Agenda AWANI

Agenda AWANI

News EN ↓ 1078 episodes

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.

Author

Agenda AWANI

Category

News

Podcast website

www.astroawani.com

Latest episode

Jan 24, 2024

Where to listen?

Podcasts in the app Replaio Radio Coming soon

Podcasts are coming to the app soon. Install now and be the first to see a whole new take on podcasts

Get it on Google Play Install for free Android 5M+ downloads · 4.8 rating iOS soon

Episodes

Agenda AWANI: Meredakan tekanan inflasi 30.08.2022

Inflasi Julai 2022 cecah 4.4 peratus, apa impaknya kepada pengguna dan bagaimana boleh menyesuaikan diri dengan realiti baharu ini?

Agenda AWANI: Tukar Peguam Negara, prinsip pengasingan kuasa 29.08.2022

Pengasingan kuasa dalam pemilihan Peguam Negara, meskipun pemilihan AG (memilih atau menukar) dibenarkan dari segi undang-undang tetapi bagaimana pula impaknya kepada moral politik dan persepsi rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Bawa dagangan dunia ke Malaysia 29.08.2022

Ikuti temu bual khas bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan prestasi perdagangan dan pelaburan negara yang dijangka kukuh meskipun  berdepan persekitaran ekonomi mencabar. Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: Hari Kebangsaan 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama 26.08.2022

Ikuti temu bual bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2022 Keluarga Malaysia Teguh Bersama. 

Agenda AWANI: Akta Pembiayaan Dana Politik 26.08.2022

Kenapa perlu desakan segera dibentang Akta Pembiayaan Dana Politik dan perlu disokong oleh semua parti politik? Melalui akta yang sama, mampukah aktiviti rasuah membabitkan pemimpin politik dapat dikurangkan? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI Khas: Merdeka Kuartet: Menyantuni Aspirasi Keluarga Malaysia 24.08.2022

Perpaduan dalam Keluarga Malaysia menjadi teras utama kepada kelangsungan negara yang aman, makmur dan harmoni. Namun dengan realiti era baharu, sejauh mana ia beri cabaran untuk mengekalkan toleransi hidup damai bersama? Ikuti temu bual bersama ‘Merdeka Kuartet’ dalam Agenda Awani Khas 8.30 malam ini.

Agenda AWANI: Kes SRC | Najib didapati bersalah 23.08.2022

Diskusi bersama Dr. Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Agenda AWANI: Kes SRC Najib didapati bersalah 23.08.2022

Kes SRC Najib didapati bersalah

Agenda AWANI: Kebebasan Institusi Kehakiman 22.08.2022

Mengapa rakyat perlu yakin terhadap ketelusan institusi kehakiman dalam menjalankan fungsinya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan? Tuduhan dan persepsi terhadap sistem kehakiman, adakah berasas? Diskusi 8.30 malam.

Agenda AWANI: Pengurusan Keselamatan Negara 19.08.2022

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 adalah pelengkap kepada pembangunan negara yang komprehensif dan strategik bagi mendepani isu dan cabaran baharu ancaman kepada keselamatan negara. Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Pengurusan Keselamatan Negara 19.08.2022

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 adalah pelengkap kepada pembangunan negara yang komprehensif dan strategik bagi mendepani isu dan cabaran baharu ancaman kepada keselamatan negara. Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Refleksi setahun Keluarga Malaysia 19.08.2022

21 Ogos ini, genap setahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkonsepkan #KeluargaMalaysia. Apa impak agenda reformasi yang dibawakan dalam mengubah landskap politik negara?

Agenda AWANI: Transformasi Pendidikan: Lonjakan potensi murid 17.08.2022

Ikuti temu bual khas bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkaitan tumpuan KPM kini sedang giat melaksanakan pelbagai aktiviti dalam program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan yang bermula pada 1 Ogos 2022.

Agenda AWANI: Kertas Putih | Reformasi sistem kesihatan 16.08.2022

Adakah sistem kesihatan di negara ini bersifat lebih berdaya tahan dalam mendepani ancaman kesihatan dan cabaran baharu pada masa akan datang? Ke arah status negara tua 2030, adakah kita sudah bersedia? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Diplomasi Bilateral | Setahun pentadbiran Taliban 16.08.2022

Setahun pentadbiran Taliban, apa peranan Malaysia dalam menjalin hubungan dengan Afghanistan bagi membantu mereka mewujudkan sebuah negara yang memberikan hak asasi kepada semua rakyat termasuk dari sudut amalan demokrasi dan hak wanita?

Agenda AWANI: RS-1 | Hala tuju pembangunan Selangor 15.08.2022

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 diluluskan sebagai panduan hala tuju pembangunan dasar negeri. Apakah KPI kerajaan negeri menjelang RS-1 ini dari segi peluang pekerjaan, pertumbuhan GDP dan seterusnya memberi impak kepada sosioekonomi setempat?

Agenda AWANI: Tambah baik skim pencen? 15.08.2022

Sejauh mana keperluan untuk melihat semula skim pencen sedia ada yang lebih terangkum dan apakah model yang boleh diguna pakai sebagai persediaan menuju negara menua?

Agenda AWANI: Hampir separuh rakyat ‘cukup makan’, apa solusi? 10.08.2022

Tinjauan Ipsos Global Inflation Monitor mendapati 45 peratus rakyat negara ini mengakui situasi kewangan mereka sekadar cukup makan disebabkan tekanan daripada inflasi dan kenaikan kadar faedah. Apa penyelesaiannya? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang 09.08.2022

Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews 

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik? 09.08.2022

Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Agenda AWANI: #ASEAN55 I Semangat kemanusia serantau 08.08.2022

Dengan tema ‘Bantuan Kemanusiaan Serantau’ sempena ulang tahun Hari ASEAN ke-55, sejauh mana cabaran sistem kemanusiaan untuk memenuhi permintaan dan jurang dalam misi bantuan kemanusiaan di rantau ini dapat ditambah baik? Diskusi 8.30 malam

Agenda AWANI: RUU Pendanaan Politik, nak tunggu sampai bila? 05.08.2022

Apa signifikannya desakan untuk segera bentang Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Dana Politik di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)?

Agenda AWANI: Satu pertiga pekerja mahu berhenti, kenapa? 05.08.2022

Satu pertiga pekerja rancang berhenti dalam tempoh 12 bulan akan datang (EY2022 Work Reimagined Survey). Apa impaknya terhadap produktiviti pasaran pekerjaan apatah lagi dengan unjuran ekonomi meleset tahun depan?

Agenda AWANI: Inovasi digital I Kekal momentum PMKS 03.08.2022

Pasca pandemik COVID-19, sejauh mana tahap literasi usahawan PMKS terhadap pentingnya adaptasi digital terhadap model perniagaan mereka? Apa lagi cabaran yang mengekang usahawan PMKS untuk bergerak ke arah digitalisasi? Diskusi 9 malam

Agenda AWANI: Tangani tekanan inflasi 02.08.2022

Apa langkah KPDNHEP dalam menangani tekanan inflasi? Bagaimana situasi bekalan dan kestabilan harga barangan keperluan? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Listen to the Agenda AWANI podcast in Replaio

Radio and podcasts in one app - free, with no sign-up. Install today and do not miss the launch

Get it on Google Play

Replaio is not a podcast publisher; show names, artwork and audio belong to their authors and are distributed through public RSS feeds.