Kool 101
Kooliah 101
Sebuah eksplorasi hikmah-hikmah Al-Quran dan Hadis sebagai santapan rohani dalam Kooliah101.
Besuch unbedingt die Website des Podcasts und unterstütze die Macher: www.kool101.audio
Wo hören?
Podcasts in der App Replaio Radio Bald verfügbarPodcasts kommen bald in die App. Installiere sie jetzt und erlebe als Erster einen ganz neuen Blick auf Podcasts
Folgen
Bulan Kelahiran Rasulullah SAW | Kooliah 101 30.08.2025 14:39
Bulan Kelahiran Rasulullah SAW | Kooliah 101
Aus & Jabbar: Syair Perang Yang Menghanyutkan Iman | Kooliah 101 28.08.2025 11:10
Aus & Jabbar: Syair Perang Yang Menghanyutkan Iman | Kooliah 101
Abu Ayyub Pemulia Tetamu Agung | Kooliah 101 28.08.2025 13:57
Abu Ayyub Pemulia Tetamu Agung | Kooliah 101
Cinta Abu Talhah : Si Kaya Pemilik Harta, Si Pemurah Pemilik Jiwa | Kooliah 101 27.08.2025 16:13
Cinta Abu Talhah : Si Kaya Pemilik Harta, Si Pemurah Pemilik Jiwa | Kooliah 101
Runtuhnya Andalusia, Sebuah Tamadun Gemilang | Kooliah 101 25.08.2025 17:43
Runtuhnya Andalusia, Sebuah Tamadun Gemilang | Kooliah 101
Cara Hidup Tentukan Pengakhiran Hisab | Kooliah 101 25.08.2025 16:33
Cara Hidup Tentukan Pengakhiran Hisab | Kooliah 101
Darah Syahid Membasahi Al-Quran | Kooliah 101 25.08.2025 14:03
Darah Syahid Membasahi Al-Quran | Kooliah 101
7 Dosa Hati Menurut Imam al-Ghazali | Kooliah 101 22.08.2025 23:23
7 Dosa Hati Menurut Imam al-Ghazali | Kooliah 101
Sahabat Dijamin Syurga | Kooliah 101 25.09.2024 16:11
PU Rahmat kali ini bercerita tentang 10 sahabat yang dijamin syurga, dimulakan dengan Abu Bakar As-Siddiq. Kenapa beliau digelar "Sang Pembenar" dan apa pengorbanan yang dilakukan ketika hijrah bersama Rasulullah? Dengar juga kisah bagaimana Abu Bakar menjadi pengganti Rasulullah sebagai imam, serta keistimewaan sahabat-sahabat lain. Dengarkan perkongsian penuh di Kooliah 101.
Pesanan Hidup Murabbi | Kooliah 101 07.08.2024 15:25
Kali ini PU Rahmat bekalkan cerita dari Murabbi yang sangat cukup dengan pengajaran dan pembelajaran. Daripada cerita semut merah dan hitam, apa kaitan semut dan manusia? Cerita orang awam yang meminta nasihat yang ringkas tetapi berbekas, apa inti nasihat itu? Dengarkan perkongsian penuh untuk pesanan hidup yang bermakna di Kooliah 101.
Pelajaran Dari Jepun | Kooliah 101 07.08.2024 15:53
Seronoknya PU Rahmat menikmati negara matahari terbit, bumi Jepun. Beliau juga tidak pulang dengan tangan kosong, bahkan membawa ilmu terinspirasi dari negara itu. Bertuahnya mereka yang mendengar Kooliah 101 kali ini, boleh dengar PU Rahmat speaking Japan, bukan biasa-biasa ya. Apa kaitan Jepun dan Islam? Dengarkan Kooliah 101 bersama PU Rahmat.
Trivia Hijrah yang 'Rare' | Kooliah 101 11.07.2024 14:33
Hijrah bukan sekadar perubahan dan perpindahan tetapi terisi dengan pengorbanan dan keazaman yang tinggi untuk menjadi yang terbaik dalam hidup ini. Banyak trivia yang jarang didengar yang disampaikan oleh PU Rahmat untuk sama-sama kita membuka minda dalam membentuk insan yang terpuji akhlaknya di Kooliah 101.
Mukhtasar Juzuk 8 Al-Quran | Kooliah 101 25.05.2024 14:48
Intipati Juzuk 8 kali ini tentang Surah Al-A'raf dan Surah Al-An'am yang masing-masing mempunyai makna tersurat dan tersirat yang diperincikan. Tempat yang tinggi? Syurga dan neraka ada batasan? Jangan salah tafsir, mari dengar Kooliah 101 untuk pencerahan minda dan perluasan ilmu Al-Quran.
Ziarah Masjid | Kooliah 101 24.05.2024 16:00
Masjid Negara, masjid depan rumah, masjid Sendayan, semua masjid itu belum mampu memberi ketenangan setenang Masjid Nabawi di Madinah, dan banyak lagi masjid dan sejarahnya seperti Masjidil Aqsa yang akan diceritakan oleh PU Rahmat pada kali ini.
Kisah Haji | Kooliah 101 24.05.2024 15:00
Bulan Zulhijjah ini penuh dengan sirah dan kejadian yang menjadi tauladan untuk umat Islam, termasuklah ibadah haji. PU Rahmat kali ini berkongsi tentang kisah-kisah haji untuk pengajaran semua.
Mukhtasar Juzuk 7 Al-Quran | Kooliah 101 22.05.2024 14:21
Juzuk 7 Al-Quran mengandungi dua surah yang diturunkan di tempat yang berbeza, iaitu Surah Al-Maidah dan Surah Al-An'am yang membawa mesej yang berbeza juga. Dengarkan Kooliah 101 kali ini untuk pencerahan tentang makanan dari langit, maksiat menarik hati, kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhan dan banyak lagi perkongsian kandungan juzuk 7 Al-Quran.
5 Kisah Tauladan | Kooliah 101 21.05.2024 14:31
Al-Quran ini banyak kisah untuk umat Islam jadikan pedoman, tapi pengalaman hidup juga boleh jadi pengajaran. Kali ini PU Rahmat kongsikan tentang Luqman menyembelih kambing, kisah Ultraman Ribut?, Salman Al-Farisi yang amat kagum dengan Rasulullah SAW, dan kisah-kisah menarik lain.
Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Adlu, Akbar, Muhaimin | Kooliah 101 21.05.2024 15:28
Hanya dengan kalimah "Bismillah" yang selalu kita sebut itu, terselit Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dunia ini sememangnya tidak adil kerana keadilan yang sebenar akan Allah Maha Adil tunjukkan di mahsyar. Dengarkan penuh di Kooliah 101 untuk pencerahan edisi nama-nama Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Adlu, Akbar, Muhaimin kali ini.
Mukhtasar Juzuk 6 Al-Quran | Kooliah 101 07.05.2024 13:48
Ada apa dengan juzuk 6 di dalam Al-Quran ini? Juzuk 6 mengandungi Surah An-Nisa' dan Surah Al-Maidah tentang wudhuk, ada juga tentang munafik, golongan yang tidak disukai Allah dan kisah Habil Qabil. Dengarkan perkongsian penuh oleh PU Rahmat di Kooliah 101.
Menjadi Tetamu Allah | Kooliah 101 07.05.2024 14:33
Bulan Zulhijjah ada satu ibadah yang tidak semua umat Islam diwajibkan dan berkemampuan walaupun ianya salah satu rukun islam. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti, aamiin.
Adab di Media Sosial | Kooliah 101 01.05.2024 12:32
Media sosial ini boleh ternak dosa kering. Bukan mulut sahaja yang perlu diam jika tiada perkara baik yang dapat disampaikan, jari yang menaip juga perlu berjaga-jaga.
Adab Bersahabat | Kooliah 101 30.04.2024 11:33
Manusia sekeliling ini sedikit banyak mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Apabila bersahabat, jangan sampai mereka rasa tersisihkan. PU Rahmat beri nasihat kalau boleh jangan berbisik depan sahabat kita ya!
Asbab Turunnya Surah Al-Ikhlas | Kooliah 101 17.04.2024 16:48
Antara surah yang pendek di dalam Al-Quran tetapi menyembunyikan kekuatan di sebalik makna. Dengarkan Kooliah 101 tentang seribu satu manfaat Surah Al-Ikhlas.
Ähnliche Podcasts
Replaio ist kein Herausgeber von Podcasts; die Namen der Sendungen, Cover und Audioinhalte gehören ihren Autoren und werden über öffentliche RSS-Feeds verbreitet