Agenda AWANI
Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
Where to listen?
Podcasts in the app Replaio Radio Coming soonPodcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts
Episodes
Agenda AWANI: AEFI | Ambil tahu, jangan keliru 22.02.2022 26:26
Apa perlu kita fahami tentang kesan advers susulan imunisasi (AEFI) selepas pengambilan vaksin? Jika berlaku sebarang AEFI, apakah langkah yang patut diambil oleh penerima vaksin dan bagaimanakah cara untuk melaporkannya?
Agenda AWANI: PICKids | Lindungi kanak-kanak 21.02.2022 25:05
Sejauh mana kesan dan risiko Sindrom Keradangan Multisistem Pada Kanak-Kanak (MIS-C) kepada kanak-kanak yang tidak divaksin dan dijangkiti COVID-19?
Agenda AWANI: SOP fleksibel PRN Johor 21.02.2022 27:18
SOP PRN Johor menyaksikan beberapa kelonggaran aktiviti politik dibenarkan sepanjang PRN tersebut. Namun, bagaimana SOP kawalan wabak perlu diutamakan tanpa menjejaskan perjalanan sistem demokrasi menjelang 12 Mac depan itu?
Agenda AWANI: Suburkan Demokrasi Malaysia 18.02.2022 54:52
Pendidikan pilihan raya wajar diberi keutamaan bagi menyuburkan lagi amalan demokrasi negara. Bagaimanakah caranya dan di manakah permulaannya untuk mendidik rakyat tentang kepentingan pilihan raya ini?
Agenda AWANI: Isu gaji minimum 16.02.2022 22:49
Cadangan kenaikan gaji minimum RM1,500 dalam keadaan banyak perniagaan masih kekal rapuh dikhuatiri memberi kesan yang tidak diingini kepada ekonomi semasa? Diskusi @nazrikh dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Soalan lisan SPM cetus perbalahan 16.02.2022 27:35
Soalan lisan SPM cetus perbalahan di kalangan netizen apabila ‘perkahwinan idaman’ dikatakan menjadi salah satu topik pilihan. Reaksi Penganalisis Sosiobudaya dan Pakar Psikologi Kanak-kanak dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Ketahanan ekonomi Keluarga Malaysia 15.02.2022 31:17
Ikuti temu bual khas bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkongsi perkembangan semasa inisiatif kerajaan dalam usaha penciptaan pekerjaan dan juga sokongan kepada komuniti perniagaan. Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Memantapkan demokrasi Malaysia 15.02.2022 25:49
Diskusi mengenai RUU menghalang wakil rakyat daripada bertukar parti serta menetapkan had penggal bagi Perdana Menteri bersama Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Generasi Bebas Rokok 11.02.2022 24:38
Hasrat melahirkan generasi akan datang yang tidak lagi kenal apakah itu rokok dan produk berkaitannya. Diskusi Essan Yahya bersama Dr. Helmy Haja Mydin, Pakar Perubatan Respiratori, Hospital Pantai Kuala Lumpur dalam #AgendaAWANI #AWANInews #AgendaAWANI
Agenda AWANI: COVID-19: Jangkitan Semula 11.02.2022 25:42
Pernah dijangkiti? Bimbang ‘terkena’ #COVID19 sekali lagi? Diskusi Essan Yahya bersama Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Pakar Perunding Perubatan (Respiratori), Hospital Pakar KPJ Damansara yang juga Presiden MERCY Malaysia dalam #AgendaAWANI. #AWANInews #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Pengoperasian sekolah selamat 09.02.2022 26:36
Pengoperasian sekolah dan pendekatan terbaik dalam memastikan persekitaran yang selamat ketika negara mencatatkan peningkatan kes #COVID19. Diskusinya dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Anak muda, marilah mengundi 09.02.2022 26:54
SPR menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRN Johor, manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan. Adakah ia bakal menyaksikan calon muda ditampilkan dan ramai pengundi baharu khususnya anak muda keluar mengundi? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: Pengguna tenaga pintar 08.02.2022 26:45
Apa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan tenaga pintar di negara ini? Gaya hidup berasaskan tenaga pintar, apa manfaat untuk pengguna? Diskusinya dalam #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Omicron menyerang, kita boleh menang 08.02.2022 26:40
Malaysia bersedia hadapi lonjakan kes Omicron dan mampu mengekang penularannya. Diskusi @nazrikh bersama Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah, Pakar Epidemiologi (USM) dan juga Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Agenda AWANI: PRN Johor I BN sudah bersedia, tunggu SOP baharu 07.02.2022 27:14
Keselamatan rakyat perlu jadi keutamaan, PRN Johor diteruskan dalam suasana berbeza? Apa persediaan BN sementara menanti tarikh penting yang akan diumumkan SPR? Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Seri Dr Adham Baba.
Agenda AWANI: Omicron I Jangan sampai "Lockdown" lagi 07.02.2022 25:16
Bimbang kes Omicron mencanak? Langkah proaktif perlu untuk mengawal penularan. Diskusi Nazri Kahar bersama Dr. Dicky Budiman, Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Alam Sekitar, Griffith University.
Agenda AWANI: Israel negara apartheid 04.02.2022 24:35
Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Agenda AWANI: PRN Johor | Orang nak keluar undi ke? 04.02.2022 27:13
Bahang menjelang PRN Johor, sejauh mana pengundi berpartisipasi dalam proses demokrasi itu terutama pengundi luar dan pengundi baharu? Calon parti politik atau isu rakyat yang menjadi pertimbangan oleh pengundi?
Agenda AWANI: Buka sempadan, bersediakah kita? 02.02.2022 25:40
Apa indikator yang perlu digunakan untuk membolehkan pintu sempadan negara dibuka semula? Apa jaminan untuk mengimbangi keperluan kesihatan dan ekonomi? Adakah perlu sempadan dibuka secara berperingkat dengan SOP yang lebih ketat? Saksikan Agenda Awani malam ini.
Agenda AWANI: Buka sempadan, bersediakah kita? 02.02.2022 24:05
Apa indikator yang perlu digunakan untuk membolehkan pintu sempadan negara dibuka semula? Apa jaminan untuk mengimbangi keperluan kesihatan dan ekonomi? Adakah perlu sempadan dibuka secara berperingkat dengan SOP yang lebih ketat? Saksikan Agenda Awani malam ini.
Agenda AWANI: Vaksin Kanak-Kanak: Apa kata doktor? 01.02.2022 24:08
Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) akan dilaksanakan bermula 3 Februari ini. Diskusi @nazrikh bersama Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .
Agenda AWANI: Tahun Harimau: Pandai jual, pandai bisnes 01.02.2022 25:26
Benarkah budaya pandai berniaga hanya dipupuk dalam kaum atau kumpulan masyarakat tertentu? Temu bual @nazrikh bersama Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd yang juga Profesor Adjung di Taylor’s University dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com .
Agenda AWANI: PRN Johor | Biarlah rakyat yang pilih 31.01.2022 25:55
Menjelang PRN Johor. Ikuti temu bual bersama Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Agenda AWANI: Buka semula umrah, kemas kini SOP 31.01.2022 29:05
SOP baharu bagi ibadah umrah susulan kebenaran semula perjalanan ibadah itu bermula 8 Februari, adakah memudahkan urusan jemaah atau menambah beban?
Agenda AWANI: Anak cucuk vaksin, ibu bapa sudah bersedia? 28.01.2022 25:34
Vaksin kanak-kanak, ada yang masih ragu-ragu? Ikuti temu bual @nazrikh bersama Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Kanak-kanak dan juga Pengerusi Immunise4Life, mengenai perkara apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum bawa anak cucuk vaksin. #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com
Similar podcasts
Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.