Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
Μην παραλείψεις να επισκεφτείς τη σελίδα του podcast και να στηρίξεις τον δημιουργό: www.keluarsekejap.com
Δημιουργός
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Κατηγορία
Ιστοσελίδα του podcast
Τελευταίο επεισόδιο
17 Νοε 2026
Πού να ακούσεις;
Podcast στην εφαρμογή Replaio Radio Έρχεται σύντομαΤα podcast έρχονται σύντομα στην εφαρμογή. Εγκατάστησέ την τώρα και δες πρώτος μια εντελώς νέα προσέγγιση στα podcast
Επεισόδια
Syed Saddiq, Kem Bossku, Kongres DAP & KSP RMK 12 13.09.2023 57:51
Episod 49 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti penarikan sokongan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perpaduan, Pergelutan Dalaman UMNO dan Kehadiran Zahid Hamidi ke Kongres DAP yang mendapat sambutan hangat. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri...
Analisa PRK, Beras, Singapura Isu Pengubahan Wang, Permainan Geopolitik China 10.09.2023 1:21:13
Episod 48 Keluar Sekejap telah membincangkan isu semasa tentang Analisa PRK Pulai dan Simpang Jeram serta berkenaan kenaikan harga beras import. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa seperti Singapura dan Isu Pengubahan Wang serta Permainan Geopolitik China.
Zahid Hamidi Dilepas Tanpa Bebas, NIMP 2030, Peta China 2023 06.09.2023 1:12:40
Episod 47 Keluar Sekejap telah membincangkan isu panas iaitu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. KS turut membincangkan tentang “New Industrial Master Plan” (NIMP 2030) yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri,...
National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2, SKMM 'Abang Besar' & Jalan Ke Arah Kemerdekaan 31.08.2023 1:16:29
Episod kali ini dibawakan khas sempena Hari Kebangsaan dengan membincangkan beberapa topik seperti National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2 dan SKMM ‘Abang Besar’.KS juga membincangkan tentang Jalan Ke Arah Kemerdekaan bagi mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk sebarang pertanyaan, sila email keluarsekejap@gmail.com Subtitles by Hazwan
PRK, Pemakaian Baju Batik, Pilihan Raya Presiden Singapura, Kerajaan Thailand 27.08.2023 1:21:42
Walaupun kini di luar negara, Khairy dan Shahril tetap merakamkan episod baharu secara virtual untuk membincangkan beberapa topik menarik dalam dan luar negara seperti Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram dan Parlimen Pulai, logo DAP di mock cheque kerajaan dan kod pemakaian yang lebih mesra dengan iklim di Malaysia. KS turut menyentuh tentang beberapa isu luar negara seperti Pilihan Raya Presiden Sin...
FDI merudum, KDNK Suku Tahun Kedua, Isu Ambalat, Tema & Logo Hari Kebangsaan 21.08.2023 1:14:25
Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Suku Tahun Kedua, Foreign Direct Investment yang merudum, isu ambalat, pengislaman yang dibuat oleh PMX dan isu tema dan logo Hari Kebangsaan yang dipolitikkan.
Dilema PMX, Isu Komunikasi Kerajaan Perpaduan, Grand Amnesty & Representasi Wanita Dalam Politik 18.08.2023 1:13:05
Episod kali ini KS menyentuh tentang Dilema Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, isu komunikasi kerajaan, peluang PN dan banyak lagi isu semasa. https://fulcrum.sg/on-the-horns-of-anwars-twin-dilemmas/
PRN 2023: Post-Match Analysis 14.08.2023 2:01:09
Adakah pengundi memilih calon atau parti? Apa yang tersirat dalam kemenangan PH/BN di Negeri Sembilan? Dalam analisa PRN 2023, KS bersama tetamu khas Ong Kian Ming menyentuh tentang pelbagai topik menarik berkenaan PRN yang berlansung baru-baru ini. Antaranya adalah peratus keluar mengundi, kejutan dalam PRN, trend pengundi Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan, sil...
Mahathir atau Anwar, Siapa pengkhianat, Langkah Sheraton, Calon MB PN 08.08.2023 1:54:44
KS menerima kehadiran Datuk Seri Azmin Ali kali ini untuk menbincangkan tentang beberapa topik menarik seperti langkah Sheraton, antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, calon MB PN Selangor dan manifesto PN. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com
PJD Link, Geng Kartel, Perancangan Untuk Selangor, YAB Sanusi 07.08.2023 1:32:14
Episod khas KS menjelang PRN menampilkan Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari. Beliau menyentuh tentang isu PJD Link, perancangan untuk Selangor, langkah Sheraton, Azmin Ali dan juga Sanusi. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke keluarsekejap@gmail.com
Penamaan Calon PRN, Naratif Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) 29.07.2023 1:28:16
Khairy dan Shahril mengupas tentang calon-calon Pilihanraya Negeri yang diumumkan baru-baru ini. Selain itu, KS turut menyentuh sedikit sebanyak tentang naratif ekonomi Madani dan pelan hala tuju peralihan negara.
Cabaran di NRECC, Halatuju Industri Tenaga, Peluang di Pantai Timur & Selangor, Rafizi & PMX 25.07.2023 1:45:19
Episod KS kali ini menampilkan tetamu istimewa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dengan perbincangan yang padat dan penuh informasi tentang Gabungan PH-BN dalam PRN akan datang, cabaran di Pantai Timur dan Selangor, hubungan Rafizi dan PMX dan pelbagai is semasa yang lain.
MUDA Sebagai Third Force, Pelaburan Geely, Mana Zafrul Dalam PRN?, Good Vibes Festival 23.07.2023 1:42:57
Episod kali ini menampilkan dua tetamu istimewa dari parti MUDA - YB Syed Saddiq dan YB Amira Aisya yang membincangkan tentang MUDA sebagai third force dalam PRN akan datang. KS turut menyentuh tentang pelaburan Geely di Perak, isu melanda Good Vibes Festival dan situasi Tengku Zafrul dalam BN.
Pendakwaan YAB Sanusi, Hutang FELDA, Projek HSR diteruskan 19.07.2023 1:15:51
Sedikit kelainan dalam episod kali ini, KS menambah satu segmen “kecemasan” bagi membincangkan isu pendakwaan YAB Sanusi. Selain itu, KS turut mengupas isu-isu berkaitan dasar seperti: Hutang peneroka FELDA, Pengumuman PMX tentang kuota bumiputera di IPT, Progressive Wage Model dan keputusan kerajaan meneruskan projek HSR.
Ucapan Sanusi dan LGE, Zahid dan LGE, Komunikasi JKOM, Elon Musk dan Isu Serantau 15.07.2023 1:30:03
Apakah komen KJ dan SH tentang ucapan MB Kedah, Sanusi baru-baru ini? Adakah ia keterlaluan? KS turut menyentuh tentang ucapan Lim Guan Eng, komunikasi JKOM, mesyuarat PMX dengan Elon Musk dan isu serantau yang lain. Keluar Sekejap juga boleh ditonton di YouTube: https://youtube.com/@keluarsekejap
Agama dan Politik, Adik Abang dalam PN, Muafakat Nasional, Serata-rata 11.07.2023 1:32:07
Bersama tetamu khas kali ini, KS membincangkan halatuju dan ideologi parti berasaskan agama di Malaysia.
PRN tanpa calon MCA & MIC, TSMY jumpa Tun M, Kenyataan Tun M, Twitter vs Threads 07.07.2023 1:05:39
KS membincangkan tentang PRN yang akan datang tanpa calon dari MCA atau MIC, perjumpaan antara TS Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir baru-baru ini dan kenyataan Tun Mahathir tentang orang Melayu. Selain itu KS turut menyentuh tentang app terbaharu dari Meta, Threads iaitu pesaing Twitter. Rujukan : https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/2023-50-why-perikatan-nasional-may-w...
Tiong King Sing di KLIA, Kecerdasan Buatan (AI) - What’s next?, Rusuhan di Perancis 04.07.2023 1:03:41
Adakah wajar apa yang dilakukan Menteri Pelancongan Tiong King Sing di KLIA baru-baru ini? KS membincangkan isu ini dalam episod ini serta isu rusuhan di Perancis dan Artificial Intelligence ataupun AI.
PRN & Referendum, Kenyataan Tony Pua, MUDA, Fahmi Fadzil, Elaun On-call doktor, Situasi di Rusia 28.06.2023 1:12:41
Dalam episod kali ini Khairy dan Shahril mengupas tentang PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi, referendum rakyat, subsidi pukal kepada bersasar yang disebut Menteri Ekonomi, kenyataan Tony Pua dan banyak lagi isu tempatan serta luar negara.
Coldplay dan strategi pelancongan, Kes Hakim Nazlan, Bossku dan UMNO, Elaun pelajar pelatih 23.06.2023 42:19
Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Coldplay dan daya tarikan dari segi industri pelancongan negara, kes Hakim Nazlan, Bossku dan UMNO serta elaun pelajar pelatih (intern) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Gelombang Hijau, mesyuarat dengan PMX, jumpa TSMY, Gabenor Bank Negara baharu 21.06.2023 1:04:30
KS menyentuh tentang Gelombang Hijau atau Green Wave yang melanda negara, Gabenor Bank Negara baharu. Apa yang dibincangkan KJ semasa bertemu Tan Sri Muhiyiddin Yassin? Apakah pula peranan KJ dalam mesyuarat halatuju ekonomi bersama PMX baru-baru ini?
Ekonomi Madani, flip-flop keputusan dasar, Kertas Putih Kesihatan, Lawatan Presiden Jokowi 16.06.2023 1:09:28
KS membincangkan naratif Ekonomi kerajaan Madani, keputusan dasar yang berubah-ubah, Kertas Putih Kesihatan, lawatan Jokowi dan juga turut menyentuh tentang pelawak Singapura Jocelyn Chia yang diburu PDRM.
Rangkuman PAU 2023, Parti Baharu pecah undi Melayu, Kertas Putih Vaksin, Isu Pulau Pinang 13.06.2023 1:17:09
KS mengulas tentang PAU 2023 yang berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran PMX, Kertas Putih Vaksin COVID-19 yang menekankan tentang perolehan vaksin semasa pandemik, isu pertikaian Pulau Pinang, parti baharu yang boleh memecahkan undi orang Melayu, RUU produk merokok oleh Kementerian Kesihatan serta halatuju teknologi dan ekonomo hidrogen
KS di UIAM: Laporan Ketua Audit 2021, MVP, Latih murid bersih tandas, situasi politik Malaysia 09.06.2023 1:31:41
Episod 26 KS yang dirakam di UIAM membincangkan tentang situasi politik di Malaysia dan laporan ketua audit negara 2021.
[VIDEO] Jemputan ke PAU, UMNO kritik Rafizi, MENHAN Shangri-la Dialogue, Tan Sri Lim Kit Siang 05.06.2023 1:13:50
Perlukah parti-parti lain dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO? Apakah disebalik kritikan UMNO terhadap Menteri Ekonomi?
Το Replaio δεν είναι εκδότης podcast - τα ονόματα των εκπομπών, τα εξώφυλλα και ο ήχος ανήκουν στους δημιουργούς τους και διανέμονται μέσω δημόσιων ροών RSS