

Agenda AWANI: Wakaf manfaat berterusan untuk semua 22.11.2021

Wakaf ASNB mengorak langkah sebagai alternatif baharu pelaburan unit amanah dalam mengembangkan fungsi dan nilai tambah perkhidmatan ke arah pengurusan dana wakaf oleh institusi korporat yang mendapat pengiktirafan mutawalli. Ikuti diskusinya dalam Agenda Awani 9 malam.

Agenda AWANI: Rakyat dah meluat, sekat budaya ‘Lompat Si Katak, Lompat’ 22.11.2021

Sejauh mana pentingnya iltizam politik dalam melaksanakan enakmen anti lompat parti perlu disegerakan? Apa cara boleh pastikan wakil rakyat yang lompat parti boleh ‘dihukum’ oleh rakyat sendiri? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: PRN Sarawak I Politik pemulihan, KPI GPS 22.11.2021

PRN Sarawak dilihat sebagai platform terbaik untuk pemimpin politik dalam menterjemah janji kepada rakyat mengenai pentingnya kestabilan politik ketika negara sedang menjalani fasa pemulihan ketika ini. #SarawakMemilih

Agenda AWANI: PRN Melaka | Tawaran tambat hati pengundi? 19.11.2021

Ikuti temu bual Editor Nazri Kahar bersama calon parti politik yang bertanding pada PRN Melaka berkaitan apa tawaran baharu yang boleh dijanjikan kepada pengundi di negeri itu.

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.